Sunday, December 01, 2013

Ustaz Kazim jadi MT UMNO ?

Presiden Umno berkenan untuk melantik MT baru (MT lantikan) dan yang paling panas ialah Ustaz Kazim Elias Al Hafiz.


Saya tak pasti adakah perlembagaan Umno membenarkan orang yang bukan ahli dilantik jadi ahli MT Umno ?

Kalau ustaz Kazim terima, ia pasti mengecewakan ramai peminat2 beliau termasuk saya. Walaupun macam2 penyokong Pas kutuk dia, saya percaya, dia seorang yang berkecuali. Pendakwah bebas. Dia sendir pun pernah berkata, cukup2 lah abang dia masuk politik. Dulu dia kata, masuk politik menjadikan dirinya tidak lagi bebas. Kalau tak silap, dia kata ibunya nasihatkan dia jangan masuk politik.

Apapun alasan dia, saya tak setuju dia ambil jawatan dalam parti. Dia nak sokong mana2 parti, itu hak dia. Tapi kalau dah popular, lalu nak pegang jawatan dalam parti, rosak ustaz nanti. Kalau dari awal lagi dah aktif berpolitik saya tak kesah.

Dulu, bila ada ura2 Ustaz Asri (mantan mufti Perlis) nak masuk politik, pun saya tak setuju. Tetang dia condong belah mana, itu tak apa. Tapi bila dah pegang jawatan dalam parti, bila parti atau pemimpin parti buat silap yang mencemarkan agama, habislah. Ditelan mati mak, diluah mati bapak.

Kalau setakat lantikan kerajaan, boleh terima lagi. Jadi AJK mana2 jawatankuasa, majlis perundingan yg ditubuhkan kerajaan pun ok lagi. Tapi parti politik. Tak payah lah ustaz. Hadir mana2 program kerajaan, forum, dialog, mewakili kerajaan macam ustaz Nasha tu, tak apa lagi.

Orang politik ni licik. Saya nampak, ustaz Kazim agak naif dalam politik. Depan ustaz memang semua baik2. Semua tunduk patuh dengan agama. Bila nak berebut jawatan dan projek nanti, ustaz akan nampak busuk nya orang politik.

Memang yang banyak kutuk ustaz ialah penyokong2 Pas. Tok sah terkilan sangatlah hingga terasa orang Umno baik2, tak ada yang perleceh ustaz macam tu. Tanya pulak ustaz2 yang pro Pas. Mereka pun kena kutuk, maki, caci dengan penyokong2 Umno. Sebahangian yang mengata tu budak2 je. Atau pun orang tua yang berpemikiran budak2.

Kepada ustaz Kazim. Penyokong2 anda sebelum ni, ramai yang ikhlas. Tapi kalau anda memilih parti politik, mereka adalah penyokong palsu.

p/s : Sekular tetap sekular. Buat masjid banyak mana pun, derma berapa juta pun, Kalau dah sekular, mereka hanya memandang agama sebagai syarat atau adat sahaja, bukan sebagai panduan untuk setiap perlakuan. Munafiq pun buat masjid juga.

No comments: