Tuesday, June 23, 2015

Parti baru - selesaikah masalah atau bertambah masalah

PAS lahir daripada UMNO. PAS terus hidup hingga kini kerana PAS mempunyai perjuangan dan dasar yang tersendiri yang berbeza dengan perjuangan UMNO.

PKR lahir daripada pepecahan UMNO. PKR terus hidup hingga kini kerana mempunyai perjuangan dan dasar yang tersendiri yang berbeza dengan parti asalnya UMNO.

Semangat 46 mati kerana ia cuba meniru UMNO. Tiada banyak perbezaan dari segi dasar dan perjuangannya dengan UMNO.

Berjasa dan Hamim mati kerana ia cuba meniru PAS. Tak nampak bezanya dengan parti asalnya kecuali pemimpinnya sahaja.

Jika sebuah parti baharu lahir daripada PAS, ia boleh bertahan jika ia tidak cuba meniru parti PAS, mempunyai falsafah perjuangan yang tersendiri dengan cara yang tersendiri.

Saya lebih suka untuk beristiqamah walaupun saya kurang selesa dengan sesetengah pendekatan yang digunakan oleh beberapa pemimpin PAS sekarang.

Malah dulu pun, sudah banyak pendekatan PAS yang saya kurang selesa dengannya tetapi sehingga kini tiada yang lebih sesuai dengan jiwa saya kecuali Parti Islam ini.

Jangan berpolitik menggunakan emosi. Bersabarlah kerana anda akan dapat lihat indahnya sabar itu di kemudian hari.

Soalnya, adakah pemimpin2 PAS yang terpilih baru2 ini daripada jenis orang yang sabar atau mereka pun gelojoh ?

Monday, June 01, 2015

Jawatan presiden dan timbalan presiden perlu berwajah baru

Calon presiden Ahmad Awang berpendapat perpecahan antara golongan konservatif dan profesional dalam PAS, tidak diuruskan dengan baik oleh presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

--------

Saya setuju dengan Ahmad Awang. Bahkan memang begitu pendekatan Hadi Awang sejak dahulu.

Dalam isu kafir mengkafir pada tahun2 80an, itulah antara puncanya. Jika isu ditangani dengan pantas dan bijak, isu kafir mengkafir boleh dikawal. Kesannya, PAS kalah teruk pada PRU tahun 82 dan 86.

PAS perlu berubah dan tidak mengulangi cara lama yang keras, suka melabel, menggelar dan seakan memaksa. Malah ustaz2 yang tidak menyatakan atau menunjukkan sokongan secara jelas kepada PAS turut dipandang sebelah mata dan ada penyokong yang tidak menunjukkan sikap hormat kepada pendakwah2 bebas ini.

Tarbiyah sebegini perlu diperbetulkan. Sebab itu saya mahu kedua2 penyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden diganti baru.

Kalau Hadi masih menang sekalipun, beliau wajar memilih penasihat yang lebih baik daripada cendekiawan seperti Zuhdi Marzuki dan Mohd Amar.