Tuesday, April 30, 2013

Kekitaan Terengganu Kita

Kalau dilihat semula lembaran sejarah PAS di Terengganu, kerajaan PAS yang pertama yang pernah terbentuk di Terengganu telah runtuh akibat sifat faham politik sempit penggiat politik dalam PAS itu sendiri. Ia menjadi lebih buruk apabila pihak yang lagi satu pula merajuk dan mengambil langkah khianat, berpaling tadah.

Hakikatnya, ketika itu, PAS Terengganu tiada tokoh yang benar2 berkarisma dan berwibawa untuk diketengahkan. Burhanuddin Helmi telah memilih bukan tokoh tempatan tetapi berkemampuan merancang dan mengatur strategi. Ternyata tokoh tersebut telah berjaya. Malangnya ia diketepikan oleh sifat taksub kenegerian Terengganu. Dia dibantah daripada dilantik menjadi MB Terengganu.

Lalu bermulalah duri dalam daging mencemar kerajaan negeri dan peluang tersebut direbut oleh lawan untuk dengan mudah menjatuhkan kerajaan PAS.

Sifat kenegerian ini nyata masih menebal di Terengganu hingga kini. Mohamed Sabu pernah gagal menang di kerusi parlimen KT, Nasaruddin Mat Isa pernah tewas di Besut. Namun rekod menunjukkan Datuk Onn pernah menang di Terengganu, begitu juga Khatijah Sidek (kedua2nya bukan anak watan Terengganu).

PAS Terengganu juga dilihat kurang bertolak ansur berbanding PAS Kelantan. Memang PAS Terengganu kuat berbanding PKR tetapi masalahnya, PAS tak pernah menang di Terengganu. Dengan sokongan PKR yang lemah itulah, PAS mampu menang di Terengganu. Jadi salahkah kalau PAS Terengganu lebih bertolak ansur supaya PKR tidak melihat PAS Terengganu terlalu sombong dan tampak lebih tawaduk.

Pemimin PAS nampaknya lebih mahu ikut cakap orang bawah berbanding menasihati orang bawah supaya bekerja untuk kemenangan. Memanglah mereka yang buat kerja, dan sebelah sana pula lemah tetapi saya kira ini benar2 menguji sifat antara tamak dan tolak ansur.

Saya tidak menaruh harapan tinggi dengan PAS Terengganu kerana sikap mereka masih begitu. Malah PKR Terengganu pun nampak seperti ada sifat yang serupa. Tak mustahil UMNO Terengganu juga begitu kerana tak silap saya, Hishamuddin Hussein pun ada masalah ketika menjadi Ketua perhubungan UMNO Terengganu sebelum diserah kepada Ahmad Said.

Begitulah perangai orang Terengganu. Terengganu Kita. Kaya dengan sifat kekitaan.

Friday, April 19, 2013

Calon Pakatan juga yang jadi bualan

Di masjid Bukit Aman, beberapa orang anggota polis sedang berbual2. Topik pilihan raya tentunya. Di mana mengundi, siapa calon. Tapi calon BN dia tak kenalpun. Tak tahu nama pun. Calon PR juga yang jadi sebutan.

Semalam, seorang anggota polis berbual dengan saya di masjid yang sama. Katanya, dia kena turun bertugas di Kelantan. Tiba2 dia tanya saya, "Encik undi parti apa ?"

Serba salah saya nak jawab. Saya tak nak bohong. Lebih2 lagi di masjid. Saya jawab undi PR.

Tiba2 dia kata, dia pun nak undi PR juga walaupun melalui undi pos. Kalau ditakdirkan dia kena tukarpun, dia akan hadapinya. Katanya lagi, "Dah bosan dah dgn BN ni."

Semoga Allah bersama dia dan dipermudahkan segala urusannya dunia dan akhirat.

Friday, April 05, 2013

Saya pilih mengundi

Kalau anda mencari calon suami atau isteri, anda pasti akan dapati calon anda itu ada cacat celanya, ada kekurangan dan kelemahannya. Tak mungkin dia serba sempurna walaupun dia sentiasa berazam dan berusaha untuk menjadi insan yang kamil.

Jangan pilih untuk tidak berkahwin kerana ia bukan sunnah. Ia tidak membawa kebaikan kepada Islam dan umat Islam malah berusahalah untuk melahirkan umat Islam yang berkualiti.

Kalau anda memilih untuk mengundi, anda pasti akan dapati parti dan calon yang bertanding di tempat anda ada kelemahan dan kekurangan tertentu. Walaupun cakapnya macam bagus, teorinya sungguh menakjubkan, menarik dan hebat, tapi bila ke peringkat perlaksanaan, anda pasti akan dapati ia tidaklah seperti yang disangkakan.

Tetapi jangan pilih untuk tidak mengundi. Ia bererti anda menyerahkan urusan memilih pemimpin yang akan merancang dan menggariskan dasar kepada orang yang belum tentu latar belakangnya. Mereka mungkin orang kafir yang benci dengan Islam. Mereka mungkin orang munafiq yang hanya bermuka2 dengan Islam.

Memang kita hanya merancang. Kadang2 calon yang dipilih itu khianat. Calon itu melompat. Tetapi setidak-tidaknya, kaji dan lihatlah akhlaknya. Sejarah latar belakangnya. Selebihnya, berserahlah kepada Allah.

Ingatlah, kita akan ditanya kenapa kita pilih parti itu. Kenapa kita pilih calon itu. Adakah kerana mahu BR1M ? Adakah kerana mahu harga kereta turun ? Adakah kerana mahu harga petrol turun ? Adakah kerana mahu air percuma ? Adakah kerana kesian kepada calon itu ? Adakah kerana mahu lihat Islam subur dibumi Allah ? Kerana Allah ? Kerana ibu bapa kita sokong yang itu ? Atau kerana apa ?

Apa kita nak jawab di hadapan Allah esok ?

Sunday, March 17, 2013

RSS Reader

Bertahun-tahun saya guna RSS reader untuk baca news dan blog. Sebelum ni, saya guna sage feed add-ons dalam firefox.

Antara yang saya subscribe ialah malaysiakini, harakahdaily, paultan dan blog2 rakan-rakan sama ada dikenali atau tidak.

Tapi sejak setahun lepas, saya guna google reader sahaja melalui google chrome. Saya memang jarang masuk blog terus. Saya hanya baca menggunakan rss sahaja. Saya tak pasti kalau guna rss, akan beri kesan kepada statistik pengunjung blog atau tidak.

Yang pasti, rss dapat elakkan saya daripada berbagai iklan dalam blog.

Tiba-tiba google nak buang google reader.

Terpaksa la cari rss reader yang baru. Dan saya dah jumpa feedly. Nampak lagi best drp google reader pulak.

Persamaan dengan google reader ialah cuma tekan kekunci J dan K untuk up and down.

Kalau anda guna ipad atau ipod atau iphone, cuba guna flipboard. Pun best jugak.

Apa pun, rss memang memudahkan.

Friday, March 01, 2013

Makam Pahlawan

Al Faatihah kepada anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.

Tak ada gunanya kita mereka-reka cerita, dengan berbagai spekulasi tanpa bukti. Memang mudah hendak buat spekulasi sebab macam2 logik boleh difikirkan, macam karang cerita, drama, cerpen, novel.

Keluarga magsa lah yang teruk menanggung duka dan merancang masa depan yang sukar.

Secara peribadi, saya rasa kedua-dua syuhada negara wajar dimakamkan di makam pahlawan. Tapi bila tengok senarai yang sudah dikebumikan di situ, semua hanya golongan bangsawan saja.

Sepatutnya, kerajaan persekutuan dan negeri boleh sediakan makam pahlawan untuk pejuang negara (yang muslim) agar dapat disemadikan di makam khas yang istimewa. Sama ada askar, polis, doktor, pelajar, duta atau menteri, jika mereka terlibat secara khusus dalam misi merbahaya hingga terkorban nyawa demi negara atau agama, wajar mereka disemadikan di situ.

Namun apa yang lebih penting ialah mati dalam husnul khatimah. Moga kematian mereka adalah syahid dan ditempatkan rohnya di sisi syuhada dan para solehin.

Tuesday, February 26, 2013

Sulit

Kadang2 kita terfikir, kenapa kita dikurniakan oleh Allah dengan berbagai kesulitan hidup.

Orang lain nampak macam gembira je, kita dengan berbagai kedukaan.
Orang lain nampak macam senang lenang je, kita dihimpit kesusahan.
Orang lain nampak macam kaya je, kita sering tak cukup belanja.
Orang lain nampak macam tak banyak masalah, kita dengan berbagai masalah.
Orang lain nampak macam banyak masa lapang, kita selalu sibuk.

Dalam Al Quran surah Al Balad Allah berfirman,
Sebenarnya, semua orang pun ada masalah.

Yang miskin, yang kaya, yang belajar, yang menganggur, yang bekerja, yang pencen, yang muda, yang tua, lelaki, perempuan, pembangkang, kerajaan, yang bodoh, yang berilmu. Semua ada kesulitan hidup masing2.

Kita adalah khalifah di muka bumi ini. Makhluk lain tidak diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah kecuali untuk diri mereka sendiri tetapi kita sebagai khalifah perlu menyelesaikan masalah yang sebenarnya kita cipta sendiri untuk memenuhi keperluan dan tuntutan nafsu kita. Kesulitan kita kadang2 kerana mahu melayani keperluan orang lain, tetapi manfaatnya tetap kembali kepada kita dan keluarga kita juga.

Bersabarlah dalam menempuh kesulitan hidup. Nabi s.a.w sendiri pun terpaksa menempuh berbagai kesulitan hidup kerana disebalik kesulitan itu ada kesenangan.


Dan jangan lupa, mintalah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat.

Thursday, December 27, 2012

Hijau warnai tahun 2013

Warna hijau zamrud dikatakan akan mewarnai tahun 2013. Kalau anda buat carian google, anda akan dapati warna hijau adalah warna untuk tahun 2013.

Emerald green - Colour of the year.

Semoga kita di Malaysia dapat melihat lebih banyak kehijauan pada tahun depan.

He..he.. Ku lihat hijau......

Mana nak cari bendera hijau ni ..?

Wednesday, November 14, 2012

Freeware ++

Kalau anda suka install freeware, hati2. Banyak freeware yang claim tak ada ADS tapi sebenarnya install malware.

Baru2 ni saya dapati laptop saya tiba2 diinstall babylon malware. Puas saya berusaha nak remove babylon toolbar. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga.

Hari ini, saya hampir2 install funmood. Satu lagi malware yang degil. Walaupun kedua2nya kata bukan malware, bagi saya ianya adalah malware yang menyusahkan saya.

Ketika nak install software yang kita mahukan, kita selalu klik dengan cepat, yes, ok dan seumpamanya.

Cer tengok betul2 2 skrin ni. Skrin atas ok lagi, saya dah biasa guna hotspot Shiled.

Yg penting, kita dipaksa untuk install software tu padahal saya nak install mhotspot, bukan Hotspot Shield.

Skrin bawah ni lg jahat.

Funmoods ni memang mengacau. Default search engine semua ditukar. Agree atau tak, kalau nak teruskan install mHotSpot, kena jugak install malware ni.

Bukan senag nak remove kalau dah install, Saya dah pernah cuba dulu, walaupun berjaya juga tapi makan masa berjam2 jugak. Buang masa betul.

Ia tak dikira malware sebenar sebab kita yang setuju untuk install software ni. Jadi hati2 lah. Funmood dan Babylon toolbar memang jahat dan degil.

Kalau dah termasuk dalam komputer anda, cubalah buang.

Thursday, August 09, 2012

Haram undi DAP

Kalau undi DAP itu hukumnya haram, maka undi MCA akan menjadi wajib jika calon DAP itu ditentang oleh calon MCA. Begitu juga kalau lawannya ialah MIC atau Gerakan, tetap wajib hukumnya untuk mengundi calon BN.

Kalau calon UMNO lawan calon PAS, maka hukumnya belum difatwakan lagi. Mungkin sunat, sunat muakkad, harus atau makruh sahaja. Atau mungkin dosa kecil yang boleh terhapus dengan wuduk sahaja. Sama2 lah kita tunggu fatwanya di akhbar Utusan Malaysia.

Monday, June 18, 2012

Tarikh pilihanraya umum

Saya tak fikir Najib akan adakan pilihan raya umum pada musim haji. Memang dari segi rekod, kerajaan BN pernah buat pilihanraya pada musim haji. Tapi itu dulu. Sentimen sekarang sudah berubah.

Dulu, BN sangat mendapat sokongan pengundi bukan Melayu. Jadi, BN boleh mengharapkan kelebihan di situ.

Kini sudah berubah. Jika pilihan raya pada musim haji, mungkin lebih banyak kerusi UMNO tumbang di Perak dan Selangor. Juga di Johor. Saya tak fikir Najib akan tergesa2 bubar parlimen pada musim haji. Ditambah dengan kecerdikan PAS memainkan sentimen, pembubaran parlimen boleh menaikkan kemarahan umat Islam kepada UMNO.

Najib terkenal dengan sifat suka pilih jalan selamat. Barangkali Najib mahu ikut saja cakap Tun Mahathir. Mahathir pernah bagi nasihat supaya parlimen dibubarkan pada hujung penggal. Kalau bubar sekarang, dan keputusan tidak begitu memihak kepada BN, pasti penyokong2 Mahathir akan pakat2 salahkan Najib (sbb tak dengar nasihat) dan tiada pilihan lain bagi Najib kecuali berundur.

Najib ibarat cuba berlindung di belakang Mahathir. Keputusan tarikh pilihan raya kini bukan di tangan Najib tapi di tangan Mahathir. Kalau BN kalah atau hampir kalah, Najib tak boleh disalahkan sepenuhnya sebab Mahathirlah penasihat utamanya. Tapi Mahathir bijak mengalihkan kesalahan ke belakang orang lain. Belakang raja pun dia boleh buat, inikan pula belakang Najib.

Memang letih menunggu tarikh pilihan raya begini. Semua kerja kerajaan baik negeri mahupun pusat dipolitikkan sepanjang tahun. Kerajaan perlu ubah keadaan ini kerana ia membebankan rakyat, merugikan kerana suasana yang tidak menentu menakutkan pelabur dan peniaga2 besar. Hubungan antara penyokong sentiasa tegang dan mudah retak, berpecah belah.

Orang politik sebenarnya lebih utamakan kepentingan politik daripada kepentingan agama, rakyat dan negara.

Sunday, June 17, 2012

Umi Hafilda jumpa bukti baru

BPR atau kini SPRM pernah menyiasat dakwaan akaun Anwar ada RM3 bilion sampai ke Singapura dan UK tapi tak jumpa bukti kukuh untuk dakwa.

Sekarang, tiba2 Umi Hafilda jumpa bukti baru. Tentunya bukti yang kukuh. Mungkin SPRM patut lantik Umi sebagai penyiasat atau ketua penyiasat dalam SPRM.

Dia seorang yang hebat. Tiba2 saja dia boleh dapat bukti kukuh. Bagaimana dia dapat ? Berapa belanja kos penyiasatan yang dia lakukan ? Bagaimana bukti tu tiba2 datang melayang atau bergolek kepadanya ?

Hebat kan ?

Friday, June 15, 2012

Syabas tuntut RM1.05 bilion

Syabas kepada Syabas yang mengemukakan tuntutan RM1.05 bilion daripada kerajaan Selangor.

Biar seluruh rakyat dapat lihat bagaimana kapitalis peliharaan BN ini sanggup buat apa saja walaupun akan menyusahkan rakyat demi keuntungan perniagaan mereka.

Syabas adalah kapitalis yang dilahirkan daripada idea bijak pemimpin BN dan mereka kini sedang cuba untuk mengaut keuntungan, tanpa mempedulikan masalah yang bakal ditanggung oeh rakyat.

Pemimpin BN mendakwa Selangor dan Lembah Klang bakal hadapi krisis air, tetapi Syabas peduli apa. Mereka mahu duit rakyat sahaja. Inilah hasil kerja BN sebelum ini.

Imbas kembali : Belanja RM300 ribu untuk makan2

Seorang sultan dari sebuah negeri pernah membatalkan keberangkatan baginda ke satu majlis makan2 kerana kos majlis berkenaan ialah RM300 ribu yang dianggap sebagai satu pembaziran.

Kos itu menggunakan duit rakyat dan bukan duit poket istana. Rakyat negeri itu wajar memanjatkan kesyukuran pada Allah kerana mempunyai seorang sultan yang peka dengan perbelanjaan yang membazirkan wang rakyat.

Tuesday, June 12, 2012

Duit banyak, ke mana dibelanjakan ?


Menangis di dunia lebih baik daripada menangis di akhirat.

Tak dapat dinafikan, ramai orang yang hilang pekerjaan, rumah tangga berantakan, permohonan kerja tidak dilayan, anak isteri jadi mangsa, tiada siapa boleh membela.

Tetapi ada orang sanggup berbelanja beratus ribu ringgit hanya untuk plet kenderaan. Baru kena tegur sikit dah mula rasa sedih dan kecil hati. Duit dan harta banyak tapi baru kena tegur sikit, dah menangis. Teguran pun indirect sahaja. Kenapa nak menangis sedang kita masih ada kuasa, masih ada harta, masih disanjung rakyat, masih sihat, masih dilayan dengan penuh hormat dan kasih sayang oleh orang ramai.

Dalam surah Lukman, ayat 6 disebutkan "dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan;"

Ya memang, belanja kelab golf beratus ribu, beli timeshare berpuluh ribu, motosikal klasik, kereta klasik, untuk apa semua tu ? Kerana Allah ?

Dalam surah Al Ankabut, ayat 64 dinyatakan "dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi Segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat)."

Semalam dalam ikim.fm, kata ustaz Pahrol Juoi :-
Kita boleh beli makanan lazat tapi kita tak boleh beli selera.
Kita boleh beli ubat, insurans, supplementary food tapi tak boleh beli kesihatan.
Kita boleh beli rumah besar, bilik selesa, aircond, tilam empuk tapi kita tak boleh beli tidur yang lena.
Kita boleh beli seks tapi kita tak boleh beli kasih sayang.

Bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasihlah kepada yang sudi memberi peringatan. Itukan juga tanda kasih sayang ?

Sunday, June 10, 2012

Surau tak ada imam

Kampung saya dah jadi kampung tempat tinggal orang tua2. Payah nak nampak budak2 berkejaran walaupun pada masa cuti sekolah.

Orang muda kebanyakannya sudah beli rumah di tempat lain. Mereka berpindah membawa anak cucu masing2. Ada juga yang sudah meninggal dunia dalam usia yang masih muda. Tinggallah beberapa kerat terutama golongan yang sudah lanjut usia.

Masalahnya, tak ramai yang cenderung kepada agama ketika usia muda mereka. Imam surau yang dekat dengan rumah saya sudah semakin uzur. Dulu, ada beberapa orang anak muda yang selalu mengimarahkan surau tu tapi kini semua dah pindah dan tak tinggal di kampung lagi.

Maka surau kadang2 jadi sepi. Masing2 takut nak ke surau sebab takut kena jadi imam. Mungkin mereka takut sebab tak hafal doa. Mungkin sebab fikir kalau jadi imam, nanti kena pimpin tahlil pula. Doa tahlil lagi panjang. Mungkin tak hafal wirid lepas solat.

Ada 2-3 orang yang dilihat layak. Tapi masing2 masih sibuk kerana dilantik menjawat jawatan tertentu dalam persatuan, koperasi dan perniagaan. Hanya beberapa kali dalam seminggu dapat hadir memimpin solat. Selebihnya menolak kerana kurang keyakinan diri barang kali.

Kalau nak dihitung dosa masa usia muda, semua orang pun ada buat dosa. Tak usahlah dikenang sangat hingga merasa diri tidak layak jadi imam. Yang penting, surau tu perlu dihidupkan semula. Besar pahalanya kalau kita memimpin untuk menghidupkan semula surau tu. Siapa tahu Allah hapuskan dosa lalu kerana usaha mujahadah kita mengimarahkan surau. Lagipun ianya fardhu kifayah.

Satu ketika amil kutip zakat fitrah pun tak ada. Parah sungguh.

Riwayat dari Imam Ibnu Majah : " Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa, mereka tidak dapat memulakan solat berjemaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi Imam".


Thursday, June 07, 2012

Umno benar2 terdesak ?

Tindak tanduk UMNO akhir2 ini mengambarkan UMNO benar2 tedesak.

Sebenarnya saya masih kurang yakin PR akan menang dalam PRU 13 nanti tetapi UMNO nampak terdesak dan gugup untuk berdepan PRU 13 hingga bertindak secara tak rasional.

Isu pelajaran percuma diperjuangkan oleh PR, pelajar2 Unisel pula yang jadi mangsa. Apakah UMNO rasa tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel akan mengembalikan sokongan pengundi atas pagar dan pengundi muda kepada UMNO ? Apakah pengundi India dan Cina juga akan sokong tindakan sebegini ?

Lihatlah puak2 pro Umno buat senaman punggung, demonstrasi kepala lembu, demonstrasi usung pasir, cangkul dan kereta tolak sebagai sindiran kepada usaha kerajaan Kelantan mahu membina lebuh raya, hadiah kek tahi kepada ketua menteri. Bijakkah dan berkesankah tindakan begitu ? Sokongan siapa yang mahu diraih ? Sokongan musuh kah, sokongan atas pagar kah atau hanya sokongan kawan sendiri ?

Musuh jadi makin benci. Atas pagar pun jadi benci malah kawan sendiri pun mungkin akan malu dan benci dengan perangai sebegini. Apa rasionalnya tindakan mereka ? Apa matlamat mereka ? Bukankah meraih sokongan sepatunya jadi objektif utama ?

Sudahlah blogger2 pro Umno pula suka buat perangai yang tak senonoh, tidak matang dan bodoh benar. Berat Nnanang doh Umno lening. Buat konsert sempena 66 tahun UMNO untuk golongan muda, tapi bila PAS buat majlis ilmu untuk golongan muda, Umno dengan sendirinya bagai ditampar2. Tambah pula komsert Umno tak laku, majlis ilmu PAS dapat sambutan. Tak malu ke ? Ceh !!!

Wednesday, May 30, 2012

Adapun raja itu jangan dipertikaikan tindak tanduk mereka

Di Malaysia, raja2 melayu adalah hanya layak untuk dipuja dan dipuji sahaja. Segala yang kurang manis perlu didiamkan sahaja. Jangan sesiapa tegur. Jangan sesiapa bantah. Jangan sesiapa pertikaikan.

Kes Nizar menegur belanja yang tinggi untuk perkara lagho sepatutunya bukan dilihat sebagai menegur istana tetapi menegur sikap orang berharta membelanjakan harta mereka dalam urusan yang sia2 dan sombong. Mengeluarkan belanja tinggi hanya untuk plet kenderaan itu termasuk dalam perkara sombong.

Mungkin golongan kaya akan kata, "Ikut suka aku lah, duit aku. Aku dah bayar zakat, aku dah keluarkan derma, selebihnya adalah hak aku nak belanja kat mana pun."

Semoga diberi hidayah dan semoga kita semua dimatikan dalam husnul khatimah.

Friday, May 18, 2012

KJ punya karisma tersendiri

Nasib baik pemuda UMNO pilih KJ sebagai ketua. Kalau harapkan Mukhriz, alamat jangan mimpi ada debat. Mukhriz dengan Hishamuddin Hussein lebih kurang je. Cakap belakang berani la. Depan penyokong sendiri boleh la. Kalau berdepan berhujjah satu lawan satu, alamat tergagap2 la.

Macam2 alasan untuk tak mahu berdepan.

Tu yang senaman punggung pun dah kena tegur dgn KJ. Itulah beza orang yang guna akal dengan orang yang guna punggung. Dalam kepala ada otak. Dalam punggung ada apa.

Nak berhujjah tak reti, guna emosi je lah.

Walaupun KJ sendiri kadang2 teremosi juga, tapi itu adatlah. Orang muda katakan. Yang tua pun emosi juga. Tapi KJ kini makin terserlah karismanya. Najib perlu fikir dalam sebelum ketepikan KJ. Dia sebenarnya aset masa depan UMNO, bukan harap karisma bapa semata2.

Sunday, May 13, 2012

24 tahun UMNO

Tu dia. Utusan melaporkan 120 ribu orang hadir untuk sambutan 66 tahun UMNO. Blogger2 Pakatan kata UMNO baru 24 tahun. 24 tahun ditubuhkan atau 24 tahun diharamkan ?

Ramai tu... 120,000 orang.

Bayangkan. Bersih 3.0 adalah gabungan PAS + PKR + DAP + MCA + ngo2. Tapi yang kat Bikut Jalil tu hanya UMNO sahaja.

Tak adillah kalau nak dibandingkan. Sebab tu Najib terpanggil nak jumpa Agong untuk bubarkan parlimen tapi tak terbuat lagi, mungkin sebab tak cukup kekuatan. Belum sampai seru mungkin.


Friday, May 11, 2012

Najib bagi penyapu kepada peneroka Felda ?

"Ini bukan BR1M, ini 'Broom' - kata Dato' Seri Najib Tun Razak di hadapan hampir 50 ribu peneroka Felda.