Friday, April 09, 2010

Dilema pengundi di Hulu Selangor

“Penduduk di sini, berhadapan dengan pelbagai masalah seperti isu rumah, jalan raya, lampu jalan dan sebagainya. Saya amat berharap BN mampu mengatasinya demi kepentingan rakyat tempatan,” kata seorang pengundi di Hulu Selangor.

Dia mendakwa selama dua tahun pakatan pembangkang memerintah Selangor, khususnya kawasan Hulu Selangor kurang mendapat perhatian daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Saya amat berharap, kali ini BN akan meletakkan seorang calon daripada anak tempatan yang mampu memahami masalah penduduk di kawasan Hulu Selangor."


Hello bang, ini pilihanraya parlimen lah, bukan pilihanraya DUN. Bukankah kamu sudah ada adun BN ? Habis tu, adun BN yang kamu pilih tu buat apa ? Dia tak turun padang ke ? Dia tak faham masalah penduduk ke ? Atau dia tak buat kerja ? Kerajaan pusat tak bantu adun BN Selangor ke ?

Kalau ahli parlimen PKR pun tak bantu, adun BN pun tak bantu, pilih calon Bebas lah pulak. Khabarnya, Palanivel dulu pun, masa jadi MP dan menteri, bukan rakyat Hulu Selangor puas hati pun. Dia cuma janji nak bantu tapi tak tunai janji. Itu cakap seorang penyokong UMNO di Hulu Selangor sendiri. Saya dengar di darulehsantoday.blogspot.com.

MB Kedah : Isu pegawai masjid tiada kaitan politik

Azizan mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengakui menerima aduan beberapa pegawai masjid, terdiri daripada imam, bilal dan siak bahawa mereka diberi borang M4 oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar untuk diisi sebagai tanda ingin bersara.

Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Khairuddin Zin, kelmarin, memaklumkan semua pegawai masjid berusia lebih 60 tahun dan uzur diminta mengisi borang bersara dan wajar melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada pegawai masjid baru.

Saya pernah menulis pada Disember 2008 :
Imam-imam yang bacaannya sudah kurang baik, eloklah berundur secara terhormat. Menunggu kerajaan atau pihak berkuasa menggugurkan akan menimbulkan mainan politik yang tidak jujur sedangkan kita mahu solat kita dan jemaah yang dipimpin sempurna.


Di Selangor, iaitu di masjid dekat rumah saya, imam tua yang dulunya imam satu kini diberi gelaran imam rakyat. Kebetulan pula beliau adalah penyokong setia UMNO. Imam dua kini menjadi imam satu. Kebetulan pula dia seorang penyokong setia PAS. Imam rakyat masih bertugas tetapi sangat jarang. Dia juga tidak lagi menjadi khatib. Imam rakyat ini, umurnya sudah 80 lebih. Bukankah Selangor ramai imam muda yang bagus bacaannya, cergas pergerakannya, tinggi ilmunya.

Takkan jawatan imam dan pegawai masjid pun nak dibuat lantikan kekal. Orang muda lagi banyak idea.

Firewall buatan Israel

Ini tak ada kaitan dengan Asiasoft dan PDRM. Ia sekadar untuk difikir2kan.

Cuba anda fikirkan, kalau sistem komputer kementerian pertahanan dilindungi dengan aplikasi firewall buatan Israel, adakah anda yakin firewall yang canggih dan mahal itu benar2 melindungi data dan maklumat kementerian pertahanan ?

Atau contoh lain, PAS membuka tender untuk membina dan menyelenggara sistem komputer yang menyimpan data2 dan maklumat serta strategi parti. Tender itu kemudiannya diserahkan kepada syarikat pakar IT milik MCA. Adakah patut? Manasabahkah ?

Saturday, April 03, 2010

PRK Hulu Selangor : Perkasa wajar taja calon bebas

Ada penyokong UMNO sedang melobi supaya calon UMNO menjadi wakil BN di Hulu Selangor. MIC pula sudah tentu mahu calon MIC.

Seandainya BN memilih calon drp MIC, apakah pendirian PERKASA ? Apakah PERKASA akan menaja calon melayu di sana ? PERKASA mempunya ramai tokoh dari Selangor yang layak diketengahkan.

Kalaupun calon PKR seorang melayu, saya pasti PERKASA tidak akan menyokongnya kerana PKR bekerjasama dengan DAP.

PERKASA perlu lihat pokok perjuangannya. Apakah wakil MIC boleh diharap untuk memberi sokongan kepada perjuangan PERKASA ? Memandangkan kpd ramai yg mahu calon melayu di situ, saya kira, Ibrahim Ali bolehlah "standby" calon PERKASA di Hulu Selangor.

Friday, April 02, 2010

PRK Hulu Selangor

Umno bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mendesak supaya kerusi parlimen kawasan itu dikembalikan kepada Umno.

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi BN pada 30 Mac lalu.

Ia diserahkan oleh naib ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Adnan Buyong.

Dari segi jangka pendek, tindakan UMNO menuntut kerusi parlimen Hulu Selangor itu betul. Tapi dari segi jangka panjang, ia tindakan bodoh dan merugikan. Saya yakin, Najib tak akan layan tuntutan itu, malah UMNO sedar, kerusi itu akan tetap diberi kepada MIC sekurang2nya untuk PRK kali ini.

Namun tindakan ini cukup mengguris perasaan MIC dan masyarakat india selain mempamirkan keangkuhan UMNO. Atau mungkin ini semua hanya sandiwara politikus semata2.



Wednesday, March 31, 2010

Shahidan syor permudah urusan kahwin

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mengesyorkan pihak berkuasa agama setiap negeri mempermudahkan urusan berkahwin di kalangan muda-mudi bagi menangani gejala negatif seperti kes buang bayi yang makin membimbangkan.


Shahidan mungkin merujuk kpd kes seorang "pelajar pintar" berumur 15 tahun yang tak sabar2 nak kahwin dengan"boyfriend"nya, seorg penyelia restoran yg berumur 19 tahun. Bagaimanapun, keluarga perempuan itu tidak merestui.

Sebenarnya, urusan perkahwinan kini taklah susah mana. Bukankah mereka sanggup meredah lautan api asalkan dapat bersama ? Takkan tak sanggup berdepan dengan kerenah pegawai dan kakitangan di pejabat agama.

Yang menyusahkan ialah kerenah ibu bapa dan ipar duai yg mengenakan syarat yg bukan2. Ada yg saggup bergaduh ketika majlis bertunang. Kata2 spt "Kalau nak gaduh, biar gaduh sekarang, jgn masa nak kahwin baru nak menyesal" pernah saya dengar. Masalahnya, yg digaduhkan pasal yg remeh temeh, maskahwin yang rendah/tinggi, hantaran, tarikh dan benda2 yg bersifat keduniaan, glamour dan gah, status duda janda, tua sgt la (tua kalau byk harta tak apa), tak ada kelulusan, gaji kecil, tak lawa dan macam2 lg.

Hal2 keagamaan tak pula dititik beratkan, soal solat, aurat, batas2 pergaulan serta persediaan ilmu umpamanya.

Kalau nak permudahkan, saya rasa elok NGO saja yg tampil membantu. Urusan pejabat agama dah banyak yg dikritik sana-sini, nak tambah lagi hal2 yang sebenarnya ciptaan keluarga pasangan yg nak kahwin.

Bukan semua orang kaya2 dan senang lenang. Yg susah dan miskin pun nak kahwin juga. Yang tak berkelulusan pun nak kahwin juga. Keluarga dan NGO boleh membantu memberi nasihat, kaunseling, kursus, bimbingan termasuk dari segi persediaan kewangan, perancangan masa depan dan sebagainya. Bukan main terus hentam dan sindir2.

PERKASA yg dianggotai oleh pejuang melayu yg sudah kenyang mungkin boleh membantu. he..he..

Monday, March 29, 2010

PRK Hulu Selangor

Kalau calon BN daripda UMNO dan BN menang majoriti kurang daripada 5000, bermakna masa depan BN di Selangor kelam.

Kalau calon BN daripda MIC dan BN menang dengan majoriti lebih 5000, bermakna masa depan PR di Selangor mencemaskan.

Di Perak, seorang ketua pemuda cabang PKR keluar parti, 700 orang pengikut bersamanya. Bayangkan, Ahli Parlimen keluar parti pun tak ada laporan kata beratus-ratus pengikut bersamanya. Hebat betul ketua pemuda cabang PKR tu. Kalah Zahrain, kalah Mokhsin, kalah Zul Nordin.

Majlis syura ulama PAS

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.

Mulanya, saya lebih suka jawatan Mursyidul Am diganti dengan tokoh baru. Tetapi selepas membaca alasan yang diberikan, saya faham. Dulu, ada yang kata jawatan ketua sepatutnya dipegang sampai mati. Itu sunnah rasul dan khulafa ar-rasyidin. Kecuali penyandangnya sudah hilang upaya langsung untuk terus pegang jawatan.

Cuma yang sedikit kecewa, ialah Ustaz Ahmad Awang tiada lagi dalam majlis syura. Memang PAS ada ramai tokoh dan calon berwibawa. Tetapi saya berpendapat calon dalam majlis syura biarlah ramai yang veteran daripada yang muda. Yang muda biarlah banyak dan sibuk dengan pelbagai komitmen lain. Majlis syura adalah majlis yang cukup tinggi dan disegani. Yang muda kadang2 kurang dihormati terutama oleh golongan egoist. Masing2 rasa pandai dan tinggi ilmu belaka.

Malah Ustaz Ahmad Awang wajar dipertimbangkan 2 jawatan tertinggi iaitu mursyidul am atau timbalannya.

Dalam pada itu, sifat tidak sabar blogger2 tertentu membuat spekulasi, menyebar berita yang belum muktamad, seakan cuba mengatur (mengarah) keputusan mesyuarat semakin melampau. Awal2 sudah diberitahu, mereka mahu keputusan begitu dan begini. Bayangkan kalau mereka jadi pemimpin. Mesyuarat kena ikut tempo mereka. Tentu autokratik sifatnya. Demokrasi terpimpin. Bila masa mereka ini nak sedar ? Siapa kah yang paling layak menyedarkan mereka ? Mesti ada ketua yang mereka benar2 hormat dan boleh terima nasihat.

Saturday, March 27, 2010

Saya tak minat dengan Earth Hour

Bersungguh-sungguh kita layan kempen earth hour. Baguslah. Sayang juga kita kat bumi. Earth hour adalah kempen cetusan orang kafir. Tetapi saya tak berminat dengan earth hour bukan sebab ia cetusan orang kafir.

Masalah kita bukan sebab kita guna tenaga ketika kita perlukannya, tetapi kita bazirkan tenaga ketika kita tidak memerlukannya. Bukan saja tenaga malah banyak benda yang kita bazirkan.

Ketika waktu rehat sejam di pejabat, kita biarkan komputer "on" sedangkan kita boleh "sleep"kan komputer itu. Di rumah, kita pasang kipas, tv dan kemudian kita tinggalkan gitu je. Kita "download" dan biarkan skrin komputer on walhal kita boleh "off" kan skrin.

Sambil gosok gigi, kita buka paip air dan bazirkannya. Makanan kita buang setiap hari. Tak sedap la. Dah kenyang sangat la. Setiap hari, bertan-tan makanan dibuang begitu saja oleh rakyat Malaysia. Ada yang pasang lampu ketika tidur sebab dah letih sangat dan malas nak bangun tutup lampu. Tengok lah sungai2 di Malaysia. Siapa yang kotorkannya kalau bukan kita. Longkang pun tersumbat.

Saya pun ada "ter" buat semua tu. Sebab tu saya boleh sebut semula.

Yang Islam ajar tu dah sangat elok. Jangan membazir. Orang yang membazir itu saudara syaitan. Tiap-tiap hari kita membazir dan kemudian tutup lampu sejam setahun untuk selamatkan bumi. Tidakkah kita akan disoal semula di akhirat kelak ?

Gunalah lampu bila kita perlukannya. Tutuplah lampu bila tak perlukannya. Sayangilah bumi setiap hari. Dan ingatlah, semua itu adalah anugerah daripada Allah. Semua adalah milik Allah. Dan kita akan disoal kerana membazirkan harta milik Nya.

Bagaimanapun, saya hormati orang yang patuhi kempen earth hour.

Tuesday, March 23, 2010

ADUN BN letak jawatan di Perlis

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.
Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Sumber : Malaysiakini


Apa la nak jadi dengan wakil rakyat yang ada di Malaysia hari ini. Gugur jawatan exco je, merajuk dan letak jawatan. Nanti ada yang letak jawatan sebab digugur jawatan menteri. Ada yang lompat parti sebab yang dikejar tak dapat. Sebab tak dapat projek atau jawatan dalam GLC, keluar parti dan macam-macam lagi kerenah yang menggambarkan tahap atau nilai wakil rakyat yang kita ada.

Tak kira lah daripada parti mana sekali pun. 2 kali 5 je. Mereka hanya bersedia untuk dicalonkan tetapi tidak bersedia untuk digugurkan. Boleh gertak dan ugut bos pulak walaupun mengakui hak bos untuk lantik dan gugurkan / gantikan jawatan.






Monday, March 08, 2010

Solat hajat mengadu kpd Allah

Ketika di SMKATJ, orang pakai kasut "Warrior" yg berharga RM 12 sepasang, saya cuma pakai kasut Bata Badminton Master dengan harga RM 6 sepasang.

Ketika di Kusza, pelajar daripada keluarga kaya memakai kasut berjenama yang harga ratusan ringgit, saya cuma pakai kasut "Warrior". Paling canggih pun kasut "Aliph" yang harganya tak sampai RM 30.

Ketika di UTM, kebanyakan budak melayu pakai kasut berharga ratusan ringgit. Seorg kawan saya berbangsa cina cuma memakai kasut Bata Badminton Master. Katanya, ibu bapa nya orang miskin, penoreh getah dan dia tak layak terima biasiswa kerana bukan bumiputera. Saya tak pasti pada tahun berikutnya selepas itu sama ada dia terima pinjaman drp persatuan cina atau tidak, tetapi dia tetap pakai pakaian tak berjenama.

..............................................

Ketika di Kusza pada tahun 1984/85, telah berlaku kecurian kasut. Kasut mahal jenama Adidas dilaporkan hilang. Selepas solat maghrib (semua pelajar wajib solat berjemaah di musolla), ustaz membuat pengumuman meminta supaya pencuri memulangkan semula kasut itu.

Ustaz memberi amaran kepada semua pelajar, "Esok kita akan adakan solat hajat berjemaah selama 3 malam berturut2 selepas maghrib. Kita akan sediakan sebaldi besar air kat depan ni dan minta semua pelajar minum airnya. Kita minta Allah tunjukkan siapa pencurinya kecuali kasut itu dipulangkan."

Keesokan harinya, solat hajat tidak diteruskan. Saya dimaklumkan, kasut itu sudah dipulangkan. Ia tersimpan atas siling asrama.

Saya teringat kes ini bila Ustaz Ahmad Awang kata nak buat solat hajat 7 mlm berturut2 kerana rasa tertipu dengan sikap ahli parlimen tertentu. Ada yang melihat ia sebagai doa minta diturunkan musibah atau bala kepada seorang muslim yg lain. Sebhgan lain melihat ia sebagai mengadu kpd Allah kerana amanah yang diberikan telah dikhianati. Terserahlah kepada Allah hendak kenakan apa2 kpd si pengkhianat itu.

Wednesday, March 03, 2010

Royalti : Bawa ke mahkamah ke tidak ni ?

Jan 10, 2010 - Awang Adek (timb. Menteri Kewangan) cabar kerajaan Kelantan bawa kes ke mahkamah.

Disember 9, 2009 - Nazri Aziz (Menteri di JPM), "Membawa isu tuntutan itu ke mahkamah adalah langkah paling tepat".

Februari 26, 2010 - Ibrahim Ali (MP Pasir Mas), "Kalau tak puas hati, bawa saja perkara ini untuk ditentukan di mahkamah".

Mac 3, 2010 - Hishamuddin, "Bawa Isu Royalti Minyak Ke Mahkamah Tidak Wajar".

Ini baru pejuang agama


foto BERNAMA


1. Mohsin berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.

2. Mohsin memberitahu sidang media di sini bahawa beliau hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam.

3. Mohsin Fadzli berkata tugas dan tanggungjawabnya sebagai anggota Parlimen turut dikhianati dan disabotaj oleh anggota parti sendiri.
"Bukan sahaja saya tidak diberi sebarang pembelaan, sebaliknya saya diaibkan dan dicemuh di khalayak ramai, dan yang paling malang, mereka yang khianat dan tidak amanah ini diberi pangkat, jawatan dan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat dan dalam parti."

4. Hubungan akrab dan peribadi (dengan DS Anwar) tidak boleh menjadi alasan untuk mengetepikan akidah dan prinsip perjuangan yang saya yakini.

(Ketayap putih tu yang aku salute tu. ekekeke....)

Berduyun-duyun keluar parti

Sekarang ialah musim wakil rakyat keluar parti. Alhamdulillah, parti yang saya sokong tidak terlibat setakat ini. Tetapi sedih juga rasanya melihat betapa tergamak manusia yang berbangsa Melayu, beragama Islam sanggup mengkhianati amanah rakyat.

Yang keluar PKR pun bukan hebat-hebat mana. Semua jenis setakat cukupkan calon dalam PRU je. Yang hebat pada nama pula, bukan main demand lagi. Kalau diteliti alasan-alasan yang diberi, rasa terlalu lemah. Terserlah sikap pentingkan diri.

Dulu mereka boleh setia. Ketika itu sudah beberapa kali mereka ditolak rakyat, tetapi tetap setia. Tiba-tiba bila dipilih oleh rakyat, mereka khianat pula. Mereka boleh tempuh ujian susah, tetapi gagal bila diuji dengan kuasa.

Saya fikir, mereka bukan mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang. Mereka tentu sedar, mereka tidak mungkin akan terpilih semula sebagai calon. Kenapa perlu BN calonkan mereka sedangkan yang setia dalam BN dipinggirkan ? Tak manasabah. BN bukan kekurangan tokoh. Cuma kurang sokongan pengundi.

Mereka juga bukan akan dapat keistimewaan apa-apa dalam parti komponen BN. Dalam UMNO misalnya, sudah ada klik-klik dan puak-puak. Setakat jadi kuda tunggangan bolehlah. Itupun yang ada nama besar macam Zahrain Hashim atau Ibrahim Ali. Fairuz, siapa nak pandang. Yang kat Kedah, kat Selangor atau 2 bekas exco Perak dan timbalan speaker Perak, tak ada nilai yang besar. MP Bagan Serai pun tak ada value. Tan Tee Beng adalah nilai sikit. Dapatlah peluang bisnes dan kontrak itu ini. Tapi orang Ketua Bahagian pun nak juga. Ketua Bahagian mesti dapat lebih.

Sekarang, susah nak diramal. Tak sesuai untuk buat andaian. Kalau ada duit, semua boleh jadi.

Selepas dikocak parti PAS dan DAP, rupanya PKR juga yang disasarkan. Dalam PRU akan datang, adakah pemilih masih "berani" untuk pilih calon PKR jika tidak mahu kepada BN ? Tempat saya pun, kedua2 dun dan parlimen ditandingi calon PKR.

Wednesday, February 24, 2010

Khilaf penggunaan nama Allah

Beberapa minggu lepas, Ustaz Badrul Amin Baharon datang menyampaikan ceramah di Masjid Ampang. Antara lain disentuh juga isu penggunaan nama Allah oleh penganut kristian.

Antaranya, dinyatakan, Allah itu Tuhan sekelian alam, bukan Tuhan orang Islam sahaja (Rabbil Alamin). Kita tak boleh kata God itu bukan Allah kerana secara tidak langsung, kita menganggap bahawa ada Tuhan lain selain Allah. Cuma orang kristian sudah tersesat bila mengatakan Allah itu ada Tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan ibu (trinity) sedangkan Allah itu Esa, Tuhan hanya satu iaitu Allah sahaja.

Beberapa hari lepas pula, Ustaz lain pula menyampaikan kuliah dan mengatakan bahawa orang kristian boleh menyebut nama Alah tetapi tidak boleh menggunakan nama Allah. Jika kita benarkan mereka menggunakan nama Allah, bererti kita membenarkan mereka menggunakan konsep trinity terhadap Allah.

Kata ustaz ini lagi, walaupun syarak tidak melarangnya kerana tiada nas, tidak bererti kita tidak boleh mengadakan undang2 untuk memelihara agama kita. Kita terima ia sebagai khilaf ulama (rahmat). Mereka dengan hujjah2 mereka, dengan ilmu yang ada pada mereka dan kita dengan hujjah kita, dengan ilmu yang ada pada kita.

Di sinilah timbul tauhid uluhiyah dan rububiyah. Kristian menerima konsep rububiyah tetapi menolah konsep uluhiyah. Teringat pula saya kepada seorang lagi penceramah, Sheikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki, seorang pengamal tasawuf juga seorang ahli majlis fatwa Negri Sembilan. Katanya, tiada tauhid uluhiyah dan tauhid rububiyah. Tauhid itu satu sahaja. Orang yang membahagikan tauhid kepada uluhiyah dan rububiyah itu sesat lagi menyesatkan.

Kalau dibanding-bandingkan, boleh pening kepala jemaah yang mendengarnya. Yang penting kita terima ia sebagai khilaf. Perbezaan pendapat itu adalah rahmat kepada kita.

Masalahnya, setengah2 ustaz ni cakap je khilaf itu rahmat. Tapi bila pendapat yang dipegangnya disanggah, mulalah dia melenting dan melatah. Macam orang politik juga. Bila orang tak setuju dengan pendapat dia, mulalah dicari2 kesalahan orang tu.

Monday, February 22, 2010

Royalti : Adakah buku ini berbohong ?




Berikut saya paparkan petikan sebuah buku yang diterbitkan sempena pertabalan DYMM Sultan Mahmud Terengganu pada 21 Mac 1981.

Di dalamnya, disebutkan bahawa bayaran wang tunai oleh Petronas kepada kerajaan Terengganu adalah sebanyak 5% drp nilai petroleum mengikut perjanjian antara kerajaan negeri dengan Petronas. Semua orang tahu, pelantar itu berada nun jauh di luar pantai Terengdanu, lebih drp 3 bt nautika.

Tiba-tiba hari ini, kerajaan persekutuan mengeluarkan kenyataan kononnya perjanjian itu hanya untuk minyak yang berada dalam lingukngan 3 bt nautika.

Persoalannya, adakah buku ini tidak menyiarkan fakta yang betul? Kalau salah, kenapa tiada pihak yang tampil membuat pembetulan selepas ia diterbit dan diedarkan ? Atau kerajaan negeri pada masa itu sengaja berbohong kepada rakyat ?

Thursday, February 18, 2010

Maulidur Rasul di Pulau Pinang

Heboh kerajaan DAP P.Pinang nak sekat perarakan maulid rasul. Yang yang diura-urakan untuk dibatalkan hanya perarakan, bukan sambutan.

Dulu, ustaz-ustaz saya di SMKA selalu sinis dengan cara kita sambut maulid rasul. Berarak ramai-ramai, bercapur gaul lelaki perempuan, sambil berselawat. Bila tiba waktu solat, bukan pergi masjid pun. Lagi dahsyat, yang perempuan cuma pakai selendang, nampak jambul besar. Bangga sungguh dapat pegang sepanduk sambil berselawat. Macam demonstrasi aman. Adakah mufti-mufti beri teguran dan cadangan supaya sambutan itu diperelokkan lagi ?

Cara kritikan dibuat terhadap kerajaan P.Pinang seolah-olah perarakan sudah menjadi perkara wajib di P.Pinang. Tak pernah mis ketika Gerakan memerintah P.Pinang. Rupanya tak juga. Tahun 2003 - 2005, tiada perarakan pun. Cuma tak kecoh. PAS pun tak buat kecoh. Apa nak kecoh nya ? Berarak je. Itu pun kena sapu duit penaja juga. Kakitangan jabatan dan syarikat tertentu dipaksa hadir. Maka meningkatlah sudah syiar Islam di bumi P.Pinang.

Di Terengganu, seingat saya, perarakan bukan diadakan tiap-tiap tahun. Buang masa dan tak ada kesan positif langsung kepada masyarakat Islam. Akhlak anak-anak muda makn merosot juga.

Di kampung saya, sambutan dibuat dengan majlis marhaban. Ceramah saya tak pasti. Tapi sebenarnya ceramah (majlis ilmu) lebih baik daripada majlis marhaban. Lepas tu ada kenduri sikit. Orang kampung yang tak pernah ke surau pun berpusu-pusu datang. Kalau selalunya satu saf pun tak penuh, bila ada maulid rasul, dapatlah penuh surau. Tapi untuk satu waktu solat je. Lepas tu balik seperti asal.

Kita digalakkan berselawat setiap hari, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. Hari maulid rasul, tiada pula dalam nas. Khabarnya, Perlis tak pernah berarak sambut maulid rasul. Tak payahlah kita bising-bising.

Friday, February 05, 2010

Masjid dengan kemudahan sukan

Saya rasa, ada baiknya kalau pembinaan masjid baru dilengkapi dengan kemudahan sukan. Bukanlah sukan yang perlukan kawasan yang luas dan besar seperti ragbi, atau kos selenggara yang tinggi, tetapi memadailah sukan yang digemari rakyat setempat atau sukan yang kosnya sederhana sahaja.

Menyediakan gym, gelanggang ping-pong, gelanggang badminton, skuasy atau apa saja yang relevan. Boleh juga dilengkapi dengan wifi centre. Jadual penggunaannya tentulah dikawal oleh AJK masjid.

Kalau budak-budak nak main sukan ketika ada majlis ilmu, ambil kesempatan beri tazkirah 10-15 minit. Lepas tu lantaklah dia orang nak main pun.

Satu masjid, cukuplah dengan satu kemudahan saja. Masjid mukim lain, lain pula kemudahannya.

......................................

Baru-baru ini, khabarnya nazir masjid Jamiul Huda Ampang terima surat drpd JAIS minta penjelasan kerana membenarkan Anwar Ibrahim bagi ucapan di masjid.

Saya rasa, dari segi peraturan jelas AJK masjid sudah buat salah. Walau kot mana pun Ahli Parlimen Ampang, Pn Zuraidah nak kata, salah tetap salah. Tapi, ada perkara boleh guna budi bicara.

Kalau orang pergi masjid, tak pakai topi keledar; polis boleh je saman. Ikut undang-undang, salah tetap salah. Tapi polis tak saman pun sebab guna budi bicara.

Saya rasa, memang betul kata Khalid Samad, peraturan JAIS perlu dikaji semula dan dikemaskini. Lihat semula apa tujuan larangan guna masjid kepada orang yang tak ada tauliah.

Sekarang, adakah kalau budak-budak tabligh nak bagi taklim 5-10 minit pun jadi salah ? Kalau DO datang atau ketua kerajaan tempatan (majlis daerah atau majlis perbandaran) datang dan ahli kariah minta dia bercakap sikit, takkan tak boleh kot. Atau dia bukan orang tempatan, tak ada kena mengenapun dengan masyarakat setempat, tapi ada pengalaman yang boleh dikongsikan bersama yang difikirkan sesuai oleh AJK masjid, apa salahnya.

Nak mohon dengan JAIS dulu ke ? Amboi tebalnya karat birokrasi.

Velodrom Dungun : Bukan penduduk kampung yang bantah

Laporan Buletin Online menyebut, bantahan sebenar ke atas majlis pelancaran pembinaan velodrom di Kg Sura Dungun sebenarnya dibuat oleh JKKK dan bukan penduduk kampung.

Bila ada laporan bantahan, saya pun tercari-cari di TranungKite dan lain-lain blog PAS di Terengganu tetapi satu pun tak jumpa. Sebab itu saya katakan, tak jelas apa punca sebenar bantahan itu.

Rupa-rupanya, orang UMNO sendiri yang bantah. Memang lah tak berpandangan jauh pun. he..he..he.. Mungkinkah sebab JKKK di situ tak dapat komisyen langsung ? Atau Pok Rosli, Ketua UMNO Bhg Dungun yang tak dapat komisyen ? Atau sengaja nak sabotaj Shabery Cheek ?

Kalau suruh pilih Ahmad Said dengan Shabery Cheek untuk bertanding di DUN sebagai bakal MB Terengganu dalam PRU akan datang, saya lebih suka Shabery Cheek. Itu pun kalau UMNO menang lagi. Kalau PAS yang menang, jangan pilih Abu Bakar Chik pulak. he..he..he..

Wednesday, February 03, 2010

Velodrom di Sura, Dungun

Cadangan MSN untuk membina velodrom mini di Sura, Dungun mendapat bantahan masyarakat tempatan. Menteri Belia dan Sukan, Shabery Cheek kecewa.

Secara peribadi, saya juga kecewa tetapi tidak begitu pasti apakah rasional sebenar disebalik bantahan itu. Bagi saya, kerajaan perlu banyakkan lagi kompleks sukan mini di daerah-daerah di Terengganu.

Orang Terengganu suka sangat guna terma "MEMBAZIR" untuk kebanyakan projek kerajaan terutama untuk sukan dan kebudayaan. Aktiviti sukan dan kebudayaan masih dilihat banyak merosakkan akhlak muda-mudi dengan pendedahan aurat, bercampur gaul lelaki perempuan dan pengabaian solat dan majlis ilmu. Saya tak mahu nafikan itu tetapi itu soal lain. Pengisian program boleh diperkemaskan dan diperbaiki.

Velodrom itu hanya velodrom mini sahaja. Ia banyak boleh dimanfaatkan oleh anak-anak muda di Dungun khasnya. Sekolah-sekolah dan persatuan peringkat daerah juga boleh memanfaatkan velodrom itu untuk melahirkan lebih ramai athlit basikal.

Terengganu boleh dikatakan agak menyerlah dengan sukan lumba basikal sejak dulu, selain sukan hoki. Malangnya, athlit sukan itu tidak menuju kepada pencapaian yang lebih baik. Kalau hoki, setakat sekolah-sekolah je atau hingga bawah 21 tahun. Lepas tu hilang. Kerajaan dan persatuan seolah-olah tidak membantu menaikkan minat rakyat dengan malahirkan pasukan peringkat negeri yang disegani atau diminati seperti bolasepak.

Saya bukan orang Dungun, jadi saya tak pasti lokasi tapak pembinaan. Memanglah ia mungkin kurang memberi manfaat secara langsung dan cepat kepada penduduk tempatan. Orang Dungun dan Terengganu perlu fikir untuk jangka masa yang lebih panjang.

Dari segi kos senggaraan, apapun bangunan moden perlukan kos senggaraan yang tinggi. Tetapi saya percaya, ia masih berbaloi disamping memberi peluang pendapatan kepada syarkat kroni untuk meraih rezeki. he..he..he..

Kutipan derma untuk blogger Aduka Taruna

Saya setuju, blogger AT tidak sepatutmya dibiar sendirian menanggung susah, sebaliknya dibimbing. Walaupun susah itu ciptaan dia sendiri.

Tetapi saya rasa, dia wajar menerima hukuman atas keceluparannya sebelum ini. Tak perlu ramai-ramai orang bantu dia. Kalau ramai sangat yang datang bantu, dia jadi selesa dan kurang ambil iktibar. Perlu ada orang bantu tetapi secara low profile sahaja. Tak payah hebohkan dan beri publisiti. Biar dia dihukum oleh Allah dengan sedikit kesusahan dan bantu lah dia kembali kepada cara yang Islami.

Tuesday, January 26, 2010

Blogger Aduka Taruna direman

Saya tak sempat baca artikel mana yang menyebabkan blogger AAduka Taruna direman. Saya selalu baca blog dia. Dalam Sage feed saya, Blog Aduka diletak dalam folder Blogger Reform. Walaupun saya benci dengan cara dia menulis, saya baca juga.

Blogger yang pernah lancarkan projek langgar Hadi ini ditahan reman kerana tulisan yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor. Entah tulisan dia sendiri atau tulisan pengunjung blog, Wallahua'lam.

Tapi tulisan Aduka sebelum ini memang melampau-lampau. Kita orang Islam, ada etika sendiri dalam menulis. Dalam blog Aduka, dikatakan, dia hanya ikut contoh yang dibuat UMNO. Bila masa pula UMNO jadi ikon kita. Kenapa budaya UMNO yang menjadi ikutan kita ?

Aduka pernah menghina Hadi Awang. Lebih teruk lagi, dia menghina jemaah masjid Rusila dengan lawak memperbodohkan jemaah Rusila. Saya tertanya-tanya, apa dosa jemaah masjid Rusila kepada Aduka hingga dia sanggup menghina begitu. Dalam hati saya berkata, "Allah maha adil. Allah tahu apa balasan yang sebaiknya untuk Aduka, yang boleh menginsafkan Aduka dan mendidik Aduka kembali kepada cara Islam."

Saya hanya berdoa semoga Aduka mendapat keinsafan. Allah masih sayangkan dia. Dia kena minta maaf kepada semua ulama yang pernah dihina dan dimakinya. Tidak lupa kepada jemaah masjid Rusila.

Kepada kita semua, ingatlah Allah maha adil. Jangan terlalu angkuh bila berkata. Keangkuhan selalu dipercepatkan balasannya. Syukurlah kalau kita insaf dulu. Kalau kita mati dulu sebelum sempat insaf ?

Kesihan dengan keluarga Aduka. Isterinya turut menjadi mangsa. Ramai juga yang simpati dengannya. Sayangnya dia tak ingat nak simpati pada orang yang dimakinya.

Hadi Awang pernah sinis kat Kit Siang dan Karpal dengan mengatakan mereka ubat tamat tempoh. Sepenggal je Allah beri Hadi jadi MB Terengganu. Allah sayangkan Hadi.

Kita mahu orang bersikap terbuka menghadapai perbezaan pendapat tetapi kita tak habis-habis menyindir dan mempersendakan pendapat orang yang berbeza dengan kita. Kita katakan perbezaan pendapat itu satu rahmat tetapi sikap kita tak menunjukkan kematangan dalam menghadapi perbezaan pendapat. Dalam isu nama Allah pun, kita dapat lihat bagaimana Harun Din dihina kerana ketegasannya mempertahankan pendapatnya.

Masa untuk muhasabah.

Thursday, January 21, 2010

Undi Pos

Manusia hanya merancang, Allah menentukan. Allah maha adil. Pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Selepas berkajang-kajang memo di hantar menuntut supaya undi pos dimansuhkan, SPR bercadang supaya undi pos diperluaskan. Antara yang menjadi sasaran ialah jururawat, doktor dan wartawan.

Memandangkan ada cadangan supaya had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, tak mustahil satu hari nanti ia akan diperluaskan kepada pelajar-pelajar pula. Bermakna pelajar juga layak undi pos.

SPR memang panjang akal. Saya sangsi, apakah dalam pilihanraya akan datang, PR boleh mencapai kemenangan lebih besar atau satu lagi keputusan yang mengejutkan akan berlaku.

Manusia hanya merancang, Allah menentukan. Allah maha adil. Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang diatur.

Friday, January 15, 2010

Khutbah Jumaat hari ini

Khutbah Jumaat di masjid Wilayah hari ini berkenaan bahay gula. Umat Islam diseru supaya jangan ambil banyak gula dalam makanan dan minuman. Juga diberitahu rasional kenapa kerajaan menaikkan harga gula.

Sekali dengar, macam majlis penerangan Umno je. Nasihat seperti ini saya rasa tak perlu guna mimbar Jumaat. Di dewan serbaguna pun boleh cakap. Tak cukup lagi ke kempen di TV dan radio ? Di suratkhabar [un siar benda sama juga.

Memang elok masjid digunakan untuk beri nasihat kesihatan, nasihat isu keselamatan bahaya ragut, macam mana nak elak ragut, nak elak rogol dan sebagainya. Penyampaian boleh dibuat bukan hanya oleh imam tetapi oleh doktor termasuk doktor bukan Islam atau oleh anggota polis, bomba dan sebagainya.

Mimbar Jumaat sepatutnya menitik beratkan isu memantapkan akidah, memantapkan syariah dalam diri umat Islam, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Masalah akidah dan syariah pun hancur, dok cerita pasal harga gula RM1.65 sen sekilo. Nasib baik tazkirah sebelum Jumaat cerita pasal solat. Rasionalnya, masih ramai umat Islam yang hadir solat Jumaat tetapi tak solat lima waktu.

Cerita bab solat, ancaman arak, judi, bomoh dan macam macam perkara yang mengancam akidah itu lebih penting daripada nasihat suruh jangan ambil banyak gula di atas mimbar Jumaat. Jemaah pun naik menyampah dengar harga gula kita murah sebab kerajaan beri subsidi.

Thursday, January 14, 2010

KUALA LUMPUR - Sekali pandang, bas Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) memang canggih dan pasti selesa dinaiki.

Hakikatnya, kepincangan dalam perkhidmatan mereka, baik dari segi jaminan menepati masa, cara pemanduan, tahap keselesaan penumpang dan aspek keselamatan mengimbau kembali ingatan warga kota kepada era bas mini yang pernah menjadi 'raja jalan raya' satu ketika dulu.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, masalah yang membelenggu RapidKL itu perlu diatasi segera jika syarikat itu tidak mahu tahap perkhidmatan mereka dicap sama seperti era bas mini satu masa dahulu.

"Kita sokong RapidKL kerana mereka menjanjikan perkhidmatan lebih baik tetapi jika masalah-masalah ini tidak diatasi, kualiti mereka sama seperti zaman bas mini,'' tegas beliau.


Itu laporan akhbar Kosmo. Ini pula mengikut pemerhatian saya.

Kalau nak komplen perkhidmatan bas di KL, paling teruk ialah bas Metro dan SJ. SJ ni bukan bas Sri Jaya. Tapi entah kompeni mana yang dibawa masuk ke KL pada zaman Khalid Nordin jadi menteri yang jaga LPKP. Sebelum itu, bas di KL cuba diseragamkan pada era Mahathir dengan kualiti yang cantik, baru dan ada pendingin hawa. Cuma tang jadual bas je susah nak kawal.

Sekali pada zaman Pak Lah, bas-bas buruk dibenarkan semula beroperasi di KL. Pemandu bas-bas ini berlumba-lumba di jalan raya, macam bas mini dulu-dulu tetapi bezanya kini dengan bas panjang yang lebih membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Dan akhbar-akhbar melayu sibuk komplen pasal bas RapidKL. Bas Metro berlumba-lumba dengan bas SJ, tak pula dihebohkan. Ada pemandu bas siap guna alat walkie-talkie, bagi arahan gengnya supaya halang bas RapidKL dekat "bus stop" sementara rakannya jalan dulu untuk menyapu pelanggan di depan. Itu belum kira ekzos bas yang mengeluarkan asap hitam legam, menyesakkan dada penunggang motor di belakangnya.

Tak tahu lah saya pasal Rapid KL. Itu cerita kawan saya pernah naik bas panjang yang berlumba-lumba dalam perjalanan Rawang-KL. Sampai bas bergesel-gesel pun ada. Memang kecut perut dibuatnya.

Harap pegawai FOMCA tu siasat dan dedahkan sama sikap pemandu yang tidak mengutamakan keselamatan. Pernah saya nampak seorang penumpang (Mat Saleh) yang turun bas Metro dan marah-marah sebab bas tu tak melalui jalan yang ditetapkan sebaliknya melalui jalan alternatif yang tak sibuk. Akibatnya, Mat Saleh tu terpaksa menapak jauh.

Wednesday, January 06, 2010

Keadilan Allah


Diriwayatkan, seorang nabi sedang berzikir kepada Allah di atas sebuah bukit. Nabi tersebut dapat melihat apa yang berlaku di lembah bukit tersebut.

Seketika kemudian, datang seorang musafir berhenti rehat di bawah sepohon pokok. Musafir itu (M1) membawa bersamanya uncang berisi emas.

Selepas berehat, M1 meneruskan perjalanannya tetapi dia telah tertingal uncang emasnya.

Kemudian, datang pula musafir kedua (M2) dan berhenti rehat di tempat yang sama. Dia telah terlihat uncang emas itu lalu dia mengambilnya. “Ini rezeki aku !”, katanya. Dia kemudian meninggalkan tempat itu bersama uncang emas tadi.

Datang pula musafir ketiga (M3), sorang yang miskin lagi dhaif. Dia seorang pencari kayu api. Ketika sedang berehat di tempat tersebut, muncul M1 dan bertanya tentang uncang emasnya. M3 menjawab, “Saya tak tahu menahu. Tiada uncang emas di sini.”

M1 menjadi marah. Mereka terus bergaduh sehingga akhirnya M1 membunuh M3.

Nabi Allah itu lalu berasa gelisah melihat apa yang berlaku didepan matanya. Dia mengadu kepada Allah, kenapa berlaku perkara sebegitu di depannya. Sudahlah M3 miskin dan susah, ia mati dibunuh pula. Sedang M2 pula menjadi kaya kerana menjumpai wang emas yang asalnya bukan miliknya.

Lalu Allah menurunkan penjelasan melalui malaikatnya.

Wang emas itu sebenarnya bukan milik M1. Ia telah dicuri oleh bapa M1 daripada M2. Jadi M2 telah mendapat haknya semula. M3 pula sebenarnya adalah pembunuh kepada bapa M1. Jadi adillah, bila M1 membunuh pembunuh kepada bapanya dahulu.

Kesimpulannya, ingatlah bahawa Allah itu maha adil. Dia boleh menyegerakan balasannya di dunia atau menangguhkan ke akhirat. Hari ini kita menganiaya orang, memfitnah orang, mengejek orang lain, mengambil hak orang lain, kelak kita akan menerima balasan yang setimpal. Kita angkuh dengan kuasa kita, ilmu kita, hak kebebasan kita, kelak Allah boleh hinakan kita atau zuriat keturunan kita.

Semoga kita mengambil pengajaran daripada cerita di atas.

Tuesday, January 05, 2010

Isu nama Allah : PAS sokong ???

Beberapa laman blog dan portal berita internet melaporkan PAS menyokong penggunaan nama Allah oleh akhbar mingguan Herald. Lihat Greenboc, AlHusseyn dan TVSelangor.

Tetapi, selepas saya baca kenyataan rasmi PAS (bukan resmi tapi rasmi), ternyata ia tidak sama seperti yang dilaporkan.

Laporan yang menyebut PAS sokong guna kalimah Allah menggambarkan seolah-olah, PAS menyokong akhbar mingguan kristian tersebut untuk menggunakan kalimah Allah. Sedangkan maksud kenyataan rasmi itu ialah PAS setuju bahawa tiada larangan untuk pengikut agama samawi itu menggunakan kalimah Allah tetapi mestilah dalam konteks yang betul dan tidak digunakan secara salah, mengelirukan dan bersifat provokatif sekaligus bakal mengundang kemarahan umat Islam. Kedua-duanya amat berbeza. Membenarkan bukan bererti menyokong.

Seingat saya, Samy Vellu pun pernah guna perkataan Allah ketika menjadi menteri dulu, walaupun dia bukan penganut agama samawi.

Elakkanlah daripada membuat laporan yang mengelirukan dan bakal mengundang fitnah.

Thursday, December 24, 2009

Enjin jet hilang; tutup mulut menteri

KUALA LUMPUR: Kabinet mengarahkan semua kenyataan berhubung kehilangan dua enjin pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), F-5E hanya boleh dikeluarkan Pejabat Peguam Negara berkuat kuasa serta-merta.
Mulut Zahid Hamidi perlu ditutup segera. Lepas satu, satu pendedahan dibuat. Kenapa pendedahan tak dibuat sekaligus ? Kenapa mesti secara bersiri ? Akhirnya kabinet membuat keputusan, "Zahid, kau diam !". Menteri pun dah tak boleh cakap.

Sebelum ini, mulut Zahid juga diarahkan supaya diam dalam isu Pengerusi BN P.Pinang. Dulu Zahid pernah celupar dengan Mahathir. Kenapa Zahid Hamidi tiba-tiba jadi berani begini ? Adakah ia memang sifat semula jadi Zahid atau sekali lagi dia diperalatkan oleh orang lain ?

Dalam kes di Selangor, Hassan Ali (exco agama) diminta diam. Dia tak boleh bercakap bagi pihak JAIS apatah lagi MAIS. Nak bercakap, kena minta izin Pengarah JAIS atau MAIS. Apa punya hinanya exco agama, kena minta izin pengarah dulu.

Kesiaaan. Rakyat lagi lah kesiaaan. Juta-juta RM lesap. Rakyat diminta berjimat cermat. Mesyuarat kena minum air 'o' je. Kuih sekeping saja atau tak ada kuih langsung. Tengah hari, tutup lampu pejabat.

Dakwat kekal SPRM bernilai RM2.4 juta dibeli dan kemudian dimusnahkan tanpa digunakan atau dijual semula. Enjin jet bernilai RM50 juta lesap. Bumbung stadium benilai jutaan RM runtuh. Sana-sini rugi berjuta-juta.

Bayangkan berapa juta kerajaan berjaya selamatkan duit rakyat jika semua pegawai kerajaan minum teh o semasa mesyuarat.


Thursday, December 17, 2009

YB cop duit

Sebagai Exco dan ADUN saya wajib menyumbang kepada PAS Negeri dan Kawasan.
Kepada PAS Negeri saya menyumbangkan RM2,045 sebulan.
Kepada PAS Kawasan saya menyumbang RM1,000 sebulan.
Selain dari itu saya membayar dari elaun saya RM1,300 sebulan untuk sewa Pusat Khidmat ADUN.
Di pejabat SUK, saya melantik dua orang kakitangan tambahan kerana kakitangan yang dibekalkan oleh Kerajaan Negeri tidak mencukupi. Exco-Exco PKR dan DAP juga mengambil kakitangan tambahan. Kami ada ”dateline” dan KPI.

Saya terpaksa membayar dari elaun saya RM2,700 sebulan untuk gaji-gaji kakitangan tambahan itu.

Maka jumlah sumbangan tetap saya adalah RM7,045 sebulan.

Dulu bila kita menganjurkan majlis hari raya, PAS Kawasan akan berbelanja RM2,000 hingga RM3,000 dan sekitar 1,000 orang yang hadir.

Sekarang ADUN akan menganjurkan majlis hari raya. Perbelanjaannya mungkin RM20,000 dan kehadiran hampir 10,000 orang.

Kenapa saya memberitahu semua ini? Bukankah lebih baik merahsiakan segala infaq?

Saya perlu mendedahkannya kerana bimbang akan ada yang bertanya apa kita dapat dengan adanya seorang Exco, ADUN atau Pejabat ADUN. Atau apa yang ADUN buat dengan elaunnya.

Demikian antara tulisan seorang exco PAS di Selangor.

Teringat saya kepada tulisan seorang mantan MB UMNO. Ketika itu dia bergelar seorang ahli parlimen. Seorang pemandu lori datang kepadanya mahu meminjam wang RM2000 dan berjanji akan bayar balik dalam tempoh 4 bulan. Ahli parlimen Kemaman itu tak cukup wang lalu pergi meminjam daripada ayahnya di Kuala Terengganu. Hutang itu tak pernah dibayar semula walaupun mereka kerap bertemu muka selepas itu.

Sebelum itu, seorang pemilik kerbau didenda oleh mahkamah sebanyak RM500 kerana ternakannya merosakkan kebun jiran dan perlu dijelaskan dalam tempoh 3 hari. Pemilik kerbau itu pergi meminjam wang dengan ahli parlimen itu dengan alasan tak sempat nak jual kerbau.

Selepas itu, pemilik kerbau itu melarikan diri daripada ahli parlimen itu malah menyokong parti pembangkang pula. Pada waktu yang lain, dia masuk UMNO semula tetapi tak pernah minta maaf dengan ahli parlimen tersebut atas kesalahan lepas.

Dalam cerita lain, ketika YB tersebut hendak membeli durian, si penjual durian dengan selamba berkata, harga durian tu RM20 tetapi sebab dengan YB, saya jual RM30.

Satu lagi, seorang lelaki datang mahu meminjam duit RM5000 daripda YB yang sama untuk belanja kahwin anaknya. YB beri nasihat, kalau tak mampu, tak payahlah buat besar-besaran. YB beri RM1000 sebagai hadiah. Lelaki tersebut marah sambil berkata, "Kalau tak boleh beri pinjam sudahlah, saya tak perlukan duit RM1000".

Semua kejadian di atas membuatkan si YB berfikir, betapa orang ramai menganggap YB banyak duit, macam pengilang wang. Mereka menganggap kalau pinjam duit YB, tak payah bayar balik.

Saya percaya bukan semua YB Umno itu jenis suka kumpul duit, kutip komisyen. Sekurang-kurangnya YB dulu-dulu. Macam lagu Andi Lala, "Assalamu 'alaikum YB", belanja seorang YB memang tinggi walaupun mereka boleh buat tuntutan beribu-ribu ringgit.

Bagi YB yang jujur, memanglah perit terasa. Tapi bagi yang jenis kumpul komisyen projek, mereka juga berbelanja tinggi untuk membeli undi dalam pemilihan atau pilihanraya. Pun begitu masih boleh bina rumah sebesar istana, hartanah di sana-sini, belanja anak bini memanglah tak nak kalah. Ini semua hanya menyusahkan YB-YB yang jujur sebab; itulah gambaran kekayaan seorang YB di mata penyokong atau pengundi.

Tengok TGNA. Logiknya 19 tahun jadi MB. Kaya raya dah dia. Kalau orang UMNO, tak tahulah macam mana bini dia berbelanja. Mesti bergaya sakan. TGNA tu orang lama. Kalau YB baru PAS, belum tentu lagi. Orang muda, nafsu belanja pun mesti hebat. Tunggu dan lihat je lah. Harap-harap taklah sedahsyat YB Umno.



Sukan SEA tahun ni tak meriah

Berita Harian Online : 13 November 2009

MOM sokong RTM enggan bayar hak siar Sukan Sea
Oleh Lukman Salleh

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menyokong pendirian Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk tidak membayar yuran bagi mendapat hak penyiaran Sukan Sea XXV kepada Laos sekalipun ia bermakna peminat sukan buat pertama kalinya akan terlepas aksi secara langsung kontinjen negara di Vientiane.

Presidennya, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa hak penyiaran temasya itu adalah milik Persekutuan Sukan Sea (SGF) dan langkah Laos mengenakan yuran hak penyiaran melanggar peraturan badan induk itu yang menyatakan kejohanan serantau adalah percuma semua negara anggota.

Justeru, MOM akan membangkitkan isu ini bersama tuan rumah secepat mungkin bagi meleraikan permasalahan ini serta mengelak langkah yang diambil Laos ini akan menjadi ikutan kepada negara yang menganjurkannya selepas ini.

“MOM bersetuju dengan menyokong pendirian RTM untuk tidak membayar yuran bagi mendapatkan hak penyiaran Sukan Sea XXV sekalipun bermakna peminat tidak akan dapat menyaksikan temasya ini secara langsung dari Vientiane,” kata Tunku Imran, kelmarin.

“Apa yang dilakukan Laos melanggar prinsip dan peraturan yang sudah ditetapkan SGF iaitu hak temasya ini adalah miliknya dan ia seharusnya ditawarkan kepada semua negara anggota untuk menyiarkan secara langsung tanpa dikenakan apa-apa caj untuk hak penyiaran.” katanya.

Patut lah tak meriah langsung sukan SEA tahun ni, sekurang-kurangnya di Malaysia. Pembukaan pun tak ada siaran langsung. Sorotan harian pun tak ada.

Teringat sukan SEA di Manila 1981. Saya sering mengadap TV, seronok menonton athlet negara seperti Zaiton Othman, Adnan Saidin, anak-anak Sidek beraksi. Kalau 28 tahun lepas dah boleh tengok di TV, Kenapa di tahun 2009 tak ada langsung. Lantak kau lah Laos. Ini baru pertama kali Laos jadi tuan rumah.

Blogger sedang kumpul alasan Ahli Parlimen PR

Ketika ini, ramai blogger sedang mengumpul alasan daripada ahli parlimen PR yang gagal hadir ketika sessi pengundian untuk meluluskan belanjawan 2010.

Apa pun juga alasan yang diberikan mereka, kita kena terima. Waime dia kata dia tertidur sebab sebelum tu, dia dah tak tidur lebih dari 24 jam.

Ahli parlimen mempunyai seribu satu alasan. Mereka sentiasa sibuk ke sana ke mari. Pantang ada masa terluang, ada saja orang nak jemput atau nak jumpa. Tak susah nak cari alasan.

Jangan salahkan individu itu sahaja. Kepala mereka pun salah juga. Ia tak dirancang daripada awal. Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang tak rancang daripada awal. Saya percaya, kalau ia dirancang lebih awal, lebih ramai ahli Parlimen PR yang bersedia di Parlimen. Sebab itu, sekarang kita lihat semua kepala-kepala ini duduk diam-diam. Ahli parlimen itu sendiri yang kena jawab dan kepala tak mahu bercakap.

Tak hadir persidangan waktu malam bukan perkara pelik. Anwar dan Hadi bukan tak biasa, sibuk pada sebelah malam. Tapi bila dah dirancang awal, boleh lah diatur semula.

Tak ada gunanya ahli parlimen salahkan ketua dan ketua salahkan ahli parlimen. Nanti rakyat lagi marah. Jadi diam sajalah. Itu lebih baik.

Dan mereka semua layak untuk dimarahi. He..he..he..

Tuesday, December 15, 2009

Sakit mata saya tengok amaran ini

Sakit mata saya bila melihat amaran ini setiap kali mengunjungi laman web Parti PAS. Harap petugas di Jabatan IT PAS dapat buat sesuatu supaya mesej ini dapat dibersihkan.
Lawati http://safeweb.norton.com/report/show?url=pas.org.my



Bukan nak tahu hukum, tapi saja nak kenakan dia

Dalam sebuah wacana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad.

Saya cukup tak selesa dengan soalan seumpama ini. Bukan sebab yang kena itu isteri PM. Tapi kenapa soalannya hanya terhad kepada "isteri PM" ? Kenapa skopnya terlalu khusus  dan sempit ? Soalan-soalan seumpama ini selalu muncul bila orang politik bersembang. Tujuan sebenarnya bukan nak tahu hukum, tapi nak kenakan seseorang. Kenapa tak tanya apa hukum anak isteri raja kita tak tutup aurat. Sebab kita bukan nak kenakan dia kan ? Kita bukan nak cari gaduh dengan istana. Jadi diam sajalah.

Hukumnya sudah jelas. Siapapun dia, isteri PM ke, permaisuri Sultan ke, Menteri ke, isteri ulama ke, mufti sendiri pun, isteri MB Kelantan atau anak cucu dia ke, kalau dah dedah aurat dengan sengaja, dan kekal menjadi amalan seharian, berdosa lah dia. Dan orang yang bertanggungjawab secara langsung kepada si pelaku, suami atau wali atau ketua keluarga adalah orang yang no 1 dipertanggungjawabkan oleh Allah.

Budaya nak mengenakan orang ni selalu ditujukan kepada pihak yang dimusuhi atau dibenci. Macam suami isteri yang bergaduh depan pegawai agama yang cuba beri kaunseling. Suami tanya ustaz, apa hukum isteri tak layan suami di tempat tidur, malas masak dan tak pernah berhias di rumah. Isteri pula tanya, apa pula hukum suami tak bayar nafkah, tak solat dan tak pernah ajar agama kepada anak bini ?

Kedua-duanya bukan nak selesaikan masalah, tetapi hanya nak mencari salah orang. Hukum hakam yang asas macam tu, semua dah tahu namun daripada segi amalan, itu soal lain. Janji dapat dedah tembelangnya depan orang. Biar dia rasakan sikit. Siapa makan cili, dia rasa pedas.

Begitulah cara kita berdakwah. Kalau nak ajak artis bersama dalam jemaah kita, kita hentam-hentam dosa-dosa dia, kejelikan dia secara terbuka. Nanti cepatlah dia insaf. Alasannya, dia buat dosa secara terang-terangan, jadi kita pun hentam terang-terangan juga lah.

Fikir-fikirkan dan selamat berjaya dalam berdakwah.

Thursday, December 03, 2009

PAS Selangor bermewah-mewah

Isyy. Apalah pemimpin PAS Selangor ni. Baru dapat kuasa sikit, tak dan sepenggal dah boleh tukar kereta. Tak tawaduk langsung.

Memang payah nak cari yang serupa TGNA atau TGHA. Jadi MB pun rumah kayu buruk macam tu jugak. Cat pun tak ditukar.

Tapi kalau saya ditakdirkan dapat rezeki lebih sikit, saya pun teringin juga nak pakai kereta besar macam Mercedes atau BMW. Rumah saya, bukan setakat nak bagi cantik, tapi mungkin saya beli rumah spare. Apartment ke. Tapi tak lah sampai nak buat rumah sehebat rumah Khir Toyo. Rumah kalau dah besar macam istana, jiran tetangga segan nak datang. Saudara mara pun jarang nak mari jenguk. Kita terlupa nak senyum atau pandang kat jiran pun, kita dikata sombong.

Rumah besar, kalau asyik sunyi je rasa seram pulak. Biarlah rumah sederhana je, tetapi meriah dengan saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga pun ringan tulang menghulur bantuan bila perlu.

Pakai kereta besar apa salahnya. Orang bisnes, orang politik, mereka fikir lain. Imej perlu dijaga. Orang yang biasa susah, kalau pakai kereta besar, mereka rasa hebat dan gah. Rasa nak tunjuk kepada orang lain, aku pun mampu juga ada kereta besar. Bukan kereta besar bersusun-susun depan laman rumah. Kalau dah bersusun-susun dan tiap-tiap tahun tukar kereta, barulah tak patut.

Dulu ketika PAS baru menang di Terengganu, ada orang tegur imej TGHA. Dah jadi MB, kenalah jaga imej. Kena lebih segak, kemas dan nampak profesional. Jangan nampak kampung sangat. Syeikh Al Azhar pun lagi kan segak. Ayatullah di Iran pun boleh nampak segak dan hebat.

Lalu TGHA pun mulalah nampak bergaya sikit. Tiba-tiba ada pula yang komplen. Baru jadi MB, terus nampak smart semacam je. Nampak sangat perubahan imej TGHA ni. Dah tak serupa dulu. Macam bagus je. Macam nak bermegah-megah je. Tak nampak tawaduk macam TGNA.

Kalau dah ada rezeki lebih, biarlah dia orang nak berbelanja lebih sikit. Cuma jangan berlebihan sangat. Dan jangan lupa sumbangan kepada golongan yang susah dan sumbangan kepada parti.

Saya tumpang gembira dan bangga melihat kejayaan rakan-rakan bila mereka nampak semakin berjaya dalam bidang yang diceburi. Tak usahlah kita jadikan ia isu yang besar untuk diungkit-ungkit. Ia hanya menunjukkan betapa kita sebenarnya busuk hati dengan orang yang lebih kaya dan berjaya. Adakah mereka sudah semakin melupakan kita ? Dah tak nampak muka mereka kat masjid atau markas lagi ke ? Mereka dah tak datang gotong royong lagi ke ? Mereka dah tak beri sumbangan kepada tabung parti lagi ke ? Mereka dah tak mahu minum kopi bersama kita di warung bawah pokok ke ?

Dua-dua pihak kena muhasabah diri. Jangan sibuk cari kelemahan dan kesalahan orang je.

Monday, November 30, 2009

Piala Monsun capai matlamat

Khabarnya piala monsun yang popular di Terengganu dan di seantero dunia sebenarnya berjaya mencapai matlamat. Antaranya, pelancongan semakin pesat, hotel semakin laris, promosi negeri secara percuma di seluruh dunia yang nilainya tak terhitung. Cuma jualan keropok lekor tahun ini mungkin terjejas banyak sebab kes taun.

Saya suka mencadangkan supaya kerajaan Terengganu melobi pula untuk menganjurkan sukan powerboat. Powerboat pernah dilangsungkan di tasik Mines, di Johor dan di Putrajaya. Tahun depan, Malaysia dah dapat tawaran jadi penganjur dan akan dibuat di Putrajaya lagi.

Antara sebab sukan kapal layar tak begitu popular dikalangan rakyat ialah rakyat tak faham dengan sukan itu. Khabarnya rakyat hanya menonton tanpa memahami bagaimana kiraan markah dibuat. Siapa menang pun tak tahu. Perlumbaan dah bermula ke dah habis, pun tak tahu.

Kalau powerboat tu , rasanya senang sikit nak faham. Lagipun orang Terengganu suka dengan sukan perlumbaan ni.

Satu lagi, ada baiknya kerajaan Terengganu menyediakan gelanggang lumba motor. Tak payahlah sehebat litar sepang. Sekala, perlumbaan dilangsungkan di trek tepi pantai batu buruk. Biasanya, perlumbaan motor digemari di Terengganu. Jadi ada baiknya kerajaan membina trek khas supaya sukan perlumbaan dapat dijadikan acara tahunan di Terengganu. Boleh jadi trek gokart sekali. Anak-anak muda boleh buat perlumbaan secara mingguan atau bulanan mengikut daerah-daerah dan sebagainya.

Trek lumba motor lasak pun elok juga, scrambler misalnya. Boleh lumba basikal lasak sekali. Seingat saya, perlumbaan motor lasak memang popular di Terengganu sejak tahun-tahun akhir 70an lagi. Trek lumba kuda di lembah Bidong, bukan rakyat pergi tengok pun. Itu untuk golongan elit je.

Cuma kawasan berbumbung tu kena kukuh sikit la. Jangan runtuh cepat sangat. Lagi satu skrin TV besar kena ada la. Baru puas mata memandang.

Pembangkang jangan dok bantah pulak. Ni projek untuk anak-anak muda selain sebagai penarik pelancong, ia juga memberi imej tersendiri kepada negeri Terengganu sebagai negeri yang mahsyur dengan sukan perlumbaan. YES !!!

Giliran Tun M timbulkan cerita

Ketika media pro Umno sibuk dengan masalah dalaman PAS, menimbulkan persepsi dalam PAS, cuba merosakkan imej TGNA, cuba meningkatkan keghairahan PAS supaya menggantikan MB Kelantan; tiba-tiba TGNA membangkitkan cerita mengenai Kolonel Mat.

Maka media pro Umno pun terarah pula kepada persepsi baru, siapa Kolonel Mat. Berbagai lapisan masyarakat cuba menjadi ahli tafsir dan ahli nujum, cuba merungkai misteri Kolonel Mat.

Tiba-tiba, Tun M pula bangkitkan cerita ada bekas pemimpin kanan Umno berminat sertai PAS. Satu lagi spekulasi dan persepsi baru pasti tak dapat dielakkan, tetapi persepsi terhadap Umno dan sudah tentu juga terhadap PAS.



Anda boleh baca cerita penuh di blog Chedet

Tun M mungkin cuba alihkan perhatian media dan penyokong UMNO supaya tidak terlalu riang bersorak melihat masalah dalam PAS sedang kain sendiri koyak dan terselak tak dipedulikan.

Apa sebenarnya rahsia disebalik cerita Kolonel Mat dan bekas pemimpin kanan Umno yang sedang mengukur jarak parit yang hendak dilompat. Orang politik banyak helahnya. Ini semua mungkin strategi yang sengaja dibuka untuk ditelah dan dinukilkan secara bersama.

Ha..ha..ha..

Friday, November 27, 2009

Kelantan pasca TGNA

Media UMNO nampaknya tak sabar-sabar nak tengok TGNA meletak jawatan. Heboh diwar-warkan, TMB Kelantan kini sudah mendapat sokongan majoriti untuk menggantikan TGNA. Dengan kata lain, ia sebagai menunjukkan jalan keluar kepada TGNA.

Bila ia datang daripada musuh, sangat penting untuk kita berhati-hati. Ahmad Yaakob digambarkan sebagai seorang yang tenang, berhemah, ustaz dan tiada kontroversi. Kita tak nafikan itu semua. Cuma yang kita sudah pasti, BN tak mampu merampas Kelantan selagi TGNA menjadi MB.

Setahu saya, hak memilih MB dalam PAS adalah dipihak PAS Pusat. PAS Kelantan boleh mencadangkan nama kepada PAS pusat. Manakala kuasa perkenan dalam negeri tentulah kepada DYMM Sultan. Ia bukan kuasa TGNA sendiri.

Saya harap TGNA terus memimpin Kelantan sekurang-kurangnya hingga akhir penggal ini dan bukan meletak jawatan sebelum PRU akan datang. Cuma tugas-tugas beliau boleh diringankan sedikit demi sedikit kepada timbalan dan para exco dan usah dibebani lagi dengan serangan persepsi, khabar angin dan tohmah fitnah. Lebih menyedihkan serangan datang dari dalam kelambu sendiri, blogger, penasihat, ajk dan petugas-petugas yang tidak amanah membocorkan rahsia parti dan kerajaan negeri secara separuh benar.

Cuma saya khuatir pemimpin PAS Kelantan mula rancak mengatur strategi untuk berdepan dengan era PAS Kelantan pasca TGNA.

Wednesday, November 25, 2009

Tauliah mengajar agama dan baca khutbah

"Tindakan JAIS tidak meluluskan tauliah sementara kepada Khalid ini adalah tepat kerana Ahli Parlimen Shah Alam ini sebenarnya tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang pengajian Islam." Yang Dipertua Persatuan Penduduk Seksyen 7, Shah Alam.


Ketika saya belajar di sebuah IPT suatu masa dulu, khatib (di masjid dalam kampus) yang menyampaikan khutbah tidak semstinya seorang ustaz. Kadang-kadang pensyarah sains komputer, kadang-kadang pensyarah pengajian tamadun Islam yang jadi khatib.

Ketika saya belajar di Kusza, kadang-kadang pelajar Kusza jadi khatib di masjid di kampung-kampung setelah mendapat kebenaran JHEAT. Bukan ada kelulusan formal lagi. Tengah belajar lagi. Yang belum dapat keputusan SPM pun boleh jadi khatib. (Ketika itu, masjid Kusza belum siap).

Yang penting, khatib boleh baca Quran dan hadith dengan lancar. Kalimah-kalimah arab disebut dengan betul. Imam-imam kampung lagi teruk bacaannya. Khutbah dalam tulisan jawi gamaknya. Selidik dibaca seledek, seberat zarrah di sebut seberat zaharah. Tapi itu di kampung, bukan bandar besar macam Shah Alam yang penduduknya berpendidikan tinggi.

Apapun, saya amat tidak setuju Ahli Parlimen tak dibenarkan menyampaikan kuliyah agama di masjid-masjid dan surau-surau. Sampaikan khutbah pun tak boleh baca. Sepatutnya wakil rakyat dibenarkan asalkan sebutannya baik dan isi penyampaiannya tidak menyesatkan. Tak kira lah dia dari parti mana. Yang penting dia Islam dan beriman. Bomba, polis dan askar pun boleh baca. Apatah lagi pensyarah. Pegawai-pegawai kerajaan pun boleh diberi tauliah sementara untuk waktu tertentu mengikut suasana dan keadaan semasa. Carilah kelainan sedikit. Zaman dah berubah. Bukan ustaz-ustaz saja yang boleh baca khutbah. Menteri dan Sultan pun boleh jika elok sebutannya.

Kalau sultan nak sampaikan khutbah atau tazkirah, macam mana ? Apa alasan nak diberi untuk diberi kebenaran atau tidak ? Tiada pendidikan formal ? Sebutan tak betul ? Ada berani ke ? Mana tahu kalau-kalau Sultan saja nak test pegawai JAIS nak tengk setakat mana ketegasan dan keberanian pegawai JAIS.

"Sebaik-baik orang adalah yang paling baik bacaan al-Qur'annya di antara mereka, orang yang paing memahami agama Allah di antara mereka, orang yang paling bertaqwa kepada Allah di antara mereka, orang yang paling sadar menyuruh orang kepada kebaikan, orang yang paling sadar mencegah orang lain dari kemungkaran, dan orang yang paling baik hubungan silaturrahimnya di antara mereka." (HR Ahmad, Thabrani dan Baihaqi)

"Hendaklah yang menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (bacaan al-Qurannya). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya." (Riwayat Muslim)

Doa memohon perlindungan Allah daripada wabak taun

Selain menjaga kebersihan, elok juga dihafal doa ini dan diamalkan setiap hari.
Doa ini bukan hanya untuk wabak taun tetapi untuk apa juga wabak penyakit.

Doa Elak Wabak Penyakit(2)

Tuesday, November 24, 2009

Keputusan tak konsisten Nik Aziz tunjuk kelemahan Pas: TPM

Keputusan tak konsisten Nik Aziz tunjuk kelemahan Pas: TPM
PUTRAJAYA: Keputusan yang tidak konsisten Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dalam beberapa isu termasuk pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah bukti kelemahan kepimpinan Pas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Betul lah tu barang kali. Dalam pada lemahnya Nik Aziz, dia mampu menguruskan Kelantan selama 19 tahun. Berbagai tekanan daripada kerajaan persekutuan dan media massa dikenakan kepada Kelantan, pun begitu masih mampu bertahan malah Kelantan terus maju.

Hari ini juga, Muhyiddin minta pemimpin MCA tutup mulut. PM dan TPM terpaksa campur tangan dalam krisis MCA. Apakah ini tanda pemimpin MCA kuat, berwibawa dan dihormati ahli ? Muhyiddin patut kata campurtangan PM dalam MCA bukti kelemahan kepimpinan MCA. MCA memerlukan mursyidul am daripada UMNO, yang lebih dihormati dan disegani daripada sekelian pemimpin MCA sendiri.

RON95 rosakkan enjin ?

Minyak RON95 rosakkan enjin?
Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dua ahli Parlimen, masing-masing daripada PKR dan BN membangkitkan persoalan kualiti dan kebimbangan orang ramai terhadap minyak RON95 yang didakwa akan menjejaskan prestasi enjin.


Setakat ni, saya tak perasan berlaku kerosakan enjin atau tidak. Tetapi saya dapat rasakan, sejak guna RON95, kereta saya dah tak lancar macam dulu. Guna gear 5 macam gear 4 je.

Lepas tu, saya cuba tukar daripada Petronas kepada Shell (masih RON95). Sejak tukar kepada Shell, saya rasa okay sikit walaupun tak sama macam dulu. Mungkin sebab kereta saya dah 10 tahun. Jadi kesannya agak terasa. Kalau kereta baru, mungkin tak rasa sangat.

Jadi, kini saya dah jadi pengguna Shell pula. Bukan tak nak sokong produk tempatan, tapi apa boleh buat.

Thursday, November 19, 2009

Lamalagi kah keputusan siapa MB Perak ?

Mahkamah Persekutuan sudah selesai membicarakan isu siapa MB Perak yang sah. Kalau ikut logik saya, apa nak tangguh lama-lama sangat keputusan. Kita kena ingat, keputusan ini akan menjadi rujukan kepada semua kes-kes akan datang. Kalau hari ini memihak kepada PR, akan datang di tempat lain mungkin akan memihak kepada BN pula. Begitu juga sebaliknya.

Hari tu, bila mahkamah tinggi membuat keputusan memihak kepada Nizar, cepat-cepat mahkamah rayuan tangguhkan perlaksanaan keputusan dan buat keputusan yang kemudiannya memihak kepada Zambri semula.

Kalau keputusan memihak kepada Zambri, umum lah cepat-cepat. Pelabur pun tak risau nak melabur di Perak. Lain lah kalau keputusan memihak kepada Nizar. Mungkin juga nak tangguh dulu. Tunggu masalah MCA selesai dulu. Baru-baru ini, ingatkan dah selesai, rupa-rupanya makin kusut pula. Masalah MIC dan kaum India nampak macam dah okay sikit. Itu pun hanya mengikut justifikasi di Bagan Pinang semata-mata. Entah-entah hanya fatamorgana.

Kalau masalah MCA selesai, baru BN selesa nak hadapi pilihanraya. Walaupun ada kajian mengatakan prestasi dan persepsi terhadap PAS merudum, tapi ingat senang ke BN nak percaya dengan kajian-kajian sebegini. Mungkin ia cuma perangkap untuk mendesak supaya BN berani berdepan dengan pilihanraya di Perak atau di seluruh Malaysia. Sebelum PRU 2008, bukan tak ada kajian yang mengatakan BN pasti akan menang dengan majoriti 2/3 seperti biasa. Tapi keputusan sebenarnya ?

Najib dah masak dengan laporan "okay boss" ketika PRU 1999. Di Pekan, Najib nyaris bungkus ketika itu. Najib nyata lebih tangkas daripada Pak Lah, walaupun tidak selicik Mahathir.

Akhir-akhir ini, nampak ada usaha aktif untuk menaikkan semula Mahathir. Jelasnya, idea dan bantuan Mahathir diperlukan untuk mengekang Pakatan Rakyat. Ramai yang belum yakin dengan keupayaan Najib seorang. Daripada segi ekonomi pun, Najib masih gagal memulihkannya dengan cepat. Nampak terlalu perlahan.

Mahathir pula nampaknya lebih cenderung menyerang MB Kelantan dan bukan MB Kedah. Mungkin kerana TGNA dilihat ikon kuat dalam memperteguhkan PR. Ini memberi kelebihan kepada MB Kedah untuk buat kerja dan kurang berpolitik.

Buatnya selepas prk kota siputeh, PAS yang menang. Alamat lagi takutlah BN nak buat pilianraya baik di Perak mahupun PRU. Mungkin ada baiknya jika BN buat pilihanraya di Perak serentak dengan Kota Siputeh.

Friday, November 13, 2009

TG Nik Aziz tangguh hajat tunai haji

Mengkritik secara Islam

Bayangkan apa akan jadi kepada kita jika ulama melantik mat rempit sebagai penasihat. Pemimpin melantik budak-budak penghantar surat sebagai tempat minta pandangan.

Semua orang boleh memberi nasihat. Semua orang wajib memberi nasihat. Semua orang berhak untuk memberi nasihat.

Saya bukan nak merendah-rendahkan golongan mat rempit atau budak-budak despatch. Mereka juga ada idea dan pandangan sendiri dari kaca mata mereka sendiri. Ia hanya sekadar contoh sahaja untuk difikir-fikirkan.

Dalam Al Quran yang menjadi sumber rujukan (petunjuk) kepada orang-orang yang bertaqwa, ada disebut supaya kita saling nasihat menasihati. Tetapi ayat itu dimulai dengan beriman dan beramal soleh. Jadi kita dianjurkan supaya beriman dan beramal soleh dahulu supaya nasihat kita menjadi lebih berkesan, bernilai dan diterima baik.

Begitu juga bila hendak lantik penasihat, mestilah yang beriman dan beramal soleh, baru mantap. Mungkinkah ada yang berkata, yang mengaku beriman pun kelentong juga, usang berbulu ayam pun ada. Yang penting, itu perintah Allah dan termaktub dalam Al Quran.

Kemudian, nasihat itu perlulah dengan cara kebenaran (kebenaran itu datang dari Allah). Juga dengan cara kesabaran. Juga dengan kasih sayang. (rujuk surah Al-Asr dan surah Al Balad) Itu kaedahnya menyampaikan nasihat kepada sesama jemaah Islam.

Yang boleh kita gunakan cara yang sedikit keras ialah kepada golongan munafik, fasik, yang terang-terang menentang Islam atau menolak Islam, lebih-lebih lagi dia mengaku Islam kerana mereka sudah dikira merosakkan imej Islam itu sendiri.

Pun begitu, kalau nak menarik orang kafir menerima Islam, tentulah cara sabar dan kasih sayang itulah yang lebih baik.

Jadi kepada yang suka beri nasihat dan kritikan, kalau guna cara maki hamun, caci cerca, ikut sedap hati je, hentikanlah. Lebih-lebih lagi yang ditegur itu adalah pemimpin kita sendiri. Menegur ibu bapa tidak boleh sama dengan menegur anak-anak, walaupun kita amalkan konsep satu Malaysia. Bukan kritikan anda tidak betul, tetapi cara anda mengkritik itu yang terang-terangan salah. Lama-kelamaan, yang dikritik pula yang mendapat simpati dan pembelaan.

Thursday, November 12, 2009

Muhyiddin terlebih pandai

"Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu. SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa speaker itu saya tak tahu," kata Muhyiddin Yassin kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung di Alor Star.


Kuasa SPR dia tahu. Kuasa speaker dia tak tahu. Kan terbalik tu. Speaker berkuasa di DUN. TPM pun tak ada kuasa tu. Apa pula kuasa SPR ? Peruntukan mana pula menyebut SPR berkuasa memutuskan kerusi DUN kosong atau tidak ?

Dari hal menantu

Kalau di era Pak Lah, kita didedahkan dengan kebolehan luar biasa menantu geniusnya, kita juga turut didedahkan dengan penyelewengan menantu beliau. Yang menyokong memalu gendang ProKhairi dan yang menyampah + dengki memalu gendang antiKhairi.

Sehari dua ini, giliran TGNA pula diserang. Lebih malang, beliau baru keluar IJN kerana kurang sihat dan akan berangkat menunaikan haji tidak lama lagi. Dan antara serangan dibuat termasuk melalui menantunya Arif Fahmi.

Kebanyakan blog banyak menyiarkan serangan ke atas si Arif Fahmi ini sehingga tak nampak ada pihak yang tampil membelanya. Dia sendiri pun tak banyak bercakap untuk pertahankan diri. Nampak macam sungguh dia memang bersalah. Alangkah tidak adilnya jika kita terus terburu-buru menghukum begitu.

Maklumlah, dalam kes ini, yang berkonfrontasi secara berdepan ialah blogger popular Kickdefella. Blogger ini sudah punyai ramai peminat dan sahabat blogger. Sudah lama orang percaya dengan dia. Jadi bila dia kena pecat (ditamatkan perkhidmatan), ramai yang bersimpati dengannya. Ramai yang percaya dia tak bersalah. Di aniaya. Jadi mangsa.

Khabar lain yang dilaporkan, si blogger ini kerja makan gaji buta di PMBK lebih RM4 ribu sebulan.

Sebulan lepas, saya hantar proposal kepada sebuah agensi kerajaan pusat. Kosnya cuma RM5 ribu sahaja. Proposal saya ditolak sebab agensi itu tak ada duit. Saya tahu, agensi itu memang tengah tak ada duit sekarang ni. Bayangkan, projek sekecil RM5 ribu pun tak mampu nak beri, apa rasional PMBK nak bayar gaji buta RM4000 sebulan kepada blogger tersebut ? Kelantan dah banyak duit sangat ke ?

Anda boleh baca banyak maklumat lain tentang isu di PMBK di Manjungmari (sini, sini dan sini). Soal betul atau tidak maklumat itu, kenalah kita berhati-hati dan timbangkan. Cuma hati kecil saya berkata, ada yang tak kena dengan blogger Kickdefella ini.

Monday, November 09, 2009

Bohong

Pernahkah anda berbohong ? Kalau anda tak pernah berbohong, saya respek habis. Sukar untuk kita mengaku bahawa kita tak pernah berbohong.

Lihat anak-anak kecil. Si Abang pukul si adik. Bila si adik menangis, Abangnya tak mengaku dia yang buat. Paling tidak dia kata adiknya yang mula dulu walaupun itu tidak benar.

Dua beradik main kejar-kejar. Bila seorang jatuh dan menangis, dia akan kata yang sorang lagi buat.

Kita tidak pernah diajar berbohong. Kita tak suka dibohongi. Kita juga mungkin tak suka berbohong. Tetapi dalam keadaan terdesak, kita berbohong juga. Ia berlaku secara spontan. Untuk selamatkan diri.

Kadang-kadang dalam keadaan kita berperang mulut, secara tak sengaja kita berbohong, untuk menyokong cerita atau hujjah kita. Pada masa yang lain, kita sesali semula kerana kita sudah berbohong. Menokok tambah atau merahsiakan cerita sebenar.

Saya pernah buat satu kesalahan ketika zaman sekolah. Cikgu tanya, siapa yang buat. Semua tak mengaku termasuk saya. Saya sedar, saya lah yang buat. Adakah saya dikira berbohong ?

Imam Nawawi, ulama’ terkenal dalam mazhab Imam Shafie, telah menulis dalam kitab "Raudhah", dengan katanya, "Sesiapa yang telah terlibat dengan perkara buruk dan dosa, maka disunatkan kepadanya untuk menutup kesalahannya itu."

Bohong adalah salah satu sifat orang munafik. Tetapi bila kita berbohong bukan bermakna kita munafik terus. Cuma kita memiliki sifat orang munafik. Sebab itu, kita disuruh berdoa, minta dipelihara diri daripada sifat orang munafik. Dan doa itu perlu diteruskan sampai kita tua, sampai mati.

Bukan mudah nak mengelak diri daripada berbohong. Kadang-kadang, dengan anak-anak pun kita tipu. Suami tipu isteri. Isteri tipu suami. Kebanyakannya bukan dengan niat. Bukan mahu aniaya atau khianati sesiapa pun. Semata-mata untuk kepentingan sendiri saja dan hanya untuk saat itu sahaja.

Selain bohong ialah janji. Sukar untuk kita tepati janji, terutama dari segi masa. Jalan sesak, lupa, hujan, sakit, ubah fikiran. Bila kita fikir, aku tak sepatutnya teruskan perkara ini kerana keburukan lebih besar daripada kebaikan, kita jadi terpaksa ingkar janji. Apa pun alasan yang diberi, walaupun betul, hakikatnya kita sudah mungkir janji. Janji kita dah jadi tipu.

Kadang-kadang, dengan ibu bapa kita sendiri pun kita bohong. Bila dikenang semula pembohongan-pembohongan yang pernah kita buat, kita pasti rasa menyesal. Kita mungkin sudah berkali-kali memohon ampun dan maaf dengan ibu bapa kita, tetapi kita mungkin masih teringat dosa kita menipu mereka suatu ketika dulu.

Saya percaya ustaz-ustaz dan ulama-ulama juga tidak terkecuali daripada kesilapan seperti ini. Bukan mereka berniat mahu menipu sesiapa tetapi kadang-kadang, benda yang mereka kurang pasti atau ingat-ingat lupa, mereka sebut dengan penuh yakin.

Apatah lagi orang yang kerjanya banyak bercakap. Jurujual atau ahli politik, misalnya.

Abu Bakar Chik ajak debat

KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mencabar pemimpin Umno bersemuka dan berdebat atas tajuk ‘siapa lebih beragama?’


Lagi-lagi debat. Saya cukup tak suka dengan debat. Orang PAS cukup suka berdebat. Dan orang UMNO pula tampak tak berapa berani dengan debat.

Bagi saya, debat bukan cara berkesan untuk menarik sokongan rakyat. Debat sudah terbukti memberi kesan yang sangat minima dalam menarik sokongan dan kepercayaan rakyat. Debat sekadar untuk menonjolkan pendebatnya dan mengaibkan lawan. Lepas debat, yang nampak lancar akan dipuji-puji. Yang mungkin nampak agak gelabah sikit, akan disindir. Tetapi yang sokong A akan tetap sokong dan puji A dan perasan B gelabah. Dan yang sokong B akan tetap sokong B dan puji B dan perasan A gelabah. Bukan nampak siapa benar siapa salah pun.

Apatah lagi tajuk debatnya nampak kelakar. "SIAPA LEBIH BERAGAMA?". Ini pun nak didebatkan ? Masing-masing nak tonjolkan diri sendiri ? Nak puji diri sendiri ? Beragama pun nak diwar-warkan ? Dihebahkan ? Apa ni ? Aku banyak solat berjemaah, aku solat tahajjud, aku banyak baca Quran, aku banyak zikir, aku banyak bina masjid, aku amalkan isi kandungan Al Quran, buktinya bla bla bla ....

Tak ada kerja lain ke ? Kita nak ungkit-ungkit kerja ibadah kita ? Nak ungkit kerja dakwah kita ? Nanti ter"reset" semua pahala amal kita. Mana perginya keikhlasan kita ?

Sudah-sudahlah Abu Bakar Chik. Carilah cara lain untuk tonjolkan diri. Dekati rakyat dengan turun padang, itukan lebih baik dan berkesan.

Saturday, November 07, 2009

Dasar tempoh jangka hayat kenderaan - Kluk klek betul

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.
- Petikan Sinar Harian 7 Nov 2009.

Ini bukan kluk klek okay. Ini menunjukkan kerajaan prihatin. Rakyat didahulukan.

Kalau yang Pak Lah buat,itu baru kluk klek. Kalau Najib buat, itu bukan kluk klek. Sebelum ini pun, Najib beriya-iya nak banteras, perangi rasuah. Lepas tu ambil bekas pemimpin yang kena tindakan disiplin sebab rasuah sebagai calon BN. Itu pun bukan kluk klek juga.

Ingat Hishamuddin kata, ROS tak akan campur hal MCA. Lepas tu ROS yang buat keputusan siapa Timbalan Presiden MCA. Dan Hishamuddin bela ROS. EGM MCA hanya wayang saja. Opera Cina saja. Ia hanya untuk hiburan saja. Dan Hishamuddin bukan kluk klek.

Kluk klek terbaru ialah TGHH, Nasharuddin Mat Isa, Hassan Ali. Kluk klek kini berada dalam PAS. Tanya Aziz Bari. Dia pakar undang-undang. Jadi dia tahu lah.

Persatuan Peguam Syariah pun kluk klek juga. Kejap minta maaf, kejap tak minta maaf. Mana satu yang betul ni.

Friday, November 06, 2009

Wahabi tak sesat tetapi ...

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.


Memang lah kita tak kata dia sesat. Masalahnya bila pihak dia yang kata kita sesat. (Saya tak merujuk kepada Dr. Maza). Inilah punca kepada kegelisahan masyarakat. Bila kita tak terima hujjah pihak dia, dia kata kita sesat. Sebab itu ramai mufti-mufti kurang senang dengan puak-puak yang dilabel dengan Wahabi ni. Antaranya termasuk mufti Perak, mufti Pahang, mufti Johor, bekas mufti Negeri Sembilan dan mungkin juga mufti Selangor.

Ada buku karangan Ustaz Rasul Dahari (ustaz wahabi) diharamkan di Johor (juga di Malaysia ?). Bila mereka mengajar, mereka dengan mudah mempengaruhi pendengar mereka dengan mengatakan orang yang buat itu ini sebagai sesat. Memang mereka ada hujjahnya, tetapi bila melabelkan orang lain sesat, itu sudah dikira memaksa orang supaya ikut fahaman dia. Sedangkan ulama lain pun ada hujjahnya juga.

Seorang imam tersohor di Saudi pernah enggan menyembahyangkan jenazah seorang ulama lain kerana ulama tersebut membolehkan sambutan maulidur rasul. Orang arab biasalah, kalau berbeza pendapat, mereka cenderung mengutuk malah menghukumkan sesat. Malangnya masyarakat di tempat kita sudah ramai yang terikut-ikut dengan cara itu termasuk yang bukan ulama. Kan parah tu ?

Thursday, November 05, 2009

Perpaduan kaum, Perpaduan Melayu dan Perpaduan Islam

Mengikut pengamatan saya, perpaduan kaum di Malaysia kini jauh lebih baik berbanding sebelum PRU12 tahun lepas. Perpaduan kaum yang terbina secara tidak terancang melalui keputusan PRU12 yang memaksa PAS dan DAP berkerjasama. PAS berpakat dengan PKR dan DAP juga berpakat dengan PKR melalui pakatan yang tidak sama pada mulanya. Namun keputusan yang diluar jangkaan itu telah membulatkan tekad kedua-dua parti untuk bekerjasama.

Saya masih ingat, sebelum PRU12, penyokong-penyokong PAS di portal tranungkite.net mengata bermacam-macam kepada DAP, dan ada yang merancang jangan keluar mengundi kalau DAP yang bertanding. Sebenarnya, dalam PRU10, PAS ada pakatan secara longgar dengan DAP dan ramai penyokong PAS yang telah mengundi DAP. Cuma dalam PRU11, DAP enggan berpakat dengan PAS kerana merasa mereka rugi banyak dalam PRU10. Tambahan pula keceluparan TGHH dengan isu ubat tamat tempoh menyebabkan DAP sukar menerima PAS. Tindakan DAP nyata bijak kerana mereka kembali mendapat momentum dalam PRU11.

Selepas PRU12, DAP pusat teragak-agak untuk bersama PAS membentuk kerajaan, begitu juga dengan PAS sendiri. Atas sebab itulah barangkali, PAS bersedia berunding dengan UMNO kerana tiada tanda-tanda yang jelas, bagaimana kerajaan di beberapa negeri boleh dibentuk. Mungkin PAS Terengganu menaruh harapan untuk turut sama dapat menumpang dalam kerajaan Terengganu, jika UMNO mahu berpakat di Selangor dan Perak.

Namun keadaan menjadi berbeza kerana DAP Perak beriya-iya mahu berpakat dengan PAS dan PKR walaupun pada mulanya dibantah oleh DAP pusat. DAP Perak bersedia dihukum oleh DAP Pusat, kerana DAP Perak sudah lama berkerjasama dengan PAS Perak secara tidak rasmi. Tawaran oleh PKR Selangor pula mengajak DAP Selangor dan PAS Selangor untuk berada dalam satu kerajaan Pakatan.

DAP pusat dan PAS pusat akhirnya akur dengan desakan pimpinan negeri masing-masing, paling kuat saya kira adalah daripada Perak. Bila sudah bermulanya pakatan, masing-masing terpaksa mencari titik persamaan dan cuba melupakan perbezaan, masing-masing cuba memahami sensitiviti rakan pakatan dan mula mahu belajar mengenali budaya masing-masing. Daripada situlah, perpaduan kaum menjadi semakin muhibbah walaupun saya percaya, prasangka lama mungkin masih ada dan tidaklah hilang dengan begitu mudah dan cepat.

Hanya media UMNO sahaja yang cuba mengungkit isu perkauman supaya pakatan rakyat dapat dipecah-belahkan seberapa segera yang mungkin. Lalu timbul isu tanah rizab melayu, kampung baru, geran, peruntukan perbelanjaan, perjanjian pangkor 2, isu rumah ibadat, tanah perkuburan dan macam-macam lagi isu sensitif. Namun semuanya itu telah mempercepatkan lagi proses mematangkan pakatan rakyat, memahami masalah semasa dalam pentadbiran negeri dan isu menghormati sensitiviti kaum, agama dan budaya.

Kini kerajaan BN menggunakan slogan 1Malaysia untuk menarik semula sokongan kaum bukan Melayu kepadanya selepas menyedari isu perkauman yang cuba dibangkitkan sebelum ini lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Ketika isu perkauman cuba dibangkitkan, PKR, PAS dan DAP pula bermati-matian mempertahankan tindakan kerajaan PR dalam isu-isu sensitif dan sekaligus memperlihatkan mereka menjadi juara dalam isu tersebut, sedang BN hanya memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap mereka.

Menyentuh isu perpaduan Melayu dan perpaduan Islam, elok kita tanya diri kita, adakah orang Melayu berpecah kerana politik kerpartian semata-mata ? Sesama orang UMNO pun, berpecah-belah juga. Sesama orang PAS pun berpecah belah juga. Kalau PAS dan UMNO berkerjasama, adaka masalah perpaduan melayu dan Islam ini boleh selesai ? Dalam kes Dr. Maza pun kita dapat lihat, dalam UMNO ada yang sokong Dr. Maza dan ada yang menentangnya. Begitu juga dalam PAS. Mufti-mufti sendiri pun ramai yang mahu pengaruh mazhab Dr. Maza disekat.

Jadi masalah perpaduan melayu mungkin dilihat secara luarannya selesai jika PAS dan UMNO duduk bersama tetapi hakikatnya, bukan sahaja perpaduan melayu dan Islam tidak benar, malah perpaduan kaum mungkin jadi lebih buruk kerana satu pihak dikuasai Melayu dan Islam dan di satu pihak lagi mungkin menjadi tumpuan sokongan kaum dan agama lain.

Oleh itu, biarlah sistem dua parti ini tumbuh dahulu dan suburkan ia dengan perlembagaan sedia ada sebelum kita melihat buah yang akan dituai kemudian untuk generasi akan datang yang kemudiannya akan mencorakkannya pula. Semoga Islam turut subur bersamanya dan berkembang melalui tauhid, iman, akhlak dan taqwa yang tersemai bersama kerajaan PR atau kerajaan BN. Saya lebih suka melihat Islam berkembang melalui kekuatan ummahnya, bukan melalui kuatkuasa undang-undang dahulu, apatah lagi melalui mata pedang. Jihad kita di Malaysia hari ini ialah jihad untuk melahirkan ummah yang kuat akidahnya, luhur akhlaknya, teguh imannya dan pintar akalnya dengan ilmu yang menjadi penyuluhnya.

Sekurang2nya dua mufti sokong JAIS

Laporan dipetik drp Sinar Harian 5 Nov 2009

Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang - Mufti Perak

IPOH - Kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak sepatutnya dijadikan isu dan dipertikaikan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan itu adalah wajar kerana bekas mufti itu secara terang-terangan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam pentadbiran agama negara ini.

Menurutnya, sebagai sebuah negara berperlembagaan yang memberi kuasa kepada pentadbir-pentadbir agama seperti Jabatan Agama Islam, Majlis Agama dan Mahkamah Syariah menjalankan tugas, penangkapan terhadap mana-mana individu yang mengajar agama tanpa pentauliahan adalah wajar.

"Saya pelik kenapa orang ramai riuh rendah, termasuk orang-orang atasan yang mendukung negara. Perkara ini tak perlu jadi isu.

"Saya juga pelik kenapa Dr Mohd Asri tidak ambil berat dengan amaran yang dibuat Jais sebelum ini, tak ada tauliah memang tak boleh tapi dia tak endahkan," katanya kepada Sinar Harian semalam, mengulas isu penangkapan bekas mufti itu Selasa lalu.

Mengenai pentauliahan, Harussani berkata, semua pihak perlu akur dengan perlembagaan dan enakmen berkaitannya yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri serta telah disahkan oleh raja-raja.

Menurutnya, enakmen berkenaan sudah diselaraskan di seluruh Malaysia supaya terdapat kawalan dari segi penyebaran agama di setiap negeri.

"Tak ada (tauliah) memang salah, tak ada siapa pun yang berkecuali termasuk saya sendiri. Jika saya hendak berceramah di negeri lain, saya juga mohon tauliah, ibarat kita mohon lesen sama seperti bidang profesional lain yang perlu ada lesen," katanya.



Mufti Pahang sokong tindakan Jais


KUANTAN - Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ketika menyampaikan ceramah agama di sebuah banglo di Selangor.

Katanya, Dr Mohd Asri didakwa cuba mengelirukan masyarakat Islam melalui pertikaian mengenai amalan-amalan sunat yang dilakukan umat Islam sebelum ini, di dalam ceramah yang disampaikan.

“Pahang sudah menyedari perkara berkenaan dan tahun lalu, Jaip tidak membenarkan tokoh ulama (Dr Mohd Asri) itu mengadakan ceramah, di sini atas dasar itu.

Terengganu tiada hak menuntut royalti petrol - Najib

Kata Datuk Seri Najib Tun Razak, daripada segi perundangan, Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana pada masa ini tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir.
- Utusan Malaysia 5 Nov 2009.

Dari pada ucapan ini, jelas Najib masih menganggap Terengganu (dan Kelantan) tidak layak menerima royalti.

Harap kerajaan negeri Terengganu faham dan jangan memandai-mandai untuk menggugurkan kes saman kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan di mahkamah. Teruskan saman dan minta dipercepatkan perbicaraan.

Wednesday, November 04, 2009

1Malaysia : Terengganu dan Kelantan terima layanan berbeza

Kelantan hanya akan diberi wang ehsan, bukan royalti seperti yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri. Bukan ke munafik tu ?

Ketika kerajaan pusat memutuskan untuk mengembalikan royalti kepada kerajaan Terengganu (dah kembali ke belum ?), Najib dilaporkan berkata, "Kabinet juga memutuskan pemberian wang ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung pembayaran royalti."

Kalau dengan kerajaan Terengganu, pusat menghormati perjanjian, kenapa dengan kerajaan Kelantan, pusat enggan menghormati perjanjian ? Di mana slogan 1Malaysia ? Kenapa layanan berbeza-beza antara negeri-negeri ? Terengganu lain, Kelantan lain ? Bukankah Kelantan juga majoritinya orang Melayu ? Mana pembelaan untuk orang Melayu ?

Isu kawasan bertindih tidak boleh dijadikan alasan. Ini perjanjian antara Kelantan dengan Petronas. Yang dituntut oleh Kelantan ialah yang daripada kawasannya. Bagaimana jelasnya perjanjian antara Malaysia, petronas dan negara yang bertindih itu, begitulah juga sepatutnya bahagian yang patut diterima oleh Kelantan.

Apakah kerajaan pusat hanya mahu kembalikan hak Kelantan jika kerajaan pusat bertukar tangan daripada BN kepada PR ? Ketika itu (Insya Allah), jika kerajaan PR boleh melakukannya, apakah yang nak dijawab oleh BN ?

Ini samalah dengan banyaknya kes-kes masalah pengambilan tanah, peruntukan kanah kubur, geran yang tertangguh bertahun-tahun dengan berbagai alasan oleh parti pemerintah, bila PR mengambil alih, PR berjaya pula selesaikan dalam tempoh ada yang tak sampai setahun.

Kesimpulannya, BN memang tak reti buat kerja, atau lembab atau tak nak selesaikan. Slogan 1Malaysia dilaksanakan secara berpilih-pilih. Gimik semata-mata.

Monday, November 02, 2009

Bekas mufti ditangkap dalam majlis ilmu

Akhbar hari ini melaporkan penangkapan mantan mufti Perlis, Dr. Asri oleh JAIS. Alasan tangkapan belum begitu jelas, ada yang kata kerana tiada tauliah. Setahu saya, tauliah diperlukan kalau mengajar di masjid atau surau yang diiktiraf kerajaan negeri. Dan dalam kes di atas, Dr. Asri mengajar di rumah lamanya.

JAIS pernah tidak memberi tauliah kepada mantan mufti Selangor sendiri, Allahyarham Ishak Baharom. Bagaimanapun, beliau tetap mengajar di markaz-markaz PAS selain di rumah-rumah yang menjemput beliau. Ramai lagi ustaz-ustaz yang hebat-hebat pernah tak dapat tauliah mengajar agama. Ini termasuk Dr. Harun Din dan Ismail Kamus.

Kadang-kadang, kitapun keliru, kenapa mereka tak diberi tauliah. Apa kriterianya ? Ikut suka dia je buat kriteria sendiri, dan ubah-ubah kriteria mengikut waktu. Kalau ustaz tu memang jenis jelas sesatnya seperti mengaku rasul, tak apalah. Ini setakat masalah khilafiyah, masalah furu'.

Saya khuatir, isu di atas akan membuka ruang sekali lagi untuk syaitan meniup api prasangka, was-was dan tuduh menuduh terhadap exco agama Selangor, atau ia memang dirancang oleh pihak tertentu untuk tujuan sebegitu. Lebih menarik, Adun PAS yang dilabel tidak sebulu dengan exco agama Selangor turut bersama dalam majlis ilmu tersebut.

Ketika kita baru sahaja mendapat tahu, PM 1Malaysia mempelawa Dr. Asri untuk mengetuai YADIM dan Ketua Dewan Ulama PAS pula mempelawa Dr. Asri menyertai PAS, JAIS dilihat cuba mencetuskan satu lagi kontroversi. Apa sebenarnya muslihat JAIS ? Siapa sebenarnya di belakang isu ini ?

Sunday, November 01, 2009

Masa untuk PAS tukar pemimpin ?

Mengulas krisis PR di negeri Selangor, beliau (pensyarah politik dari Universiti Malaya, Amer Saifude Ghazali)berpendapat tindakan exco kerajaan negeri Datuk Dr Hassan Ali bersuara mengkritik tindakan jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor terhadap penjawat awam yang didakwa dimalukan ada kewajarannya, walaupun cara pesuruhjaya PAS Selangor itu mengutarakan kritikan itu dipersoalkan.


Saya setuju tu.

Saya tak ralat kalau TGHH sebagai presiden PAS digantikan tidak lama lagi. Walaupun tulisan atau ucapan beliau akhir-akhir ini jauh lebih baik dan bernas berbanding dahulu, tetapi sekali-sekala masih ada kegopohannya.

Kegagalan PAS mempertahankan Terengganu pada 2004 tidak begitu mengejutkan jika dibandingkan dengan prestasi keseluruhan PAS termasuk di Kedah dan Kelantan pada waktu itu tetapi kegagalan PAS merampas semula Terengganu pada 2008 ketika pengaruh BN merosot teruk di seluruh negara, itu amat mengecewakan.

Memang kerajaan PAS Terengganu syok sendiri, perasan sangat konon rakyat suka dengan cara mereka. Sudahlah begitu, peruntukan perbelanjaan pula terjejas teruk kerana royalti dinafikan sehingga negeri nampak daif. Kesian pun ada. Bila pihak berkuasa tempatan (PBT) Kedah di kritik kerana negeri nampak kotor, rumput panjang tak terjaga, saya teringat dengan Terengganu ketika selepas setahun PAS memerintah.

Setakat ini, DS Azizan Razak dari Kedah memang menampakkan kelebihan yang tersendiri. Dia nampak disegani. Ada auranya. Jawapan dan reaksinya terhadap kritikan nampak sukar dimanipulasi atau dieksploitasi kawan dan lawan. Nizar belum tiba masanya lagi. Amsih terlalu awal. Insya Allah suatu hari nanti.

Hassan Ali atau Mustaffa Ali itu tak penting sangat, tapi saya secara peribadi tidak tergamak melihat TGHH dijatuhkan secara mengejut dan agak mengaibkan. Memanglah, bila sudah ada pemimpin lain yang lebih baik, tunggu apa lagi. Politik ni, kalau tunggu lama-lama sangat, orang pintas dulu.

Cuma saya khuatir, Azizan juga tak dapat memuaskan hati blogger tertentu. Cuma diharap dia tidak terlalu gopoh dan cepat melatah. Secara peribadi juga, saya rasa TGNA juga perlu digantikan dalam waktu terdekat ini. TGNA selalu sangat melatah dan mengeluarkan kenyataan yang saya rasa kurang sesuai. Namun kepimpinan PAS takut nak menegur TGNA kerana bimbang dituduh pro-UG. Bukanlah saya tidak setuju dengan beliau, tetapi beliau nampak mudah dimanipulasi lawan.

Kepada TGHH, eloklah mula merancang tarikh pengunduran dan alasan yang sesuai. Utamakanlah kepentingan parti, demi perjuangan Islam di Malaysia.