Saturday, December 31, 2011

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mengikut kalendar Hijrah




Mengikut kiraan komputer, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada bulan Safar tahun 1377. Bagaimanapun, tarikh tepat tidak begitu pasti kerana terdapat khilaf mengikut kiraan masing-masing.

Mengikut kalendar di atas, tarikh 31 Ogos 1957 jatuh pada, 6 Safar 1377 bersamaan pada hari ini.

Mengikut laman web dari Brunei http://www.religious-affairs.gov.bn/?tpl=th003_calendar, Tarikh 31 Ogos 1957 jatuh pada 5 Safar 1377 manakala sesetengah yang lain mengira tarikh tersebut ialah bersamaan 4 Safar 1377.

Yang jelas, negara kita sudah 56 tahun merdeka mengikut kalendar hijrah. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

memo : Tarikh hijrah ini adalah tarikh ulangtahun kemerdekaan dan bukan hari kebangsaan kerana hari kebangsaan adalah mengikut tarikh masihi sahaja.

Friday, December 30, 2011

Antara dua

1. Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman 10 tahun penjara atas tuduhan pecah amanah wang sebanyak RM66,647.44 kepada ekas ADUN DAP.

2. Bekas MB Selangor dijatuhi hukuman 1 tahun penjara dan banglonya dilucut hak atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.

Friday, December 23, 2011

Nik Aziz : Jangan guna media musuh

KOTA BHARU, 22 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru semua pihak di dalam parti tidak menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti.


Hasan Ali meminta bukti dia diperangkap dalam agenda musuh. Apakah dia tidak sedar dia sedang berteduh dibawah payung musuh ?

Media seperti TV3 dan Utusan sendiri tidak pernah membuka ruang kepada ahli UMNO yang lantang mengkritik UMNO.

Ketika Ibrahim Ali lantang mengkritik UMNO di era Pak Lah, adakah TV3 menjemput beliau untuk diwawancara dalam satu slot khas ? Adakah berita Ibrahim Ali dimuat di muka depan akhbar Utusan ?

Ketika blogger Sang Kelembai lantang, adakah kumpulan Media Prima dan kumpulan Utusan memberi ruang kepadanya ?

Kini, seorang ahli UMNO sudah menerbitkan buku khas mengkritik Najib dengan tajuk, "Najib Perdana Menteri Terakhir". Kenapa tak diwawancara melalui media perdana ?

Sepatutnya, Hasan Ali muhasabah, bagaimana tiba2 media perdana begitu lembut hati dan bersimpati dengannya. Mustahil tiada apa2 muslihat terlindung disebaliknya.

Jangan minta bantuan orang munafik yang sudah jelas perangainya sejak sekian lama.

Thursday, December 22, 2011

Mahasiswa yang sokong Najib

Semalam, beratus-ratus mahasiswa berdemonstrasi mendesak Timbalan Menteri pilihan Najib Razak supaya meletak jawatan. Mereka memegang sepanduk menyokong Najib sebagai reaksi kepada kumpulan mahasiswa lain yang sebelum itu mendesak atutnomi mahasiswa dikembalikan dan AUKU dihapuskan.

Isu asalnya ialah autonomi kampus dan AUKU. Yang ditentang ialah AUKU dan bukan Najib. Tapi yang satu lagi nampaknya lebih bernada bodek.



Najib ke, Anwar ke, kalau tak dikembalikan autonomi itu, mereka tetap teruskan desakan. Apa kena mengena dengan "WE LOVE PM" ???

Kau nak bercinta dgn PM ke, itu kau punya pasallah.

Kalau nak lawan, lawanlah pakai hujjah, bukan pakai ludah. he.he..

Khabarnya, ramai yang mahasiswa yang kena tipu.

FOR THE FIRST TIME, DAPAT RASA JADI KULI PENCACAI KERAJAAN HARI INI. SERIUS, AKU TERLOLONG, TERPEKIK MACAM ORANG GILA BERDEMONSTRASI DEPAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA DI PUTRAJAYA. RUPANYA PROGRAM ' bersama perdana menteri ' HANYALAH PENIPUAN SEMATA-MATA. PROGRAM SEBENAR, ' berdemonstrasi di depan pejabat KPTM, menuntut Dato Saifuddin, timbalan menteri KPTM menerima memorandum mahasiswa Aspirasi, dan menuntut beliau meletak jawatan. ' SEMUA ORANG, SILA SAKSIKAN DEMONSTRASI KAMI DI DALAM TV YE MALAM NI. KALAU NAMPAK MUKA AKU, ASSUME SAJA AKU DAH TAK BERAKAL TIME TU. LAGIPUN, AKU DITIPU.

Read more

Nak diam atau nak bercakap ?

Pagi ini, saya terbaca 2 kata2 yang elok untuk difikir2kan. Kedua2nya saya temui secara kebetulan di 2 tempat yang berbeza tetapi mempunyai maksud yang serupa. Mungkin ada mesej yang nak disampaikan kepada saya hingga Allah takdirkan saya temuinya dalam masa beberapa jam sahaja.

Kata Mark Twain - It is better to keep your mouth closed and let people think you are a fool than to open it and remove all doubt.

Kata Ustaz Ismail Kamus - Bila diam nampak bangang, bila bercakap, confirm bangang.

Wednesday, December 21, 2011

Pahang gagal jana sumber hasil negeri

TEMERLOH, 21 Dis: Rakyat sepatutnya tidak terpengaruh dengan propaganda hanya BN boleh memerintah dan mengurus kerana selama ini prestasi parti itu menunjukkan sebaliknya termasuk di Pahang.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, ini terbukti dengan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Pahang yang menunjukkan tidak berlaku peningkatan serta anak-anak syarikat kerajaan negeri banyak yang rugi.

........................................................

Ketika saya ke negeri Pahang pada akhir 1983, keadaan jalanraya (jalan persekutuan dan jalan negeri) sangat teruk. Berlubang di sana sini. Bila menyeberang ke sempadan Terengganu, amboi cantiknya jalan. Beza macam langit dan bumi.

Ketika itu, MB Terengganu ialah Wan Mokhtar dan MB Pahang ialah Najib Razak. Kata abang saya, Pahang miskin, Terengganu kaya.

Pahang memang negeri miskin sejak dulu sampai sekarang. Duit sebagai host casino Genting, tak membantu menjadikan ia kaya. Pahang ada Club Med di Cherating, Bukit Tinggi yang menjadi milik Vincent Tan, Genting yang menjadi milik Lim Goh Tong (dah mati), Cameron Highland, hasil balak, ladang felda yang luas dengan hasil sawit, pelabuhan dan saya rasa banyak lagi. Tapi Pahang tetap negeri yang tak banyak hasil. Kesian sungguh. BN tadbir Pahang sejak merdeka, tapi negerinya miskin. Tak berkat kot.

Dulu, akhbar pernah dedahkan konon Sultan Pahang ada kapal terbang peribadi. Masa tu ada krisis dengan raja2 pada tahun 90an.

Kalau dikata salah urus, dia marah. Kalau dipuji, pun salah. Rakyat Pahang kena muhasabah balik kerjaan pilihan mereka. Acu ubah sekali. Tengok, 5 tahun apa PR boleh buat. 5 tahun tak cukup, tambah lagi 5 tahun. Lepas tu boleh muhasabah balik.

You help me, I help you

Seorang timbalan menteri dari Kelantan sedang disiasat SPRM. Ringkas cerita, dia terima sumbangan daripada pihak luar, melalui akaun peribadinya. Katanya, wang itu disalurkan untuk parti di kawasannya.

Jika anda jadi seorang yang sangat berpengaruh seperti timbalan menteri, memang ramai yang "ikhlas" untuk menghulurkan bantuan. Bak kata hadis Haji Najib, "You help me, I help you."

Bila ramai sangat nak menghulur, duit dah banyak sangat, tak tahu nak letak kat mana. Makanya, buka akaun peribadi dan salurkan bantuan kepada "yang memerlukan".

Takkan timbalan menteri kewangan Malaysia nak menipu kot. Duit dia dah banyak. Takkan dia nak salah guna duit tu. Kalau pembantu dia yang diamanahkan yang songlap duit tu, biarlah pembantu tu yang didakwa.

Yang penting, timbalan menteri tu perlu kekal dengan status "calon boleh menang".

Monday, December 19, 2011

Bitdefender Internet Security 2012 oem (PERCUMA) !

Jika anda berminat menggunakan perisian Bitdefender IS 2012 (OEM) secara percuma (lesen 1 tahun), sila email kepada saya.

Minimum system requrement - 1GB memory.


Thursday, December 15, 2011

Apakah PAS Mampu Tegakkan Islam dalam PR ?

Itulah soalan yang cuba dijawab oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Sdr. Nasrudin bin Hassan dalam blognya di sini

Saya teringat Ustaz Ahmad Awang ketika cuba mempertahankan pembentukan kerajaan PR di Perak pada awal peristiwa PRU12 membawa hujjah, "Berapa banyak kelompok yang sedikit mengalahkan kelompok yang banyak dengan izin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al Baqarah : 249)"

Secara peribadi, saya lebih menyetujui PAS dalam PR berbanding dalam BN. Saya tak berapa ingat, apakah legasi kesan2 positif yang berjaya ditinggalkan oleh PAS sepanjang menyertai BN pada tahun 1972-1977.

Tetapi saya dapati, kesombongan dan keangkuhan UMNO mendorong PAS dilayan sebegitu rupa dalam BN. UMNO bukan sekadar BOSSY malah merasa dirinya TUAN, berlagak TUAN dan mahu dilayan sebagai TUAN. Ketuanan UMNO disembunyikan disebalik slogan ketuanan Melayu.

PAS dipaksa mengikut skrip dan peraturan ciptaan UMNO, syarat2 ciptaan UMNO dan menjadi pak turut sahaja dalam BN walhal UMNO yang asalnya begitu perlukan sokongan PAS selepas peristiwa 13 Mei. Keangkuhan UMNO mula subur semula selepas BN mencapai kemenangan besar dalam PRU 74.

Begitulah UMNO bila kuat. Bila lemah, presidennya sanggup berlutut turun memujuk, merayu PAS. Bila sudah kuat, PAS diserang dalam media, difitnah, dilaga-lagakan, dicerai beraikan dan akhirnya dipecat.

Dalam PR, belum tentu nasib PAS menjadi lebih baik tetapi kepimpinan hari ini jelas lebih bijak dan berhati2.

Ketika PAS menyertai BN, ramai juga orang lama dalam PAS yang tidak setuju dan mengambil sikap menyepi dan enggan menyokong. Ini berbeza dengan kerjasama dalam PR, pertikaian(tentangan) lebih banyak datang daripada beberapa penyokong atas pagar yang tidak aktif pun dalam PAS.

Penyertaan PAS dalam kerajaan campuran pada tahun 1972 dan kerajaan BN pada tahun 1974 menyebabkan perbalahan besar dalam PAS. Dalam muktamar 1974, seramai 354 orang yang hadir, 143 menyokong, 19 berkecuali dan 190 menentang. Tetapi Dato Asri memilih untuk kekal bersama dalam kerajaan BN. Ramai pimpinan utama PAS seperti Ustaz Abu Bakar Hamzah dan Amaludin Darus keluar parti dan ada juga yang bertawaquf daripada PAS.

Sokongan PAS kepada PR pula jelas daripada 3 Muktamar PAS yang sudah dibuat di Ipoh, Shah Alam dan Kota Bharu.

Menyertai gabungan yang sedang berkuasa, kita diuji dengan kuasa dan keselesaan, gaya hidup pemimpin yang gah dan mewah; berbeza dengan menyertai gabungan yang sama2 berada di kerusi pembangkang, dipijak2, dengan kemudahan yang serba daif dengan pelbagai sekatan dan kekangan pula.

Nak tahu berjaya atau tidak, kena tunggu bila mereka diuji dengan kuasa satu hari nanti. Keadaannya mungkin berbeza.

Monday, December 05, 2011

Akujanji UMNO

Mukhriz Cadang Semua Wakil Rakyat Umno Tandatangan Surat Akujanji. Begitu tajuk sebuah laporan.

Nampaknya, UMNO dilanda rasa kurang yakin dengan ahli2nya. Saya pernah dedahkan selepas PRU2008 bahawa ada orang UMNO sendiri (suami iseri) mengaku undi PAS sebab tak puas hati dengan calon UMNO di Kedah. Pengakuan datang daripada si suami. Saya tak berapa yakin si isteri juga melakukan perkara sama. Orang lelaki selalunya lebih berani protes dalam politik. Orang perempuan apatah lagi memegang jawatan di peringkat bahagian, susah rasanya. Tetapi si suami kata, dia dan isterinya sama2 undi PAS.

Saya percaya, bukan mereka berdua sahaja tetapi mereka sudah berpakat sesama geng mereka dan kita sudah lihat hasilnya.

Saya juga percaya, mereka tidak akan ulangi lagi dalam PRU akan datang kerana mereka tentu tak sangka kerajaan UMNO kesayangan mereka boleh tergolek dog, jatuh jelebak.

Untuk PRU akan datang, saya jangka Pakatan perlu kerja kuat terutama di Kedah jika mahu pertahankan kerajaan di sana. Mungkin ramai yang atas pagar puas hati dengan kerajaan Kedah pimpinan Azizan tetapi bagi ahli UMNO, mereka pasti mahu kembalikan kuasa yang sudah terlepas. Masalah UMNO cuma tiada tokoh UMNO yang benar2 berkaliber dan berkarisma untuk diketengahkan. Mukhriz lebih sesuai di peringkat pusat.

Di Terengganu, ramai anak muda yang asal mengundi PAS dalam PRU 1999 kembali mengundi BN selepas sedih melihat saudara-mara atau ibu bapa mereka yang kuat menyokong UMNO menerima layanan buruk PAS. Mereka mana pernah merasa bagaimana buruknya layanan JKKK Umno kepada orang PAS. Yang mereka tahu, JSR PAS sungguh menganjing kepada ibu bapa mereka walaupun JKP UMNO dibaja dengan wang ehsan.

PAU UMNO beberapa hari lepas dipercayai sedikit sebanyak telah menyuntik semangat baru kepada ahli2 UMNO di Kedah. Anwar sedar dan Anwar pasti tak akan berdiam diri kerana Anwar memang bijak dalam politik. Saya rasa peluang BN untuk rampas Selangor adalah tipis tetapi Kedah perlu berhati2.

UFO

Semalam, tengok dokumentari tentang UFO di History Channel.

Dulu, saya suka baca rencana2 tentang UFO. Buku2 tulisan Allahyarham Amaluddin Darus juga saya baca. Beliau banyak menulis tentang misteri UFO. Ketika itu, saya terbayangkan UFO adalah makhluk asing seperti dalam filem2 hollywood bersama piring terbangnya.

Macam2 teori ada mengenai UFO. Ada yang kata, ia hanya fiksyen ciptaan Yahudi atau Amerika. Hakikatnya, kerajaan Amerika tak pernah mahu berterus terang tentang UFO. Saya kira, mereka tiada info jelas mengenainya. Ia masih misteri tetapi mereka mahu sembunyikan kejahilan mereka dengan menafikan kewujudan makhluk Allah itu.

Mungkin boleh diterima kalau laporan UFO itu hanya wujud di barat. Tetapi bagaimana dengan laporan oleh orang2 kampung ? Di Kelantan, pernah dikhabarkan UFO muncul seketika. Di Terengganu, UFO pernah dikesan oleh orang kampung di Kuala Brang, berhampiran tasik Kenyir. Di Sarawak, juga pernah dilaporkan kemunculan UFO.

UFO adalah Unidentified Flying Object. Apa2 saja objek terbang yang tak dikenal pasti secara jelas, itulah UFO. Mungkin ia hanya burung. Mungkin juga Malaikat. Mungkin jin. Kalau dari jenis jin atau Malaikat, sudah tentu manusia tak dapat membuktikannya secara saintifik. Mana ada kajian saintifik yang menyokong kewujudan jin dan malaikat. Hanya Quran yang menjadi petunjuk kepada orang Islam yang ada menceritakan tentangnya.

Saya kini lebih cenderung percaya bahawa UFO adalah malaikat atau jin atau syaitan yang sesekali menjelma. UFO selalu dikesan dalam bentuk cahaya. Tiada rekod yang menunjukkan kehadiran UFO disertai dengan kerosakan atau kekacauan kepada manusia. Mereka hanya hadir seketika dan pergi. Hanya Allah yang mengetahui apa tujuan mereka sebenarnya. Kisah Syeikh Abdul Kadir Jailani dengan cahaya yang mengaku Allah adalah contoh bagaimana syaitan juga boleh menjelma ke mata manusia untuk memperdaya atau merosakkan iman.

Dengan teknologi masa kini, gambar dan video mengenai UFO sukar dibuktikan kesahihannya kerana sesiapa pun boleh ada kamera dan boleh touch up photo atau edit video untuk mencipta "UFO" palsu, sekadar suka2 atau mungkin mahu mencari populariti.

Kalau saya benar2 dapat merakam UFO, saya tak fikir akan ada orang yang mahu percaya. Perlukah kita bersumpah di masjid Wilayah hanya sekadar untuk menguatkan dakwaan kita atau kita hanya akan diejek dan ditertawakan.

Thursday, December 01, 2011

Bajang dalam Utusan Melayu

Anda mungkin tak pernah baca Akhbar Utusan Melayu keluaran tahun 70an. Ketika itu, ada satu ruang pojok sama seperti ruang Awang Selamat dalam akhbar Utusan Malaysia. Nama pena penulisnya ialah Bajang.

Oleh kerana ruang ini ringkas, saya selalu baca.

Satu hari pada tahun 70an, ketika saya menyertai gotong royong bersihkan surau, saya gantikan akhbar2 lama yang sudah kekuningan, koyak dan bertahi cicak, yang dijadikan alas almari dengan kertas baru.

Saya terbaca ruang Bajang daripada sebuah akhbar itu. Saya lupa tarikh akhbar itu. Antara lain, ruang itu mempersendakan hukum rejam dengan batu kepada penzina. Kononnya lebih baik batu2 itu digunakan untuk buat jalan raya daripada digunakan untuk merejam penzina.

Sebelum itu, saya pernah dengar kononnya ucapan seumpama itu pernah keluar daripada mulut seorang menteri dalam Malaysia. Saya tak endah sangat. Mungkin saya masih budak lagi. Atau mungkin sebab saya tak dengar sendiri daripada mulut menteri itu.

Tetapi, ketika membaca sendiri daripada akhbar itu, saya sangat terkejut. Saya sungguh2 tak sangka memang ada orang yang mengaku Islam di Malaysia ini yang sanggup berkata begitu. Ketika itu saya mungkin belum faham hukum orang yang berkata begitu tetapi saya sangat marah, benci dan tersentuh hati membacanya.

Tak mampu laksanakan kerana ugutan kuasa luar, itu satu hal. Tak mampu laksanakan kerana bimbang berlaku perkara lain yang mungkin mengancam negara atau kerana kekangan perlembagaan yang digubal sebegitu rupa, juga satu hal lain.

Enggan melaksanakan kerana tidak yakin atau kerana menganggap ianya tidak sesuai, itu sudah teruk. Menghina dan mempersendakannya, itu lebih teruk daripada yang teruk. Apatah lagi ia keluar daripada lidah Melayu yang mengaku hanya dia yang mampu memperjuangkan dan mempertahankan Islam.

Apa ertinya kita mengaku Islam ? Apa maknanya kita beriman dengan rasul, beriman dengan Al Quran ?