Sunday, October 23, 2011

Selepas HIMPUN

HIMPUN sudah berlalu. Majlis bermula dengan hanya seramai 1000 kehadiran. Bagaimanapun, kehadiran semakin bertambah hingga dikatakan mencecah 5000 orang.

Saya tak mahu ketawakan penganjur. Saya yakin ada yang ikhlas antara mereka. Tetapi mana perginya beratus ribu melayu PERKASA ? Mana perginya beratus ribu ahli PEKIDA ? Bas2 yang membawa penyokong mereka kena tahan lagi kah ? Wakil UMNO langsung tak di"hilite" oleh media. Saya tak tahu siapa mewakili MT UMNO, siapa wakil UMNO Selangor. Rahman Palil ke, Zainal Sakom ke, Mashitah ke, Pirdaus Ismail ke, Jamil Khir ke.

Mungkin benar, kesilapan meraih sokongan melalui Utusan Malaysia menyebabkan ramai orang Islam tawar hati. Sebarang sokongan daripada puak2 yang sudah tidak dipercayai rakyat akan mengganggu sokongan sebenar rakyat. Ibrahim Ali, Ezam Mohd Nor, Utusan Malaysia, lebih baik jangan campur. Cukuplah utusan sekadar melapor sahaja, bukan dengan menunjukkan sokongan terbuka.

Promosi meluap2 daripada media arus perdana tidak membuahkan hasil yang sepadan. BERSIH 2.0 yang diberi ugutan, amaran serta dilabelkan dengan keganasan, kejahatan dan segala macam pandangan negatif lebih mendapat sokongan berbanding HIMPUN.

Lain kali cuba buat di Johor pula. Mungkin melayu Johor boleh tunjuk sokongan yang lebih baik. Johor pun ada juga masalah murtad. Bukan Selangor je.

Selepas ini, apa pula tindakannya ? PPIM kata, HIMPUN untuk daulatkan Islam. Islam tak akan berdaulat dengan aktiviti adhoc sebegini. Islam akan berdaulat dengan usaha yang berterusan dan istiqamah. Tegakkan syariah dalam diri dan keluarga anda, kemudian dalam jemaah anda.

...................................................................

Gelombang biru yang melanda Selangor sungguh menakutkan dan sungguh dahsyat. Kata TPM seperti dilapor Utusan,
"Dalam tiga tahun ini, banyak masalah dan penyelewengan yang berlaku (di Selangor) disebabkan Menteri Besarnya, antaranya sekatan-sekatan berniaga. Contohnya, pemaju perumahan dikenakan syarat-syarat yang susah (untuk dipenuhi)...dahulu di bawah BN, tak susah.

"Kerana syarat-syarat ini, hidup kita susah, (sedangkan) kita di bawah BN ada pengalaman memerintah selama 54 tahun," kata beliau pada program yang turut dihadiri para pemimpin BN negeri itu.


Macam tu punya berkualiti ucapan TPM.

Dulu bolehlah temberang dengan cerita2 macam ni. Sekarang orang dengar dan baca maklumat daripada dua2 pihak. Setakat hujjah2 kosong tanpa isi dan fakta sokongan, memang kena gelak la.

Saya tak suka maki hamun, Tapi kadang2 hati saya terdetik juga, "Bodoh punya ucapan."

Thursday, October 20, 2011

HIMPUN

Secara peribadi, saya menyokong keengganan PAS dan PKR daripada menyertai HIMPUN. Saya melihat ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan untuk menahan jerat dan menangguk di air keruh daripada program sebegitu penting yang berupa penzahiran ketegasan dalam mempertahankan aqidah umat Islam.

Saya dapat lihat puak2 hipokrit terlonjak2 mahu menjadi jaguh dalam isu ini walhal isu ini bukan perkara baru malah sudah dbangkitkan berkali2 sejak tahun 90an tetapi ketika itu seolah2 tiada siapa yang endah.

Tiba2, kini mereka menjadi begitu sensitif dan tak sabar2 pula. Mereka hanya bermuka2 hingga terlebih sudu daripada kuah.



Bagaimanapun, saya juga menyokong penyertaan NGO Islam yang lain seperti JIM, ABIM, GAMIS, PKPIM, PMI seluruh IPT dan sebagainya kerana mereka bukan parti politik. Kehadiran mereka tidak mudah dipolitikkan oleh pihak2 hipokrit tadi.

Berurusan dengan puak2 munafik memang payah. Mereka ada dua muka. Mereka mengaku beriman dan siapa kita hendak mempertikaikan keimanan dan keikhlasan orang lain ? Malah mereka sendiri pun tidak tahu bahawa mereka miliki sifat munafiq. Mereka tertipu oleh diri mereka sendiri. Mereka tertipu dengan mulut mereka sendiri sedang hati mereka sebaliknya.



Muka sebenar mereka hanya dapat dilihat daripada amalan dan budaya hidup seharian mereka. Jika kita rajin bergaul dengan mereka, akan terserlahlah sikap kepura-puraan itu. Namun jangan sampai kita sendiri pula terikut2 atau kalah dengan cara hidup mereka yang tampak penuh keseronokan itu.

Kalau Allah beri kita kebolehan melihat amalan orang lain, pasti kita akan temui orang yang tak solat subuh pun turut hadir dalam HIMPUN. Tetapi Allah maha pengasih. Dia tidak mahu dedahkan keaiban hambanya. Cuma hambanya yang lalai sehingga tidak tahu menjaga aib sendiri.

Jangan ada yang bersemangat bagai nak rak tapi tak tutup aurat, pakai pakaian ketat, seksi, glamour dan sebagainya. Yang kaki judi, kaki perempuan, kaki minum, kaki rasuah, kaki ponteng solat, semoga anda sempat bertaubat dan semoga kita semua mati dalam husnul khatimah.

Raja-raja Melayu

Seandainya, Raja-raja Melayu bersifat alim, tawaduk, mencintai majlis ilmu, sentiasa berdamping dengan ulama, alangkah ...

Apatah lagi kalau Raja-raja melayu ada yang hafaz Al Quran, selalu solat berjamaah bersama rakyat, dikelilingi putera puteri dan permaisuri yang memelihara aurat...

Dapat dijangkakan betapa rakyat akan hormat, segan, malu dan hampir tiada yang akan mempersenda atau mempertikaikan titah istana.

Seandainya, Raja-raja melayu bersifat kaki perempuan, peminum arak, suka berjudi, sentiasa berdamping dengan hiburan2 melalaikan, ...

Ditambah pula dengan tak tahu atau pelat bila membaca ayat2 Allah, solat Jumaat pun kantoi, selalu dikelilingi wanita2 yang mendedahkan aurat malah seksi, ...

Siapa yang mahu hormat dengan raja-raja yang sebegini ? Raja-raja seperti ini pasti senang dipermainkan oleh pihak2 yang berkepentingan. Mudah ditipu, mudah diumpan dengan kemewahan harta dan wanita.

Saturday, October 15, 2011

Bila Mukhriz Mahathir bersuara

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemimpin utama Pas digesa supaya tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam yang semakin berleluasa di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sokongan dan kerjasama daripada parti itu penting demi melindungi akidah umat Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara.


Saya suka dengan Mukhriz Mahathir ni. Harap2, dia akan jadi Ketua Pemuda UMNO satu hari nanti sebelum melangkah ke jawatan lebih tinggi. Hishamuddin Hussein hampeh, tak boleh diharap.

Mana tahu, rang undang2 pencegahan murtad yang tak dapat sokongan kerajaan BN di era Mahathir akan dibentangkan semula oleh anak nya sendiri, Mukhriz Mahathir sehingga diluluskan ?

Monday, October 10, 2011

Bumi mana tak ditimpa hujan

Semua manusia ada melakukan dosa. Beriman dan beramal soleh itu mampu menghapuskan dosa2 lalu.



Dan ingatlah, orang yang melakukan dosa, kemudian dia bertaubat adalah lebih baik daripada orang yang beramal soleh tetapi ujub.

Sunday, October 02, 2011

Friday, September 30, 2011

Sunday, September 25, 2011

Hudud

Memang PAS tidak berjaya melaksanakan hudud walaupun beriya-iya mendakwa mahu melakukannya. Sama ada PAS ikhlas atau tidak dengan dakwaannya, itu bukan kerja kita untuk menilainya. Penilaian Allah itu Maha Adil.

Sekurang2nya, PAS tanpa rasa takut mengaku mahu atau bercita2 melaksanakannya. UMNO pula tak mahu mengaku mahukannya. PAS didakwa tidak melaksanakan hudud sebab takutkan ugutan PM. Ada juga yang kata PAS takutkan DAP lebih drp takutkan Allah. Yang UMNO pula takutkan siapa. Samapai nak mengaku menyokong hududpun tak berani.

Sekurang2nya, Anwar berani kata dia secara peribadi menyokong hasrat PAS. Apa pula pendirian peribadi Najib. Bukan soal boleh buat ke tak. Bukan soal sudah tiba masa atau tidak. Soalnya, sokong atau tidak ? Najib tak berani cakap. Muhyiddin pun tak berani cakap. Jangan tengok ikhlas tak ikhlas lah. Ini soal perintah Allah.

Solat, ikhlas tak ikhlas, tetap kena buat juga. Zakat, ikhlas tak ikhlas, tetap kena buat juga. Yang mampu, kita kena buat. Yang tak mampu, kita kena berani suarakan sokongan. Tapi pemimpin UMNO tak berani cakap. Mereka takutkan siapa sebenarnya ?

Monday, September 12, 2011

Dulu, negara di bawah naungan British.

Suatu ketika dulu, negara kita berada di bawah naungan British iaitu selepas seorang demi seorang Sultan melantik pegawai British sebagai penasihat. Sebelum itu bagaimana pula ? Apa Belanda dan Portugis buat di Tanah Melayu ?

Ada yang kata, hanya Jepun yang menjajah Tanah Melayu. Jadi, yang merdekakan Tanah Melayu dari penjajahan ialah Amerika dan British. Selepas dua bandaraya Jepun di bom oleh Amerika, Jepun mengaku kalah. Mungkinkah ratu Queen boleh diisytiharkan sebagai Ibu Kemerdekaan sebagai ganti gelaran Bapa Kemerdekaan ? Atau kita tak pernah dijajah langsung ? Maafkan saya kalau saya salah. Saya masih keliru dengan sejarah tanah air saya sendiri.

Ketika Perak dibawah naungan British juga, seorang Sultan kena buang negeri ke kepulauan Seychelles oleh British. Hebatnya penaung mengalahkan pemerintah sebenar. Sampai yang memerintah kena buang negeri dengan penasihatnya sendiri. Polis dan tentera yang mengawal negara pula adalah diimport daripada India.

Secara teknikalnya, kita bukan dijajah oleh Inggeris. Itu kata Tun Mahathir. "Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah."

"Dalam kata lain, British tidak memberi nasihat, tetapi memberi arahan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Universiti Perdana di Serdang hari ini.

Seperti perlembagaan negara hari ini, Kerajaan tidak memberi nasihat kepada YDP Agong tetapi memberi arahan bila sesuatu perlembagaan hendak dipinda atau diluluskan. Sama lah kan ?

Aduh .... Kenapa kerajaan tak cakap benda ni awal2 ? Kenapa perlu sembunyikan daipada rakyat ? Kenapa biarkan rakyat tertipu ? Siapa PENIPU ? Adakah Raja2 selalu tertipu sejak zaman British hingga kini ? Pulau Pinang tergadai, Singapura terlepas, hasil mahsul negara dikebas orang. Sekurang2nya pihak istana ada juga merasa kemewahan hidup pada zamannya walaupun dalam keadaan ditipu. Tapi rakyat yang menjunjung Raja2 bagaimana pula ?

Mujur ada UMNO. Sekurang2nya kekayaan itu akhirnya teragih pula kepada UMNO dan rakan2nya. Dapatlah rakyat merasa sedikit kemewahan itu sebab UMNO bijak mengagihkan kekayaan negara keada rakyat.

Aahh.. Kajian belum selesai. Perjuangan belum selesai. Biarkan mereka terus mencipta dan menulis sejarah. Kita tunggu sahaja hasilnya.

Saturday, September 03, 2011

Peliharalah lidah dan tangan daripada menyakiti sesama Muslim

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”.
(Surah Al-Hujuraat: 11)

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Monday, August 22, 2011

Menteri KPI tak cukup KPI

KPI atau Key Performance Index adalah ukuran prestasi kerja atau keberkesanan kerja.

Najib telah melantik Koh Tsu Koon sebagai menteri untuk pantau KPI menteri2 BN. Namun, akhir2 ini, Tsu Koon pula diserang. Pendek cerita, ramai orang Pulau Pinang sendiri semakin tak puas hati dengan Tsu Koon. Dia tak cukup perform lah tu. Macam mana dia nak nilai perfomance orang lain kalau dia sendiri tak perform. Orang yang pilih dia jadi menteri untuk menilai performance orang lain pun tentu boleh dipertikaikan kalau masih mengekalkan dia sebagai menteri berkenaan.

Baru2 ni, ada seorang menteri baru dilantik. Palaniel namanya. Ini lagi seorang pemimpin yang didakwa tak perform oleh pengundi Hulu Selangor. Buktinya, dia bukan sekadar kalah dalam PRU malah ditolak untuk dicalonkan dalam PRK. Antara alasannya ialah dia tak perform.

Tiba2, Najib lantik dia jadi menteri. Bijakkah tindakan Najib itu ? Adakah ia untuk kepentingan negara atau kepentingan politik BN ? Adakah perlantikan ini menguntungkan negara ? Adakah perlantikan ini menguntungkan BN ? Najib tentu lebih tahu daripada rakyat Hulu Selangor dan rakyat 1Malaysia amnya.

Kesian Tsu Koon. Dia kini diserang sebab dia bukan ahli parlimen atau ahli DUN pun. Kepimpinan Gerakan sendiri pun tak bersuara membela presidennya yang diserang. Dia bersendirian mempertahankan diri. Najib pun tak keluar perintah suruh diam. Makin menjadi2lah media UMNO spt TV3 dan utusan.

Presiden MCA tak kena serang pula. Atau belum tiba masa sesuai untuk diserang. Pengaruh presiden MCA dilihat lebih kuat dalam partinya berbanding Tsu Koon. Nasib kau lah Tsu Koon. Pilihanraya dah dekat, baru kau kena serang. Faham2 jelah apa maknanya semua tu.

Tuesday, August 09, 2011

Cara kristian menyebarkan agama

Orang kristian memang sejak dulu giat menyebarkan agama mereka. Orang Islam pun begitu juga. Inilah dua agama yang paling aktif menyebarkan agama masing2.

Kritian tak begitu mementingkan kualiti penganutnya. (Betulkan saya kalau saya salah). Mereka lebih pentingkan kuantiti. Bagi mereka, yang penting semua orang dibaptiskan. Nak sekular ke, tak nak pergi gereja ke, tak dipedulikan sangat.

Islam yang sekular mungkin juga begitu. Pentingkan kuantiti daripada kualiti.

Islam yang sebenar tak begitu. Islam bukan sekadar mahu umatnya mengucap 2 kalimah syahadah, tetapi solat 5 waktu, sebaik2nya di masjid, puasa, tutup aurat, hindari dosa besar seperti judi, minum arak, zina dan sebagainya.

Sebab itu, selepas pengislaman, kena ada follow up. Macam pengislaman orang asli atau bumiputera Sabah dan Sarawak. Kalau ditinggalkan tanpa bimbingan berterusan, mereka balik kepada budaya asal mereka. Tapi kristian tak kisah semua itu.

Pada bulan ramadhan ni, banyak masjid anjurkan majlis buka puasa. Semuanya percuma. Tapi ada 12 orang melayu pergi berbuka puasa di gereja. Bila JAIS panggil untuk beri keterangan, tak mahu hadir. Kenapa takut ? Berani kerana benar lah.

Betulkah mereka payah nak dapat bantuan daripada lembaga zakat ? Mereka ni pergi berdamping dengan masjid ke tidak ? Kalau ke masjid liat, tutup aurat tak nak, tapi bantuan zakat ditagih, lepas tu salahkan masyarakat Islam lain. Salahkan pejabat agama, salahkan puak masjid, salahkan ustaz2, pendakwah2, salahkan lembaga zakat. Saya fikir, kalau mereka mendekatkan diri dengan puak2 masjid dan mengadu dari semasa ke semasa, saya tak fikir nama mereka akan tercicir daripada senarai penerima bantuan.

Kalau kristian boleh jalankan penyebaran agama melalui NGO dan gereja, kenapa Islam pula harapkan pihak pejabat agama ? Nasib baik, PAS ada bagi juadah makan minum setiap minggu dekat ibu pejabat parti itu tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama. Sekurang2nya ada juga bukti sokongan tanda kesungguhan PAS.

Mungkin masjid2 perlu aktif menyebarkan dakwah, bukan hanya di masjid tetapi juga di luar masjid dan sesekali di luar kariah dalam program pertukaran duta dakwah antara masjid. Tabligh boleh buat tanpa dana kerajaan, takkan kita tak boleh buat sendiri.

Sunday, August 07, 2011

Isu JAIS ke gereja

Seperti biasa, ramai para blogger akan pakat2 belasah musuh masing2.

Yang pro PAS akan tuding jari kepada sikap tidak peka pihak kerajaan Persekutuan selama ini.

Yang pro UMNO akan belasah sikap PAS yang nampak terlebih lembut.

Yang benci Hassan Ali pakat belasah Hassan Ali. Yang benci MB Selangor akan belasah MB Selangor.

Ada pula yang tukang hasut suruh ambil tindakan segera yang sebenarnya mungkin hanya menambah burukkan keadaan.

Proses siasatan perlu dibuat. Maklumat JAIS perlu disisasat. Keterangan pihak gereja perlu disiasat.

12 orang Islam yang menerima bantuan gereja perlu disiasat. Benarkah mereka daif dan terdesak perlukan bantuan. Benarkah permohonan bantuan mereka ditolak atau lambat diambil tindakan? Kenapa jadi begitu.

Benarlah sabda rasulullah s.a.w., "Kefakiran itu hampir dengan kekufuran." Itu baru di Selangor. Bagaimana di Sabah dan Sarawak ? Kita terpaksa lupakan Somalia.

Seorang penceramah pernah menceritakan, bagaimana pengalaman beliau ketika menyampaikan bantuan zakat ke rumah orang miskin di Selangor.

"Sudahlah miskin harta, mereka juga miskin iman." Ustaz2 datang menyampaikan zakat, dia berseluar pendek selamba di rumah, menyambut tetamu lelaki dan wanita drpd pejabat agama. Sudahlah miskin dan jahil, tak mahu pun ke masjid bila masuk waktu. Bersidai je kat rumah, macam orang banyak duit.

Tentu banyak hikmahnya apabila PAS kini berada dalam sebahagian kerajaan negeri tertentu. Selama ini PAS hanya tahu mengkritik dan menghentam. Kini PAS mula belajar dan melihat sendiri, kelemahan2 yang ada sebenarnya lebih parah dan lebih sukar daripada yang disangka selama ini, sehingga tak tahu nak mula kat mana.

Jalan penyelesaian perlu dicari. Mujahadah perlu dipertingkatkan. Bantuan ekonomi dan sebaran dakwah, kedua2nya perlu dipertingkatkan. Strategi perlu dicari. Undang2 perlu dikuatkuasakan. Kelemahan perlu diperbetulkan. Siapa nak fikir, siapa nak buat, macam mana nak buat. Pening. Pening.

Tak guna salahkan pejabat agama. Tak guna salahkan tok mufti. Semua orang Islam perlu betanggung jawab. Tak guna salahkan kristian. Tak guna salahkan syaitan dan iblis.

Isu seperti ini sudah lama saya dengar. Dulu, budak2 tabligh cakap perkara sebegini berleluasa di Indonesia dan Filipina. Rupa2nya ia juga berlaku di Malaysia, di Semenanjung Malaysia.

Wednesday, August 03, 2011

Mahathir di bazar ramadhan


Setiap tahun, Tun Mahathir pergi beli makanan di bazar ramadan Kg Baru. Setiap tahun juga dia pergi ke Pasar Rabu (Pekan Rabu) Alor Setar.

Tun memang sangat peka dengan perniagaan kecil2an orang Melayu. Sebab itu dia selalu jenguk peniaga melayu yang berniaga secara kecil2an. Mungkin dihatinya rasa bangga bercampur harapan mahu lihat peniaga melayu itu meneruskan perniagaan selepas ramadan, maju dan terus berkembang.

Akhbar dan media setiap tahun melaporkannya. Masa jadi PM, mahu pun selepas dah berhenti.

Cuma saya teringin sangat nak baca dan lihat gambar Tun di masjid, menunaikan solat terawih. Tun punya pengaruh yang besar. Ramai peminatnya walaupun ramai juga yang membencinya. Kenapa akhbar tak hilite benda macam ni. Ia boleh jadi pendorong kepada pengikut2nya supaya turut sama melaksanakan ibadah itu. Saya percaya, Tun juga solat terawih. Cuma akhbar macam tak minat dengannya. Bukan nak suruh lapor tiap2 hari. Nanti ada yang termuntah pula. he..he..

Kalaulah Tun mengambil peluang, masa yang banyak terluang kini berbanding ketika jadi PM, untuk mengajak peminat2 fanatiknya untuk mempertingkatkan ibadah, beri'tikaf di masjid, menghadiri majlis ilmu, bertadarus, solat berjemaah. Kan cantik ? Mungkin lebih ramai golongan agamawan (yang selama ini agak kurang selesa dengan sesetengah cara Tun) akan mendoakan agar Tun agar dikurniakan kebaikan kepadanya, dan paling penting "husnul khatimah".

Memanglah ibadah bukan untuk dipertontonkan. Tetapi jika itu boleh mendorong orang ramai untuk turut serta, wajarlah ia dihebahkan.

Azmin Ali dah datang solat terawih di Masjid Jamiil Huda, Ampang pada malam 1 Ramadhan lagi. Tahniah YB. YB Bkt Antarabangsa ini merancang untuk pergi ke sebanyak mungkin masjid dalam Dun yang diwakilinya sepanjang ramadan. Semoga berjaya.

Tuesday, July 19, 2011

Sistem biometrik

SPR mahu guna sistem biometrik dalam pilihan raya akan datang. Sistem ini dikatakan mampu menghalang keraguan berlakunya undi lebih daripada sekali.

Saya pernah ke sebuah bank di Kuala Lumpur. Nak ambil kad kredit. Saya diminta mengesahkan cap ibu jari tangan saya. Malangnya, cap ibu jari saya gagal disahkan oleh komputer. Sama ada alat pembaca cap ibu jari yang gagal atau ibu jari saya tak cukup lembap. Atau mungkin juga cip pada kad pengenalan saya sudah rosak.

Saya sudah mencuba kedua-dua jari kiri dan kanan. Selepas gagal, saya akhirnya dapat juga membawa pulang kad kredit saya walaupun tanpa pengesahan cap jari. Pegawai bank itu sempat mengusik saya, agaknya kad pengenalan awak ni palsu tak ? Agak kasar gurauan itu.

Beberapa bulan kemudian, saya kebetulan berada di pejabat pendaftaran negara, Kajang. Saya ambil peluang cuba mengesahkan cap jari saya pada sebuah mesin di situ. Dengan hanya sekali cuba, cap ibu jari saya disahkan sama dengan cap pada kad pengenalan saya. Kedua-dua jari kiri dan kanan disahkan dengan hanya sekali cuba.

Saya bimbang, mesin pembaca cap jari SPR gagal membaca dengan cekap, sekali gus mengganggu kelancaran proses pengundian. Kalau masalah seperti saya di bank di atas, macam mana ? Bagaimana pula jika cip pada kad rosak ?

Apa pun saya tetap doakan kaedah yang baru nak diperkenalkan itu berjaya dan berjalan dengan lancar.

Mengenai cadangan wakil parti politik dalam SPR, saya tak sokong. Sebab wakil parti terang2 berpihak kepada parti tertentu. Pegawai SPR biarlah diyakini neutral walaupun yang ada hari ini nampak tak neutral.

Tuesday, July 05, 2011

Rampasan BERSIH

KUALA LUMPUR: Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini.


Dah agak dah. Sebelum ni, setakat rampas baju dan dokumen je. Lepas ni, mesti ada rampasan lain yang lebih hebat seperti parang, kapak, pisau rambo, senapang, pistol, bom, C4 dan macam2 lagi.

Bukan tak biasa. Polis kita kan cekap.

Kalau Bersih buat, Perkasa pun buat

Sekali baca, itulah pendirian PERKASA. Kalau BERSIH buat, PERKASA pun buat. Tapi bagi saya, itu namanya tiada pendirian sendiri. Ikut2 orang pulak.

Kalau begitu, apa bezanya dengan pendirian PERKASA sebelum titah Agong ? Sebelum ni pun, begitu juga yang Perkasa kata. Jadinya, titah YDP Agong tak membawa apa2 kesan kepada PERKASA. Tiada maknanya.

Monday, July 04, 2011

Pilihanraya Thai vs Malaysia

Dalam pilihanraya terbaru Thai, Pembangkang telah menang menjadi kerajaan. Kerajaan kalah menjadi pembangkang.

Di Thailand, Pembangkang yang menang itu asalnya sebuah kerajaan. Penyokongnya memakai baju merah.

Kerajaan yang tumbang itu asalnya sebuah pembangkang. Penyokongnya memakai baju kuning.

Ringkasnya, rumah kuning kalah kpd rumah merah. Kerajaan kalah kepada pembangkang.

Di Malaysia, keadaan adalah terbalik. Baju merah ialah patriot yang lebih mesra kpd kerajaan. Baju kuning ialah bersih yang lebih mesra dgn pembangkang. Perkasa tak ada baju. Tak dapat cari sponsor kot. Baju kuning tak perlu sponsor. Masing2 sponsor utk batang tubuh masing2.

Agung sudah mula bertitah. Tapi belum bagi kata dua. Satu ketika, Raja Thai pernah beri kata dua kepada politik negara itu. Pemimpin datang mengadap sambil duduk bersimpuh depan raja. Penuh kehinaan. Reda sekejap. Apa boleh buat, kuasa raja pun terhad.

Entahlah apa nak jadi. Perhimpunan bersih sepatutnya berlaku secara aman. Cuma jadi riuh gempita sebab banyak pihak mengugut. Polis ugut, SPR ugut, Perkasa ugut, Patriot ugut, menteri KDN pun ugut.

Polis boleh beri izin dan berunding supaya keadaan lebih terkawal. Banyak perhimpunan2 lain berlangsung secara aman. Polis tolong berkawal. Runding masa dan tarikhnya, lokasinya, kawalan lalulintas dan sebagainya. Tapi polispun bawah kementerian. Kalau menteri kata tak boleh, polis pun tak berani buat keputusan berbeza.

SPR pun tak berani nak ubah sistem pilihanraya. Dulu, ketika BN kuasai 2/3 parlimen, persempadanan semula kawasan ditangan ketua bahagian UMNO. Bahagian UMNO akan buat kajian, dapat pandangan akar umbi apa strategi untuk menang. Kawasan mana nak ambil, kawasan mana nak tolak.

Satu ketika, kampung saya yang terletak di K.Trg Selatan berada dalam dun Manir yg terletak di KT Utara. Kini, Manir berada dalam Parlimen Hulu Terengganu sedangkan ia lebih dekat dengan Kuala Nerus. Ini semua kerja UMNO. Sepatutnya, Manir ada parlimennya sendiri. Tapi sbb ia kubu pembangkang termasuk Jeram dan Teluk Pasu, tiadalah parlimen di situ. Manir ditolak ke Hulu Terengganu yang lebih pekat UMNOnya. Dun yang kuat pengaruh PAS dipecah2kan supaya PAS tiada kerusi Parlimen PAS di Terengganu. SPR cuma ikut saja.

Oleh kerana BN gagal menangi 2/3 parlimen, penyusunan semula sempadan jadi terbantut. UMNO jadi kelam kabut dan tak senang duduk. Salah satu senjata UMNO sudah patah.

Senjata lain ialah pengaruh MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Sekarang senjata ini juga sedang tumpul atau jadi ringan dan lembut macam gabus. UMNO yang selama ini nampak kuat dan begitu gagah rupanya lemah. Selama ini, semua tunduk dan patuh kepada keputusan perhimpunan UMNO. Kini, UMNO macam tercabut taring. Cuma harap pada gigi taring palsu.

Senjata ketiga ialah komponen di Sabah dan Sarawak. Yang ini ada sedikit goyah tetapi mungkin masih boleh jadi sandaran. Bergantung sejauh mana pemimpin di sana boleh diperkudakan.

Pada tahun 80an atau 90an, menteri UMNO ketika itu (Rais atau Musa Hitam) pernah berkata, UMNO ada lebih 90 cara untuk pastikan kemenangan. Kita hanya merancang, Tuhan tentukan.

Selepas Perikatan kalah teruk pada 1969, Tun Razak bertindak cepat dan bijak dengan memancing undi Cina (Gerakan), India (PPP) dan Melayu (Pas). Tapi kebijaksanaan itu mudah dilupakan penggantinya, mungkin kerana Umno berasa dirinya terlalu kuat walhal kekuatan UMNO bukan pada parti itu sendiri tetapi bertongkat kepada parti komponen lain.

Kini Najib terdesak. Nak ulang semula episod Tun Razak, tak semudah itu sebab masing2 sudah lihat keangkuhan Umno ketika kuat. Benarlah sabda nabi s.a.w. ,"Ingat 5 perkara sebelum tiba 5 perkara." Kalau tak beringat, tanggung sajalah akibatnya.

Tuesday, June 28, 2011

BERSIH2

Ada beberapa isu tentang demonstrasi BERSIH2.

Pertama, perhimpunan itu haram.
Kedua, ia diresapi unsur komunis.
Ketiga, ia mendapat sokongan dana asing terutama gerakan kristian.
Keempat, ia membawa kerugian kepada peniaga2 dan ekonomi negara.
Kelima, ia dibantah oleh majoriti rakyat 1Malaysia.
Keenam, ia menimbulkan keresahan orang ramai.
Ketujuh, ia haram mengikut hukum syarak, sunnah Yahudi.
Kelapan, ia mahu gulingkan kerajaan.
Kesembilan, ia bakal mencetuskan keganasan dan rusuhan kaum.
Kesepuluh, ia tidak JANTAN.

Cukuplah saya senaraikan sepuluh dalil yang saya ringkaskan daripada sumber2 media seperti TV3, Utusan Malaysia, Menteri2, Pemimpin2 UMNO, NGO seperti Perkasa, Fomca, Persatuan Silat Lincah, media internet UMNO, Patriot, ustaz2, motivator2 terkenal dan ramai lagi.

Setakat ini, saya tak pasti apakah mufti2 di Malaysia sudah bersuara ? Awal tahun lalu, mufti Arab Saudi mengkritik demonstrator di Mesir melalui khutbahnya. Mufti Mesir juga meminta supaya dihentikan demonstrasi di Mesir.

HARAM! Itu kata kerajaan. Yang menjadikan ia haram ialah kerajaan. Kalau keluar permit, halal lah jadinya. Macam judi, ia "halal" jika kerajaan bagi permit. Kalau kerajaan rasa menguntungkan kerajaan, dapat lah permit. Kalau tak menguntungkan, tak dapat permit. Jadi haram.

KOMUNIS! Isu yang dilotar ialah tuntutan pilhanraya yang adil dan bersih. Sejak bila pula komunis mahu pilihanraya yang adil dan bersih ? Di negara komunis, wujudkah pilihanraya yang adil dan bersih ? Bukankah komunis lebih sinonim dengan diktator ?

KRISTIAN! Apa kena mengena pilihanraya yang adil dan bersih dengan Kristian ? Apakah Islam mahu pilihanraya yang tidak adil, penuh tipu muslihat ? Berapa juta sumbangan sudah diterima ? Siapa penyumbangnya ? Bila transaksinya. Akaun mana yang menerimanya ?

RUGI ! Bukankah penganjur mahu demonstrasi yang aman ? Macam karnival atau pesta perarakan. Berduyun2 peniaga mahu datang sebab bukan senang nak kumpul orang ramai turun ke satu2 tempat.

MAJORITI senyap ! Kenapa majoriti 1Malaysia ini membantah tuntutan pilihanraya yang adil dan bersih ? Cuba tanya balik, kenapa bantah ? Apa sebenarnya yang dibantah ? Demonstrasi kah atau penambah baikan dalam SPR ? Tanpa demonstrasi, adakah kita lihat SPR bertungkus lumus memperbaiki sistem plihanraya kita ? Atau SPR nampak macam selesa saja. Siapa pula yang yang buat kajian hingga dapat angka majoriti ? Kenapa bantah secara senyap ? Kalau majoriti bantah secara senyap, untunglah BN.

RESAH ! Keresahan sebenarnya tidak berlaku. Ia hanya timbul kerana peranan media cuba menimbulkan keresahan. Media bersungguh2 menonjolkan betapa resahnya rakyat 1Malaysia. Media sebenarnya boleh mendidik atau menasihati para demonstrator supaya menunjukkan disiplin dan mengajar rakyat tentang betapa pentingnya demonstrasi dibuat secara aman. Macam media cuba pengaruhi penyokong bola sepak supaya menjaga tata susila dan tidak melakukan perkara yang membahayakan orang ramai.

Syarak dan SUNNAH YAHUDI ! Ini cakap Ustaz Rasul Dahari. Sejak bila pula Ustaz ini mendapat sokongan kerajaan. Sudah beberapa buah buku ustaz ini diharamkan oleh kerajaan. Wahabi kata mereka.

GULING KERAJAAN! Tak ada siapapun yang bercakap menuntut kerajaan hari ini meletak jawatan melalui BERSIH2. Ia tak sama langsung dengan demonstrasi di Mesir atau di Thailand. Siapa yang timbulkan isu ini ?

GANAS dan rusuhan kaum ! Demonstrator yang mahu secara aman dikatakan ganas. Demonstrator yang terang2 mengugut dengan kata2 ancaman langsung tidak dibimbangi. Ini tiada kaitan dengan isu kaum. Bukan protes kerana ada kaum tertindas.

JANTAN ! Kalau jantan, kita bertanding dalam pilihanraya. Kalau berani, bubar DUN. Kalau jantan, kita kekalkan kaedah SPR sedia ada. Ha..ha..ha...

p/s : Aku tak mahu terlibat dengan mana2 demonstrasi. Ha..ha.ha.. Cakap berdegar2.

Sunday, June 26, 2011

Trek lumba motor dan F1 Powerboat di Terengganu

Saya pernah cadangkan supaya Terengganu jadi tuan rumah sukan Powerboat pada November 2009. Dalam post yang sama juga, saya cadangkan Terengganu wujudkan gelanggang atau trek lumba motorsikal. Lihat di sini.

Bulan ini, dilaporkan exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu mengumumkan satu trek lumba motosikal bakal dibina di Terengganu. MB Terengganu pula mengumumkan Kerajaan Terengganu mahu mempopularkan perlumbaan F1 Powerboat di Tasik Kenyir dalam usahanya mempelbagaikan aktiviti air di tasik buatan manusia terbesar di Asia itu serta menjadi tarikan terbaru pelancongan.

Nampaknya, kerajaan Terengganu turut mempunyai minat yang sama dengan cadangan saya. Tak kisahlah kalau mereka tak baca pun blog saya. Yang penting, bidang sukan semakin menyerlah di Terengganu, walaupun bumbung stadiumnya runtuh. Yang penting, golongan belia di Terengganu boleh berlumba secara sah di trek yang disediakan. Yang penting sukan perlumbaan diharap dapat menarik pelancong tempatan dan luar untuk datang ke Terengganu. Yang penting, kalendar pelancongan Terengganu semakin meriah dan menarik.

Apa yang penting, kerjaaa.. sama.

Tahniah kerajaan Terengganu.

Wednesday, June 22, 2011

Lelaki Pahang dan Anak Dara Najib

18 Jun 2011, dilaporkan anak perempuan Najib bertunang dengan warga Kazakh.

21 Jun 2011, keluar pula laporan lelaki Pahang hadapi saingan dengan warga asing.

Apa tujuan laporan kedua tu ? Macam perli je.

Dulu pun, macam2 laporan tentang rakyat tempatan kahwin atau terpikat dengan warga asing. Hakikatnya, anak Najib, anak Mahathir, anak Raja2 dan raja2 sendiri, KM Sarawak, anak Nik Aziz, Adun Kelantan dan ramai lagi yang kahwin warga asing.

Tuesday, June 21, 2011

Kerajaan Selangor giat pulihkan projek rumah terbengkalai

Saya cukup kagum dengan kerajaan Selangor yang giat berusaha memulihkan projek rumah terbengkalai.

Negeri2 lain terutamanya negeri BN, rumah terbengkalai cuba dipulihkan oleh kerajaan pusat. Itu pun tak banyak. Kerajaan negeri Selangor sudah berjaya selesaikan satu persatu projek yang terbengkalai ini.

Rupa2nya, ada jalan untuk selesaikan masalah ini. Dulu, saya difahamkan macam tak ada jalan penyelesaian. Kerajaan kata pemaju, pemaju kata tak ada duit. Rakyat nak saman tak boleh, tapi tiap2 bulan rakyat tetap kena bayar.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilaporkan mengenal pasti 13 projek terbengkalai di Selangor. Menurut kerajaan Selangor pula, di Kuala Selangor saja dah ada 10 projek terbengkalai dan 5 projek bermasalah. Belum lagi daerah2 lain. Khabarnya, kerajaan Selangor mengenal pasti 141 projek rumah terbengkalai, membabitkan lebih 50,000 unit kediaman di seluruh Selangor. AIII ??? KPKT cuma jumpa 13 je drp 141 projek yang terbengkalai di seluruh Selangor ? Kerajaan Selangor yang dulu buat apa ? Menimbulkan masalah untuk diselesaikan oleh kerajaan baru ?

Rakyat Selangor sepatutnya menilai usaha2 ini. Yang hilang kuasa lancar kempen, "SELAMATKAN SELANGOR". Tapi masa dia berkuasa, ada dia selamatkan duit rakyat yang terbuang dek projek terbengkalai ni ?

Berikut saya petik satu laporan ketika Dr Khir jadi MB Selangor.

Rumah terbengkalai:Selangor minta kementerian bertindak
30/08/2004 Utusan Malaysia

SHAH ALAM 29 Ogos - Kerajaan Selangor tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 'tepuk dada, tanyalah selera' berhubung isu projek perumahan terbengkalai yang hangat diperkatakan kini.

Menteri Besar, Datuk. Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, kementerian itu perlu segera memikirkan langkah sesuai bagaimana untuk mengelakkan masalah tersebut daripada berlarutan sehingga menyusahkan banyak rakyat termasuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Saya tidak mahu kata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersalah dalam hal ini, tetapi 'tepuk dada tanyalah selera’.

"Kalau boleh sebelum meluluskari sesebuah projek perumahan atau mengeluarkan lesen penjualan rumah, pihak terlibat mestilah memeriksa terlebih dahulu akaun syrikat terbabit bagi mengelakkan projek rumah itu terbengkalai," katanya di sini hari ini.

Menteri Besar menyatakan demikian ketika ditanya pemberita adakah kewujudan banyak projek perumahan terbengkalai pada masa ini adalah disebabkan daripada kelemahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Jelas, MB ketika itu buntu, tak tahu nak buat apa manakala KPKT (kerajaan pusat) pula dilihat sebagai punca dan tidak pula bertindak menyelesaikan masalah rakyat.

Bila PR berjaya mengambil alih Selangor dan giat memulihkan projek, KPKT mula giat berusaha memulihkan projek dengan cara mereka.

Monday, June 20, 2011

Bersih 2.0 dan Gerak Aman 1.0

Macam nama software pula. Versi 2 lawan Versi 1.

Yang versi 2 setakat ini kata nak buat secara aman.

Yang versi 1 pula guna nama aman tetapi tidak menjanjikan keamanan. Apa saja boleh berlaku, katanya. Bunyinya pun dah menakutkan. Sebahagiannya dah buat laporan polis tapi yang buat laporan tu pun nak sertai perhimpunan juga. Ada yang kata demonstrasi akan menjejaskan peniaga tapi ugut nak buat demonstrasi juga. Keliru sungguh. Kalau boleh menjejaskan peniaga, jangan buat demonstrasi. Kalau buat jugak, lagi besar jadinya, lagi teruk kesannya kepada penjaja, peniaga dan negara.

Katanya lagi, kami bukan pengacau. Kalau tak mahu kacau, buat pada masa lain lah. Atau buat kat tempat lain. Kenapa mesti pilih tarikh dan tempat yang sama ? Macam nak isytihar perang je. Macam nak tunjuk siapa kuat je. Baca saja tajuknya, "Gerak Aman perangi Bersih". Mereka secara terbuka mengisytiharkan perang habis2an ke atas Bersih 2.0. (rujuk Utusan Malaysia) Setakat ini mereka sudah menunjukkan bunga2 keganasan dan emosi amarah mereka dengan membakar gambar sebagai manifestasi kebencian dan kemarahan mereka terhadap Bersih.

Anehnya, yang beriya2 dan berapi2 cakapnya ni tak dibimbangi pihak berkuasa. Yang setakat ini tak menunjukkan reaksi emosional dan tak buat ugutan sebaliknya cukup dibimbangi. Walaupun memberi jaminan demonstrasi ituakan menjadi demonstrasi aman, ia tetap dibimbangi. Versi 1 beri amaran supaya bersedia menghadapi penentangan sengit daripada Gerak Aman.

Wow. PENETANGAN SENGIT. Apa yang nak ditentang ? Pilihanraya yang bersih nak ditentang ?

Saturday, June 18, 2011

SKMM dan penggodam

Saya memang suka download movie, lagu dan software. Tapi, akhir2 ini, saya tak sempat atau kedudukan semasa tak mengizinkan saya untuk berbuat kerja itu lagi.

Tahu2, SKMM dah menyekat beberapa laman perkongsian fail yang popular. Bila saya cuba akses, memang tak boleh masuk.

Secara peribadi, saya melihat tindakan ini lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Saya menyokomg langkah kerajaan menyekat. Sekatan termasuk juga beberapa laman web lucah yang popular.

Pertama, amalan download secara berlebihan telah menyebabkan akses internet menjadi sangat perlahan terutama pada musim cuti sekolah dan cuti semester. Alasan mereka bayar, jadi mereka sepatutnya bebas buat apa yang mereka mahu tidak boleh diterima.

Manusia, bila diberi kuasa yang sedikit lebih, atau kebebasan yang berlebihan, mereka selalunya cenderung melakukan kajahatan dan bukan kebaikan yang mereka jadikan alasan sahaja.

Kedua, laman web lucah sepatutnya sudah lama disekat. Jangan ikut sangat amalan barat dengan memberi kebebasan dan kawalan kendiri kononnya. Negara kita, biarlah kita sendiri yang mengawal dan mendidik masyarakat kita.

Ketiga, tindakan penggodam menceroboh dan mengacau laman web kerajaan membuka mata kita bahawa langkah keselamatan perlu dipertingkatkan oleh kerajaan dan pihak swasta juga. Kita tidak tahu, selama ini sudah berapa banyak maklumat penting negara yang bocor dek kelemahan seperti ini. Walaupun, ia menguntungkan syarikat pembekal firewall dan keselamatan IT, tetapi dari segi meningkatkan kualiti tahap keselamatan maklumat dan kerahsiaan kerajaan, ia pasti membawa impak positif kepada rakyat dan kerajaan.

Saya tahu, sekatan ini bukanlah besar sangat kerana ada berbagai cara untuk mengatasi (bypass) sekatan ini yang saya sudah cuba dengan jayanya, tetapi sekurang2nya, ia dapat mengurangkan masalah kesesakan internet dan akses laman lucah yang semakin tidak terkawal.

Pakatan Rakyat usahlah berdendang sangat melihat kelemahan kerajaan dalam isu ini kerana kamu belum memerintah lagi. Laman kerajaan negeri PR belum tentu kebal daripada serangan. Harakahdaily dan Malaysiakini kan pernah kena serang juga. Takkan kerana nak elak diserang, kita buka internet seluas2nya tanpa mahu mengawal apa yang patut. Kita mungkin tak diserang penggodam tetapi hakikatnya maklumat kita dicuri dan diinitip musuh setiap hari.

Wednesday, June 08, 2011

Umno Mahu PAS Lupakan Kisah Silam Demi Perpaduan Umat Islam

"Pemain politik yang terlibat dalam insiden itu sudah tiada. Ia membabitkan pemimpin veteran pada waktu itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?"


Gitulah antara kata2 Ahmad Maslan, ketua penerangan UMNO. Ketua Penerangan tak tahu hujung pangkal ? Jenis tak baca buku sejarah la ni.

Kalau malas nak baca buku, bertanya lah kepada orang2 lama yang masih ada. Paling koman pun tanya google. Perpustakaan PAS pun ada simpan buku2 politik lama.

Sejarah tu untuk dipelajari, diambil iktibar. Yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan. Tak gitu ?

Sifat khianat, fitnah, buli dan samseng UMNO ketika kuat dan berkuasa sangat terang. Kalau PAS berpakat politik dengan UMNO, UMNO jadi lebih kuat dan sifat buli dan khianat akan lebih menjadi-jadi.

Antara kata pihak UMNO, ketika PAS dalam BN, PAS sibuk meluaskan pengaruh ke Felda2 dan ke tempat yang sudah jadi kubu UMNO.

Bodo ke apa kalau kerjasama, tak boleh luaskan pengaruh, tak boleh kembangkan sayap. PAS bukan sekadar berpolitik tetapi PAS mahu berdakwah. Dakwah mana boleh disekat2. Selagi ada ruang dan peluang, ia mesti direbut dan dimanfaatkan.

Kali ni, apa pula syarat yang UMNO nak letak ? Tak boleh jadi PM ? Kena ikut keputusan Mesyuarat Agung UMNO ? Tertakluk kepada terma dan syarat ? Lupakanlah.

Thursday, May 19, 2011

Bercakap ketika khatib bekhutbah

Jumaat lepas, saya solat Jumaat di masjid Jamiilhuda Kg Melayu Ampang. Khatib adalah seorang yang dikenali pro kerajaan Selangor.

Seperti biasa, khatib tidak dapat tidak pasti menyentuh isu semasa terutama isu fitnah. Fitnah zina (isu video seks) dan fitnah Kristian oleh media pro Umno. Teks asal nyata telah ditokok tambah sedikit sebanyak. Itu bukan masalah.

Seorang pakcik yang saya kenali memang karat biru tuanya tak dapat menahan dirinya. Dia bercakap2 dengan orang sebelahnya. Saya fikir, dia tak puas hati atau cuba mempertikaikan khutbah yang disampaikan. Orang sebelahnya hanya menggeleng-gelengkan kepala tanpa bercakap sepatahpun.

Sejak kecil, saya dididik dan diberi peringatan selalu oleh ayah saya, jangan sekali2 bercakap ketika khutbah sedang disampaikan. Saya patuh sejak dulu hingga kini. Saya hairan dengan orang yang masih bercakap2 ketika khutbah disampaikan. Bukankah sudah ada hadis sahih yang melarangnya ? Kenapa tak mahu patuh dengan sabda Rasulullah s.a.w ? Taat kepada rasul itu kan wajib ?

Sama ada bercakap dengan suara, dengan isyarat atau dengan sms, semua nya saya anggap sama saja. Kalau budak2 yang belum baligh tu, boleh terima lah, tapi ayahnya kena bagi nasihat selalu selepas solat supaya si anak ambil ingatan.

Malangnya, orang tua pun tak reti2 juga. Bukan tak pernah datang mengaji kuliyah maghrib dan subuh. Cuma nak beramal atau tidak saja.

Saya memang selalu cuba elak daripada duduk sebelah pakcik tu. Tapi sebelah dia selalunya kosong bila nak solat Jumaat. Kalau susah nak cari ruang kosong dalam masjid, tinjau2 la kat sebelah pakcik tu selalu duduk. Mesti ada ruang yang selesa punya.

Saya memang anti dengan orang yang bercakap ketika khutbah disampaikan. Benci dengan perangai yang begitu. Satu lagi ialah orang yang tak mahu rapatkan saf. Gerammm je.

Wednesday, May 11, 2011

TeganuKita - 11 Mei 2011

Pas tidak tahu jaga perasaan orang

 

Laporan: Kamarudin Mat Akib dan Harun Hassan

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said menyelar sikap pemimpin dan penyokong Pas yang tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang lain.

Beliau berkata, Pas sentiasa "mengacau" setiap kali UMNO mengadakan majlis atau program dengan memasang bendera parti itu di kawasan berkenaan diadakan.


Katanya, perkara ini turut berlaku sewaktu Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak melawat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Manir baru-baru ini.

Beliau berkata, orang Pas turut memasang bendera parti itu ketika Perdana Menteri melawat dua kawasan tersebut.

"Selama ini kita (orang UMNO) tidak pernah kacau orang Pas",katanya di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

 

Saya setuju benar dengan Mat Said kali ni. Ini memang perangai Pas Terengganu sejak dulu. Ubahlah perangai tu. Saya ingat lagi tahun 80an, bila Mahathir (Perdana Menteri) datang. Pas Manir pasang kain rentang macam2 kat Manir.

Masa tu belum ada jambatan duyung lagi. Jadi Mahathir mesti lalu jambatan Manir untuk ke Kuala Terengganu drp  lapangan terbang. Seronok orang Pas dok bersembang pasal kain rentang tu. Saya pun tumpang seronok juga.

Saya perhatikan kat Selangor, Pas Selangor tak buat kerja tak berfaedah macam tu. Setakat syok sendiri je. Orang lagi benci ada la. Pas kena bijak mengambil hati pemerhati atas pagar. Tak ada gunanya betindak setakat nak menyakitkan hati lawan.

Le ni dah tahun 2011. Dah lebih 30 tahun, Pas masih dengan perangai lama. Pas Terengganu kena banyak belajar daripada negeri lain.

Monday, April 18, 2011

Kekalahan PAS di Sarawak ukuran perjuangan yang masih jauh

Walaupun tewas semua 5 kerusi yang ditandingi, PAS tidak hilang wang pertaruhan. Bila masuk bertanding, semua mahu menang. Bukan bertanding sekadar menyelamatkan wang pertaruhan.

Tetapi kalau tak bertanding, macam mana kita nak ukur tahap penerimaan orang terhadap kita ?

Banyak manfaat yang boleh diambil disana. Budayanya, kefahamannya, pendekatannya. Perjuangan Islam tidak menjanjikan kemenangan yang mudah. Ia perlu meredah ranjau dan duri. Banyak sakit yang perlu ditempuhi.

Kristian jauh lebih meluas di Sarawak (dan Sabah) berbanding Islam. Kristian hanya mementingkan pembaptisan. Selepas dikristiankan, kalau masih nak amal budaya animismepun, tak kisah. Masih nak berpakaian asal nenek moyang pun tak apa.

Islam, mementingkan kesempurnaan. Setakat ucap syahadah sahaja tak memadai. Mesti istiqamah dengan solat, puasa, zakat dan haji jika mampu. Ibadah pula perlu sempurna, bukan asal buat sahaja. Aqidah mesti dijaga. Buang semua amalan khurafat. Pakaian nenek moyang mesti ditinggalkan jika tidak selari dengan syariat. Ia bukan boleh dibuat dengan hanya sekali ziarah dakwah. Atau 5 tahun sekali.

Kalau dalam perjuangan orang melayu, diperingatkan dengan kata2 hikmah, "Perjuangan yang belum selesai", dalam perjuangan Islam, perjuangan tidak pernah selesai dan tidak akan selesai sehingga ke liang lahad.

Benarlah, setiap perjuangan untuk agama Islam adalah jihad. Apapun platform yang dipilih, perjuangan untuk Islam mesti pada kedudukan no 1.

Teruskan jihad. Anda bukan buat kerja sia-sia. Semuanya dalam neraca Allah.

Tuesday, March 29, 2011

'Datuk T' Sebenarnya Boleh Dilindungi Undang-Undang

Saya pernah kata, hanya UMNO yang layak untuk mentafsirkan undang-undang di Malaysia. Hari ini, menteri UMNO kata, Datuk T boleh dilindungi undang2. Akta perlindungan saksi ?

Penyokong PR masih ingat, Lim Guan Eng dipenjarakan, gugur jawatan ahli parlimen, kerana cuba membela seorang gadis melayu pada masa itu yang mendakwa dirinya dirogol oleh seorang ketua menteri. Tiada menteri umno yang kata, LGE boleh dilindungi undang2.

Ezam Mohd Nor dipenjarakan selepas mendedahkan laporan siasatan rasuah seorang menteri kanan umno. Juga tiada menteri yang sebut pasal akta perlindungan saksi.

Tiba2, akta perlindungan saksi dibangkitkan untuk melindungi video fitnah. Kita lihat apa episod seterusnya. Yang Anwar Ibrahim, belum terbukti salahnya. Yang Datuk T sudah jelas bukti salahnya. Tetapi polis perlukan lebih masa untuk menyiasat. Menyiasat atau memalingkan kesalahan ?

Thursday, March 24, 2011

T <> Eskay. Eskay = SK = Sudah Kantoi

Bodoh punya Trio Stooges. Kalau ye pun nak buat press conference, make up lah sikit Eskay. Kasi trim dia punya misai, kasi tukar spek, ambil spek yang poyo. Jangan lupa kasi botak kepala. Baru lah nampak lain. Ini masa PC, muka sebijik macam Anwar. Semua orang sudah perasan. Kan dah kantoi.

Kepada yang dah tengok video tu, di akhir-akhir rakaman, ada tak ditunjukkan Eskay sedang tercari2 jam Omega ? Patut tunjukkanlah sikit babak Eskay tercari2 jam dan tiba2, trenggg.. dia ternampak wayar berselirat hingga akhirnya terjumpa kamera dan alat perakam. Baru nampak rel sikit.

Lain kali kalau nak bikin filem, minta nasihat daripada KRU Berhad. Dia orang memang terer ooo..

KDN dan PDRM tak terlibat

KUALA LUMPUR 23 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang untuk menyaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkan kementerian itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pendedahan video seks oleh individu misteri bergelar 'Datuk T' kelmarin.


Mungkin polis tak terlibat. Tetapi kegagalan polis dan kerajaan bertindak cepat menyebabkan orang ramai berfikir begitu. Kenapa polis gagal bertindak ? Kenapa polis macam tak kisah ? Siap ada pula menteri yang bela dengan berkata, tiada apa kesalahan pun. Macam mana rakyat tak curiga ?

Saya tak percaya Najib tak tahu menahu pasal pendedahan video lucah ini. Kalau isu yang boleh menjejaskan kerajaan BN, PM dan UMNO, mustahil mereka berani mengambil risiko atas kapasiti peribadi untuk membuat pendedahan tanpa lebih dahulu mendapat persetujuan PM. Ini perkara besar. Risiko yang besar. Bukan risiko hanya kepada Trio Three Stooges sahaja, tetapi kepada Najib dan Umno itu sendiri. Mustahil mereka tidak berbincang dahulu dengan pihak yang pakar dan boleh memberi nasihat dan jaminan tentang implikasi politik, implikasi undang2 dan sebagainya.

Wednesday, March 23, 2011

Datuk T = Terbongkar

T itu Tipu. T itu Temberang. T itu Takut. T itu Tolol.

Terdedah sudah siapa Datuk T. Mereka sendiri mengaku. Selepas didedahkan oleh Johari Abdul. Yang best nya, mereka tuduh Johari Abdul minta RM1 juta untuk pengaruhi MP PKR.

Saya bukanlah nak percaya atau tidak. Cuma masa saya baca kenyataan Johari Abdul, saya macam ragu2 dengan dia. Kenapa hari ini Johari dedahkan ini semua ? Adakah Johari sudah laporkan kepada Anwar terlebih dahulu sebelum Anwar buat penafian ?

Anwar terlalu cepat dedahkan bukti dan alibi untuk menyokongnya. Jika pendedahan Johari dibuat hanya selepas bukti penafian Anwar, Anwar wajar untuk meragui Johari.

Walaupun Johari berkata, dia memeluk rakannya dalam lif dan bersyukur kerana dia yakin lelaki itu bukan Anwar, benarkah begitu ? Siapa rakannya itu ? Saya cuma khuatir, Johari mungkin pada awalnya percaya dengan video itu. Tak mustahil dia terpengaruh dengan video fitnah itu. Kalau saya sendiri pun, mungkin juga terpengaruh sehingga mendengar sendiri penafian Anwar. Maklumlah, dalam keadaan keliru dan berdebar2 seperti itu.

Cumanya, benarkah Johari ada meminta wang untuk mempengaruhi MP PKR ? Adakah ia sekadar perangkap atau memang Johari serius ?

Walaubagaimanapun, terlalu banyak jika dalam kes di atas kalau nak difikirkan. Terlalu banyak prasangka. Maaf.

Tuesday, March 22, 2011

Datuk T dengan video lucahnya

Semalam, Datuk T berjaya menayangkan video lucah perdana di sebuah hotel 5 bintang lebih di KL. Tiada gangguan daripada mana2 pihak.

Saya tak tahu siapa "pelakonnya" sebab tak tengok sama. Mungkin Anwar Ibrahim. Mungkin bukan. Tetapi saya secara peribadi tidak terpengaruh sangat dengan tuduhan terhadap Anwar. Bukan saya percaya Anwar baik. Tetapi terlalu banyak tuduhan demi tuduhan sedang ia didapati mudah dipertikaikan. Mudah ditimbulkan keraguan. Cukuplah dibawa satu saja keraguan, saya tidak lagi berminat dengan dakwaan jahat terhadap seseorang.

Cuma, cuba anda bayangkan jika "pelakonnya" seiras Najib Razak. Agaknya di mana Datuk T berada hari ini ? Tak sempat tayang kot. Tak kan polis masih rileks macam semalam dan hari ini. Itulah namanya "Tegas, Adil dan Berhemah".

Monday, March 21, 2011

YB Bukit Payong beri penjelasan

Akhirnya, YB Bukit Payong memberi penjelasan isu khalwat yang dipalitkan kepadanya. Saya berpuas hati dengan penjelasannya. Walaupun pahit untuk ditelan, ia adalah kenyataan.

YB bukan mahu dedahkan keaiban sesiapa. Penjelasan itu adalah perlu supaya YB tidak terus difitnah atau disindir. Ia boleh berlaku kepada sesiapapun termasuk keluarga kita sendiri.

Cuba perhatikan sekeliling kita. Kadang2 ia mungkin juga berlaku kepada kita. Anda bertuah jika semua saudara-mara anda semuanya soleh dan solehah belaka. Tetapi kadang2 ada juga yang terdedah auratnya, yang terpalit dengan dadah, ajaran sesat, maksiat zina, mencuri dan sebagainya. Ia adalah ujian dan peringatan buat kita. Jangan suka sangat menuduh dan menyindir orang lain. Mengejek dengan ejekan yang melucukan sehingga hadirin semua tergelak besar, sedangkan ia bila2 masa boleh berlaku kepada kita.

Ada yang kata, ia tak akan berlaku kalau kita didik keluarga kita dengan islam dan iman. Tetapi kita tentu pernah dengar cerita sang abid yang tewas dengan godaan wanita lalu akhirnya membunuh wanita itu.

Sebab itu saya sangat takut hendak mengata orang lain kerana saudara-mara saya sendiri (walaupun bukan saudara dekat) ada yang tercalar rekodnya. Sudah dihantar ke sekolah agama, akhirnya jadi penagih dadah juga. Ada yang ibu bapanya orang baik2, kaki masjid atau surau, tetapi akhirnya melahirkan zuriat luar nikah. Malah ada seorang sahabat Kusza yang telah keluar Islam. Bertahun2 belajar agama, solat berjemaah bersama 5 waktu sehari semalam, akhirnya murtad. Tak sedih ke ?

Tiada siapa yang mahu jadi begitu tetapi syaitan dan iblis tidak akan berhenti menggoda dan menghasut kita. Semoga kita terus istiqamah dengan Islam. Dan jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan Allah. Istighfarlah setiap hari.

Wednesday, March 16, 2011

Kerdilnya manusia

Sekali lagi manusia diperlihatkan betapa kerdilnya manusia, betapa remehnya akal dan ilmu kita.

Tsunami di Aceh sudahpun menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah. Namun Aceh dilihat sebagai mundur. Teknologi pembinaannya tidak hebat. Tidak bersedia dengan ancaman tsunami. Hanya dipenuhi pondok2 kecil dan bangunan2 lemah. Dipenuhi umat Islam.

Kini ia berlaku lagi. Jepun sebuah negara maju. Berteknologi nuklear. Bangunannya tahan gempa, apatah lagi kilang nuklear. Tentu berkali ganda tahannya.

Jepun sebuah negara yang cepat belajar daripada sejarah. Sejarah bencana nuklear di Amerika dan Soviet pasti banyak memantapkan lagi persediaan Jepun berdepan bencana nuklear.

Jepun sudah pernah dilanda tsunami. Sudah tentu negara maju yang berpengalaman ini lebih jauh bersedia jika nak dibandingkan dengan Indonesia dan Malaysia. Setakat amaran, itu sudah tentu. Sistem amaran Jepun pasti canggih. Tembok pertahanan dibina dipantai. Rakyat dilatih secara berkala untuk berdepan bencana tsunami.

Namun ia berlaku juga. Sekelip mata juga. Puluhan ribu nyawa juga. Menonton video tsunami di tv atau internet, sekali lagi kita diperlihatkan, kerdilnya kita. Mudah saja diranapkan oleh air yang berwarna hitam. Walaupun begitu, kebanyakan manusia tidak mahu mengaitkan dengan kuasa Allah yang mengatur alam ini.

Ia dilihat sebagai kuasa alam. Seolah-olah tiada siapa yang mengawal kuasa itu kecuali ia terjadi dengan sendiri. Ia juga kerana kecuaian manusia melayani kuasa dan ilmu. Ujian nuklear, penebangan hutan, pembuangan sisa toksik. Ya, itu menyumbang. Tapi kalau tiada kuasa nuklear, tiada penebangan hutan, tiada sisa toksik, apakah tiada gempa bumi? Tiada kemarau ? Tiada banjir besar ? Tiada taufan ? Tiada gunung berapi? Tiada tsunami ?

Apapun yang berlaku di sekeliling kita, banjir besar di Australia, gempa di New Zealand, kebakaran hutan, jerebu, nahas nuklear, kita tetap sibuk melayani hawa nafsu, sehingga sanggup menipu, membunuh, berperang mempertahankan kuasa dan berebut kuasa, walhal sudah ditunjukkan kuasa kita sangat kerdil. Kuasa, wang, harta, perempuan. Dan kita tidak akan puas. Makin dikejar, makin tak puas.

Kejadian di Aceh akhirnya mewujudkan keamanan di Aceh. Apa pula hikmah daripada Jepun ?

Tuesday, March 15, 2011

ADUN Bukit Payung nafi ada petugasnya yg ditangkap khalwat

Baru hari ini, Adun Bukit Payung keuarkan kenyataan menafikan adanya pegawai atau pembantunya yang ditangkap khalwat.

Semalam, Berita Harian melaporkan, orang yang ditangkap itu adalah bapa saudara Adun itu sendiri, tetapi mengikut kata Ustaz Mohd Nor Hamzah (Adun Bkt Payung), dia tak kenal siapa orang itu.

Sebelum ini, Buletin Online ada laporkan ada pembantu khas Adun dalam parlimen Marang yang ditangkap khalwat, tetapi tak disebutkan Adun mana. Berita itu sudah dipadamkan. Sepatutnya, Buletin Online segera perbetulkan laporan itu, bukan memadamkan tanpa berita susulan atau pembetulan. Ini menimbulkan kecurigaan pembaca. Apatah lagi, Sinar Harian dan Berita Harian melaporkan cerita yang sama dengan laporan lebih spesifik, Adun Bukit Bayung.

Pihak Adun pula agak lambat menafikannya. Semua media alternatif sebaliknya hanya menyepi, mengiyakan tidak, menafikan pun tidak.

Kalau benar, Adun itu tak kenal pesalah khalwat tersebut, Alhamdulillah. Cuma diharap lain kali pembantu Adun itu dan media2 pro PAS lebih cergas dan proaktif bertindak supaya fitnah tidak tersebar luas, baru nak dibendung. Zaman blackberry dan iphone, sepatutnya tiada alasan untuk lambat bertindak menolak fitnah seperti ini, apatah lagi fitnah tersebar menerusi internet.

Monday, March 14, 2011

Pegawai khas ADUN ditangkap khalwat

Semalam, terbaca berita di Buletin Online, ada seorang pembantu khas seorang ADUN di Terengganu (Marang) ditangkap khalwat. Saya tertunggu-tunggu berita seterusnya.

Hari ini,tak ada satupun media alternatif yang siarkan laporannya. Ini termasuklah Buletin Online sendiri selain harakahdaily dan Tranungkite Online.

Rupa-rupanya, pembantu khas itu adalah orang PAS. Patutlah senyap katup. Khabarnya, dia adalah bapa saudara ADUN itu sendiri. Alahai. Kantoi.

Kalau orang UMNO, dah tentu riuh ddamat, geger dan gegak gempita seluruh media alternatif. Ini satu contoh hipokrasi dalam politik. Kedua-dua pihak serupa sahaja.

Kita mungkin sangka kalau dah berpegagng kepada Islam, etika juga mesti Islam. Lawan buat pun media lapor, kawan buat pun media lapor. Tetapi itu tak berlaku.

Hipokrit tetap berlaku. Diam-diam sudah. Tak baik aibkan orang. Tapi in bracket, kalau kena kat orang kita sahaja. Kalau kena kat puak dia, kita balun cukup-cukup. Siarkan gambar. Naikkan banner atau bunting. Kasi aib sama dia.

Apa komen PAS Terengganu ?

Friday, March 04, 2011

Nafastari

"hey, saya nak belanja anda makan nasi dagang di batu burok! bila agaknya?"

Itulah "azam" Allahyarham pada tahun 2009 yang mengajak saya mengenalinya lebih dekat.

Saya suka baca blognya walaupun saya tidak pernah mengenalinya. Tak tahu namanya. Tak pernah bercakap mahupun mendengar suaranya. Tapi saya dapat rasakan, dia seorang yang baik.

Banyak ilmu yang saya timba daripada blognya. Maklumlah, saya tidak pernah berpeluang mengenali budaya orang lain di negeri orang. Kadang2, saya kongsikan pengalaman Allahyarham dengan isteri saya, kenalan mahupun saudara mara saya. Saya rasa ia sangat menarik dan berguna.

Sayang sekali, dia dijemput Tuhan ketika usianya terlalu muda. Alangkah baiknya jika tulisannya dapat dibukukan. Saya belum pernah membaca buku yang menceritakan pengalaman dan budaya orang daripada sudut pandang kita, orang Melayu, Malaysia, Muslim.

Berapa ramai pegawai petugas Malaysia di serata dunia, tetapi tiada yang seperti Allahyarham. Mahu kongsikan pandangan dengan orang lain. Gaya penyampaiannya menarik. Kadang2, sifat positif orang ditulis untuk diteladani, sifat negatif pula untuk sempadani.

Tidak hairanlah ramai yang mengenalinya memuji-muji sifatnya. Baik, suka berkongsi pandangan, mudah didekati dan tidak tinggi diri.

Beliau meninggalkan seorang balu dan 2 anak yang tiba2 menjadi yatim. Saya bersimpati dengan keluarganya. Hanya Allah yang tahu hikmah kejadian. Semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah.

Kepada Nafastari, saya anggap kamu adalah salah seorang guru saya. Dan saya sentiasa mendoakan semua guru-guru saya agar sentiasa diampunkan dosa mereka selama mana mereka seorang Muslim.

Monday, January 24, 2011

Isu kecil yang diperbesarkan di Tenang

Antara yang jadi isu ialah muslimat PAS tak salam dengan lelaki. Salam dengan perempuan pun masih guna sarung tangan.

Antara yang jadi isu ialah pengurusan jenazah SU Umno. Siapa solatkan jenazah itu. Hal2 macam tu pun dipolitikkan.

Cuba semak balik, siapa yang dipanggil untuk majlis tahlil kematian seorang bekas Adun yang meninggal sebelum Ramadhan di Selangor tempoh hari. Polis kelaskan sebagai bunuh diri. Siapa yang bunuh diri, wallahua'lam. Polis tak mau cakap. Orangnya berpengaruh ketika hidupnya. Tahlilnya hanya dihadiri saudara terdekat. Itupun tak ramai.

Hidup bukan untuk bersuka ria. Bukan untuk mencari nama. Hidup untuk beramal, abdikan diri pada Allah. Amal pula bukan untuk menerima pujian dan sanjungan. Bukan untuk diheboh2kan.

Tapi kalau tak heboh, bukan politik namanya.

Sunday, January 23, 2011

PRK Tenang

Peluang PAS untuk menang di Tenang setipis kulit bawang. Tetapi saya lebih yakin dengan peluang PAS kali ini berbanding dengan di Galas tempoh hari. Saya percaya PAS dan Pakatan Rakyat dapat lakukan lebih baik daripada di Galas. Mungkin kerana kedudukan PAS sebagai "underdog" di Tenang sedangkan di Galas, PAS mempertahankan kerusi.

Calon lelaki atau perempuan, itu bukan ukuran lagi. PAS kini sudah bersedia. Pemikiran penyokong PAS kini lebih terbuka.

Jumlah kehadiran penyokong kedua2 parti bukan ukuran. Namun bilangan yang ramai di pihak PAS adalah satu suntikan semangat kepada penyokong PAS. Bukan mudah PAS mendapat sokongan terbuka sebegitu ramai di Johor. Di Johor, ada orang sanggup berkata, "Kita halau je dia dari kampung ni" bila penyokong PAS mula menapak di satu2 tempat.

Pada pertengahan 90an, saya pernah berbual2 dengan seorang pegawai kerajaan. Begitu bersemangat dia menceritakan kehadiran Nik Aziz ke JB menyampaikan ceramah dengan dihadiri ribuan penonton. Terperanjat MB Johor katanya. Gaya cakapnya seolah2 dia sokong PAS tetapi tak semestinya begitu. Mungkin ada sesuatu isu yang dia tak puas hati dengan kerajaan Johor ketika itu. Kini pegawai itu sudah menjawat pangkat JUSA.

Tugas berat menanti PAS dan PR di Johor. Moga keputusan di Johor akan meningkatkan kembali moral penyokong PR di seluruh negara. Allahu Akbar.

Monday, January 10, 2011

Interlok

Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211)


Menilai sebuah karya daripada sudut pandang seorang sasterawan, tentulah berbeza dengan menilainya drp sudut pandang seorang politikus. Demikian juga penilaian seorang berbangsa India drp segi kesusasteraan melayu terhadap karya tersebut.

Menyelesaikan masalah isu "Interlok" tidak semudah suntingan seperti di atas. Suntingan seperti itu mungkin boleh mengelak isu ini membisul dan berkudis jika ia dibuat sebelum buku itu dicetak dan dijadikan teks sekolah. Bila ia sudah bernanah, suntingan sebegitu tidak lagi memadai.

Saya fikir, kerajaan akan mengalah, demi kemenangan di Tenang. Banyak mana nak kena mengalah, wallahu a'lam. Cuma kerajaan terlalu lambat bertindak. Apa tindakan setakat ini ? Sudahkah dipanggil berbincang semua yang terlibat ? Pengarangnya, Sasterawannya, NGO Indianya. Dan ahli politik sepatutnya ketepi. Mereka bukan meleraikan kekusutan. Mereka hanya menambah kekusutan. Kerana mereka hanya pentingkan karier politik mereka.

Tuesday, December 21, 2010

Belajar drp sejarah

Dalam perhimpunan Agung UMNO yg lepas, ada suara mahu subjek sejarah dihidupkan semula. Lalu kerajaan pun segera meluluskannya. Siapakah yang cerdik sangat memadamkan subjek sejarah dalam sukatan pelajaran hari ini kalau bukan pemimpin UMNO sendiri. Kononnya hanya Sains dan Matematik yang penting. Subjek sastera pun dah tak penting lagi. Maka penguasaan bahasa Melayu semakin lemah dikalangan anak muda walhal orang putih masih melihat subjek sastera sebagai penting.

Pada masa lepas, sejarah terlalu menekankan aspek tarikh dan peristiwa sahaja. Juga nama2 tokoh sejarah itu. Saya tidaklah menafikan pentingnya semua itu tetapi apa yang lebih penting ialah pengajaran yang boleh diambil daripada sejarah itu. Juga sejarah tidak boleh dilihat dari kaca mata si penulis sahaja tetapi perlu juga ada kritikan supaya pelajar boleh berfikir sendiri selain mengkaji juga sumber lain selain drpd apa yang dihidangkan dalam buku teks.

Contohnya, dalam isu campur tangan Inggeris di Perak, bagaimana ianya berpunca, bahayanya bila pendatang asing terlalu ramai dibawa masuk (untuk melombong timah) hingga wujud suasana terancam oleh kongsi gelap, diburukkan lagi dengan anggota keselamatan daripada India, dan pembesar2 melayu pula ghairah berebut takhta.

Hari ini, pendatang asing pun ramai juga, pengawal keselamatan pun diimpot juga dan pembesar2 melayu pun bertelagah juga. Juga tentang bagamana mudahnya pembesar2 melayu tertipu dengan perjanjian dengan Inggeris kerana mahukan kuasa dan kekayaan hasil negeri. Bila dah tahu kena tipu, barulah nak menentang penjajah kononnya.

Bila baca sejarah hari ini tentang pemberontakan Dato Bahaman di Pahang, seolah2 Dato Bahaman lah punca kekacauan di Pahang, mengutip cukai secara haram. Sepuluh orang polis Melayu dan 25 orang polis Sikhs dikerah untuk memerangi kumpulan Dato Bahaman. Siapa yang jahat ? Kumpulan Dato Bahaman kah atau 10 orang polis melayu yang mencari rezeki secara makan gaji itu ? Bagaimana kalau orang Dato Bahaman itu adalah datuk moyang kita ? Atau 10 orang melayu itu yang datuk moyang kita ? Kepada siapa kita nak marah ? Shamsiah Fakeh kah atau askar melayu yang makan gaji ? Mereka semua adalah mangsa tipu helah Inggeris dan pembesar2 melayu yang sebenarnya hanya mementingkan kekayaan keluarga dan nafsu serakah sendiri. (Bukan semua pembesar melayu begitu)

Sejarah bukan hanya untuk dibaca tetapi difahami, dibuat perbandingan, dikritik dan diambil iktibar.

Thursday, December 02, 2010

Dari blog AdukaTaruna

Ianya membuatkan gua berfikir dan terus berfikir. Sektor bawahan seperti Pengawal Keselamatan, car wash, dobi, orang kampung, buruh lebih ramai. Jika kita belajar dari sunnah alam yang Allah create ni, nyamuk lebih ramai dari katak, katak lebih ramai dari ular. Kelompok bodoh lebih ramai dari kelompok sederhana, kelompok sederhana lebih ramai dari cerdik.

Jadi, apakah sebab itu, Allah tidak sunnahkan hak memilih pemimpin diberikan secara terbuka? Di mana kelompok manusia bodoh adalah teramai sekali dalam sistem Allah ini?


Menarik untuk direnung2kan.

Masalahnya, yang cerdik pandai bila diberi kelebihan untuk memilih pemimpin mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Manakala jika hak memilih pemimpin diberi kepada semua orang, yang cerdik pandai tetap mengambil peluang memperbodohkan, menipu, memperalatkan orang ramai untuk kepentingan sendiri.

Apa yang penting ialah ilmu, iman dan taqwa. Lebih malang jika yang berilmu, beriman dan bertaqwa berantakan kerana berebut kuasa.

Tuesday, November 30, 2010

Kuasa raja selepas Pindaan Perlembagaan 1983



Daripada laporan di atas, ada beberapa kesimpulan yang boleh dibuat.
1. Kuasa raja dalam perkara di atas telah dihapuskan oleh penggubal undang2 (parlimen) pada tahun 1983.
2. Kuasa raja itu hanya boleh dikembalikan dengan sokokongan 2/3 ahli parlimen.
3. Wujud kemungkinan pindaan semula tidak dapat diluluskan kerana sokongan ahli parlimen bukan melayu tidak dijamin akan diperolehi dengan mudah. Ini bermakna ahli2 parlimen bukan melayu kini lebih berkuasa daripada ahli parlimen melayu bahkan daripada raja-raja melayu itu sendiri.

Kesimpulan2 lain boleh difikirkan sendiri.

Persoalannya :
1. Siapakah barua yang menerajui pindaan perlembagaan 1983 itu ?
2. Siapakah barua yang selama ini mengatur dengan bodoh agihan kerusi2 parlimen dan persempadanan pilihanraya sehingga kuasa melayu dan kuasa raja2 melayu terhakis ?
3. Tidakkah pindaan perlembagaan dan persempadanan pilihanraya hanya boleh diluluskan oleh parlimen jika mendapat sokongan 2/3 majoriti di parlimen ?
4. Siapakah selama ini yang menguasai 2/3 majoriti parlimen ?

Jawapan saya ialah UMNO dan UMNO lah yang menjadi Pak Kaduk selama ini, bongkak dengan kuasa, mengatur segala percaturan kuasa hingga menggadai kuasa melayu, menggadai tanah melayu, menggadai khazanah negara termasuk air (seperti perjanjian bodoh dengan Singapura), menggadai khazanah hutan balak dan berbagai2 kebodohan lagi.

UMNO menang sorak tapi kampung tergadai. Lepas itu menyanyi lagu anak kecil bermain api, "Bumi dipijak milik orang". BODOH PUNYA UMNO.

Sekarang UMNO merayu supaya kuasa mereka dikekalkan, supaya mereka dapat meneruskan kerja bodoh mereka.

Friday, October 29, 2010

Misteri gadis misteri

Gadis misteri (Siti Balkis) dari Besut, kota tempat para jin berkumpul menggemparkan penggemar cerita2 misteri. Sekejap ada, sekejap tak ada. Akhirnya polis jumpa dia di Negeri Sembilan. Apakah ia petanda Negeri Sembilan akan menjadi juara Piala Malaysia sekali lagi tahun ini ?

Berminggu2 berita tersiar. Hairan sungguh. Macam mana dia boleh hilang ketika dikawal ketat oleh ahli keluarga. Ada batu2 permata dalam kain kuninglah dan macam2 kejadian aneh berlaku. Ayah Pin hilang tak pula dianggap misteri. Mungkin sebab Ayah Pin dah kabor awal2 dia naik ke langit. Nampak macam Siti Balkis lebih hebat drp Ayah Pin pula.

Bayak sangat percaya dengan benda2 khurafat kot. Satu keluarga kena jalani program pemulihan akidah ni. Minat sangat nak berkawan dengan jin dan makhluk ghaib. 1Malaysia kena tipu.

Aku bukan tak percaya dengan makhluk ghaib seperti jin ni. Dah dalam Quran pun ada sebut. Sihir pun memang wujud. Tapi semua benda ni lebih banyak menjadikan kita sesat dan syirik kepada Allah. Sebab tu Allah haramkan sihir dan tiada keampunan untuk orang yang syirik.

Kita tunggu Siti Balkis ghaib semula lepas ni dan kita tengok apa reaksi orang ramai selepas ini.

Sunday, October 24, 2010

PAS ganti UMNO

KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Pendukung parti di negeri ini hendaklah merealisasikan agenda PAS menggantikan Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan atas pagar.


Jangan berfungsi sama macam UMNO sudahlah. UMNO berperanan mengutamakan dan mengenyangkan kroni, sombong dan angkuh, tidak mempedulikan akhlak Islam, tidak peka dengan syariat Islam, mengutamakan duniawi sahaja, mengkhianati amanah rakyat marhaen, menggadaikan tanah rezab Melayu dan banyak lagi.

Thursday, October 07, 2010

3 sifat

Calon Timbalan PKR, Mustaffa Kamil Ayub mendakwa beliau berkongsi tiga persamaan dengan Muhyididin Yassin (TPM), iaitu
1. saling menekuni aspek kepemudaan,
2. hampir dengan nilai keagamaan dan
3. memberi “dokongan baik” kepada Anwar.

Saya pernah hadir ke satu kursus. Moderator kursus meminta setiap hadirin supaya memilih tiga haiwan yang boleh menggambarkan sifat dan watak yang hampir dengan diri kita.

Saya dah lupa apa haiwan pilihan saya. Yang pentingnya ialah watak dan sifat di situ, bukan haiwan itu.

Di akhir kursus, moderator memberitahu kenapa dia suruh kita membuat 3 pilihan itu.

Katanya, pilihan pertama sebenarnya adalah sifat yang kita mahu orang melihat kita. Dalam contoh di atas misalnya, Mustaffa mahu dirinya dilihat sebagai seorang yang tekun kepada aspek kepemudaan.

Sifat kedua, sebenarnya adalah sifat yang dilihat orang pada diri kita. Bermakna, Kebanyakan orang melihat Mustaffa sebagai seorang yang hampir dengan nilai keagamaan. Saya sendiri pun melihat begitu. (saya pernah menyertai usrah anjuran PKPIM ketika Mustaffa menjadi pemimpinnya).

Sifat ketiga sebenarnya bermaksud itulah sifat kita yang sebenarnya.

Betul atau tidak, Wallahua'lam.

Tuesday, October 05, 2010

Bangunan Persatuan Anak2 Terengganu dirasmikan

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan bangunan baru Persatuan Anak-Anak Terengganu (Pesat) di The Strand, Kota Damansara, di sini, semalam.

Bangunan empat setengah tingkat itu adalah hasil keprihatinan kerajaan negeri yang meluluskan pembiayaan penuh pembeliannya sebanyak RM4 juta, sekali gus menjadi pusat aktiviti bagi anak Terengganu di Kuala Lumpur dan Selangor.

Lokasinya ialah dekat dengan Giant Hypermarket, Kota Damansara. Koordinatnya lebih kurang 3° 09' 17 N dan 101° 35' 34 E.

Aku rasa aku tak pernah sampai lagi kat sana. Area Kota Damansara ni, aku kurang mesra kawasan.

Di laman web PESAT, jumpa pulak SOKMO The Cafe yang lokasinya ialah di Setia wangsa, dekat Giant Supermarket di Setiawangsa. Koordinatnya lebih kurang 3° 10' 45 N dan 101° 44' 37 E. Nak kena try sekali tu.

Koordinat2 di atas adalah mengikut Google Earth.

Wednesday, September 29, 2010

Penapisan media

Pengasas bersama ensiklopedia online - Wikipedia yang dalam lawatan ke Malaysia berkata negara ini mesti menyingkirkan penapisan yang membantutkan pertumbuhan ekonomi, lapor AFP.

Penapisan media tetap diperlukan di negara ini. Ia untuk menjamin keharmonian kaum, agama serta menjaga akhlak. Kita tentu tidak mahu melihat ada agama dihina, ada kaum tertentu diejek dan kita juga tidak mahu melihat akhlak masyarakat Malaysia runtuh kerana kebebasan media. Begitu juga rahsia kerajaan yang berkait dengan isu keselamatan negara.

Dalam Islam, mencegah kemungkaran itu wajib disamping mangajak kepada kebaikan. Kedua-duanya serangkai dan perlu sentiasa secara bersama. Kita tidak perlu ikut telunjuk barat dalam hal menjaga kepentingan negara dan rakyat kita.

Bagaimanapun, ada juga bentuk penapisan hanya untuk menegakkan benang yang basah. Pendapat yang betul dan bernas kadang2 dipadamkan hanya kerana ia bukan daripada idea parti pemerintah atau pro parti pemerintah. Kalau kita baca akhbar tempatan misalnya, kita boleh muak dan nak termuntah membaca pandangan yang hanya berpihak kepada sebelah pihak sahaja. Tak ada pro dan kontra langsung. Tiada perdebatan yang sihat di situ. Seolah2 itulah budaya masyarakat yang kita mahukan. Demokrasi terpimpin. Angguk2, ikut telunjuk.

Penapisan yang keterlaluan sebeginilah yang kita tidak mahu.

Wednesday, September 22, 2010

Banci 2010

Rumah saya di Ampang langsung tak dikunjungi pembanci. Rumah saya sentiasa ada orang di dalamnya. Beberapa orang penduduk setempat juga mengaku tidak dikunjungi pembanci.

Di Terengganu, ada pembanci dilaporkan mengisi sendiri borang bancian dengan nama yang bukan2. Khabarnya, bancian 2010 menunjukkan jumlah penduduk di Terengganu sudah berkurangan berbanding 10 tahun lepas. Jangkaan jabatan perangkaan adalah sebaliknya.

Budak2 pembanci hari ini ramai yang tak boleh diharap. Kerajaan nampaknya perlu menukar kaedah bancian sedia ada kepada kaedah baru yang lebih sesuai. Angka bancian yang salah akan memberi implikasi yang salah kepada rakyat. Apa maknanya kerajaan berbelanja berjuta ringgit untuk kerja banci sedang maklumatnya salah ?

Dalam kes di Terengganu misalnya, peruntukan kerajaan pusat untuk negeri itu akan dikurangkan kerana bilangan penduduk sudah semakin berkurangan walhal kalau keadaan sebenar adalah sebaliknya, tentu ini tidak adil untuk rakyat negeri Terengganu.

Ada juga laporan mengatakan borang bancian menunjukkan maklumat terisi tidak tepat. Ada pembanci yang memandai2 mengisi sendiri borang bancian sehingga tuan rumah pun tak kenal nama seperti yang tertulis dalam borang yang sudah terisi.

Kalau masa sekolah lagi dah suka ponteng, menipu guru, menipu ibu bapa dan sebagainya, maka bila sudah bekerja, janganlah diharap sangat mereka akan amanah melaksanakan tanggung jawab. Dan rezeki yang diperolehi dengan cara yang menipu itu pula disuapkan untuk anak2. Semakin rosaklah generasi kia akan datang.

Kembalilah kepada Islam.

Monday, August 23, 2010

Zakat melalui SMS

Tak berkenan saya dengan zakat melalui SMS ni. Susah sangatkah nak bayar zakat melalui amil sedia ada ? Tak pernah pergi masjid kot.

Sejurus sebelum dan selepas setiap solat fardhu, selalunya amil sudah tercokoh menunggu bayaran zakat daripada orang ramai. Ada banyak masa tu... Kot ye pun, jejak lah kaki tu ke masjid atau surau. Alergik benar ke dengan masjid dan surau.

Ada juga yang nak ambil waktu afdhal, berbaris nak bayar zakat di pagi ramadhan. Mana sempat lagi? Kalau seorang ambil masa 3 minit, 10 orang dah 30 minit. Amil pun nak solat sunat aidil fitri juga. Masalahnya yang berbaris tak putus2 datang. Masing2 tak pula bawa duit cukup2. Akhirnya amil belah dan selebihnya tak sempat bayar zakat.

Sebenarnya, saya pun belum bayar zakat lagi untuk tahun ni. eheee..

Friday, August 20, 2010

Panduan memilih teman

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya perumpamaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api.
Adapun rakan baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu sama ada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli daripadanya ataupun kamu dapat bauan wanginya juga. Rakan buruk seperti tukang besi penyala api pula, sama ada akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak."
(Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, wajiblah seseorang itu mencari rakan yang baik termasuk teman lelaki.
Antara tanda lelaki itu baik adalah dia tidak membicarakan soal seks atau perkara yang menaikkan syahwat, tidak kira sama ada dalam perbualan ketika berjumpa, melalui telefon atau SMS.

Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali jika mereka juga bertaubat.

Thursday, August 19, 2010

Katakan TAK NAK kepada zina

Melihat kepada banyaknya kes buang bayi di seluruh negara, ia jelas memperlihatkan bahawa kita tidak menghayati ayat Allah, "Janganlah kamu menghampiri zina".

Saya percaya, berleluasanya video lucah yang tersebar dengan mudah melalui internet dan mms, kini video lucah berada dalam poket kebanyakan anak muda kita.

Perbuatan2 yang paling mendorong kepada zina (mendekati zina):-
1. Bersunyi2an dengan pasangan.
Selalunya, bila pasangan itu memilih untuk bersunyi2an, mereka sudah berniat untuk menghampiri zina.
2. Bersentuhan.
Jangan sesekali membuka ruang untuk bersentuhan walaupun dengan berlapik. Bila sudah terbiasa bersentuhan, ia akan melarat kepada perbuatan meraba.
3. Dedah aurat.
Ada yang rela mendedahkan auratnya kepada pasangan dengan alasan sudah bertunang, dah dekat nak kawhin dan berbagai alasan lain.
4. Menonton gambar/video lucah.

Kepada ibu bapa, rajin2lah tarbiyah anak2 anda. Berikanlah peringatan/tazkirah kepada tanggungan anda.

"Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." AzZariyat:55

"9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran AlQuran), kerana sesungguhnya peringatan itu akan mendatangkan manfaat;
10. kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
11. dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya," Al A'la:9-11

Susah benarkah nak elak 4 perkara di atas ?

Kerajaan pernah berbelanja besar untuk kempen anti rokok. Kenapa kerajaan tidak peruntukkan pula untuk kempen anti zina ?

KATAKAN TAK NAK KEPADA ZINA !!!

Wednesday, August 04, 2010

Kematian bekas Adun Permatang

Polis kata, jangan buat spekulasi. Menurut polis, kedua-duanya mati dalam keadaan mangsa kemungkinan menembak pasangan sebelum menembak dirinya sendiri.

Apa makna spekulasi ? Laporan polis di atas tu bukan spekulasi ke ? Atau wartawan yang cuba buat spekulasi ? Atau spekulasi ialah kemungkinan wujud pihak ke tiga yang membunuh kedua2 mangsa ?

Moga kita, saudara2 kita dan anak keturunan kita semua dimatikan Allah dalam "husnul khatimah", mati dalam Islam atau sebaik2nya syahid di jalan Allah.

Monday, July 26, 2010

Harussani dan politik perpaduan

Selepas membaca penjelasan Hasan Ali berkenaan isu yang ditimbulkan oleh mufti Perak, saya berpendapat apa yang berlaku hanyalah salah faham. Ibarat Hassan Ali angkat tangan nak garu kepala, Harussani sangka Hasan Ali angkat tangan kepada nya. Dia lambai balik kepada Hasan Ali. Lepas tu, dia cerita kepada orang lain, Hasan Ali lambai tangan kepada nya.

Saya tak setuju perkara ini dipanjangkan lagi hingga ke tahap saman menyaman. Walaupun kesan nya agak meresahkan PAS, tapi saya fikir ia sudah reda. Kalau diteruskan untuk diperbesarkan, keputusan di tangan kita sendiri.

Bagi saya, PAS tidak sesuai bekerja sama (dari segi politik) dengan UMNO. Biarlah PAS di sebelah pihak dan UMNO di sebelah pihak yang lain. Itu lebih baik. Ia satu alternatif kepada orang Melayu. UMNO bukan bagus mana pun. Sejarah telah menulis berbagai kecuaian dan kerugian yang ditanggung oleh orang Melayu kerana politik UMNO. PAS pula bukan maksum. Bukan semua pemimpin PAS itu cekap bekerja dan berpandangan jauh. Sebagai sebuah negara demokrasi, biarlah orang Melayu mempunyai pilihan. Saya percaya orang Melayu akan semakin matang berpolitik jika ada pihak yang melihat sesuatu isu dari sudut yang berbeza.

Pada tahun 70an, ketika PAS berada dalam BN, kita dapat lihat bagaimana kedua2 parti sentiasa curiga mencurigai. Misalnya, UMNO tak suka PAS tubuh cawangan di kawasan yang sudah ada cawangan UMNO. Sedangkan PAS menganggap mereka bukan sekadar berpolitik tetapi berdakwah. Hari ini, kita dapat lihat banyak kawasan yang sudah ada cawangan UMNO, masih dibuat cawangan baru sebab orang UMNO berebut jawatan. Mana mungkin PAS tak boleh kembangkan sayap di kawasan baru hanya kerana ada UMNO ?

Contoh lain, ketika dalam BN, PAS dikatakan mengambil kesempatan meluaskan pengaruh melalui jentera kerajaan. UMNO tak pernah ambil kesempatan kah ? Bukankah hari ini, jentera kerajaan itu sudah jadi jentera UMNO ?

UMNO juga terlalu dominan dalam BN. Ketika dalam BN, pemilihan MB PAS Kelantan pun kena ikut telunjuk UMNO. Sebelum menyertai BN, PAS ada MB sendiri. Bebas buat pilihan sendiri. Tapi bila masuk BN, kena jadi pak turut UMNO pula. Kerja sama apa macam tu. Kalau anda baca semula ucapan Tun Hussein Onn dan ucapan Dato' Asri selepas PAS dipecat drp BN, anda pasti akan dapat gambaran pandangan dari kedua-dua pihak.

Kesimpulannya, perkahwinan yang tak sampai 10 tahun (lebih kurang 5 tahun sahaja) itu tidak bahagia. Masing2 memendam rasa curiga. PAS kata UMNO ambil kesempatan memecah belahkan PAS. UMNO kata PAS degil, tak mahu dengar cakap dan suka buat keputusan sendiri. PAS kata UMNO cuba mengongkong PAS, UMNO cuba jadi juara membela nasib orang Melayu melalui tipu helah (isu balak misalnya). UMNO kata PAS tidak menghormati prinsip kerja sama dalam BN. Dan macam-macam lagi.

Kedua2 pihak masih boleh kerja sama kalau masing2 menhormati undang2 sedia ada. Konsep federalisme, hak rakyat untuk membuat pilihan, laporan media yang bebas dan adil, pihak berkuasa yang tidak dikawal oleh kuasa politik kepartian perlu dihormati. Kalau orang Cina boleh bekerja sama untuk pelajaran kaum mereka, untuk kebudayaan kaum dan untuk ekonomi bangsa mereka, walaupun berbeza parti politik, kenapa Melayu tak reti nak bekerja sama ? Sampaikan hak kerajaan negeri pun tidak lagi dihormati walhal negeri itu dikuasai oleh orang Melayu.

Dulu ketika Gerakan menguasai P.Pinang, kerajaan yang dipimpin oleh orang Cina mendapat layanan lebih istimewa daripada kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Melayu Islam. Sang mufti tak bising pula masa itu.

Saturday, July 17, 2010

Rakyat sambut baik kenaikan harga minyak dan gula.

Rata-rata rakyat Malaysia menyambut baik langkah kerajaan BN menaikkan harga petrol dan gula. Kenaikan itu walaupun sedikit memberi impak yang besar untuk memulihkan ekonomi kerajaan (rakyat).

Kenaikan harga itu dijangka akan menyelesaikan beberapa masalah yang selalu menghantui rakyat. Antaranya :
1. Kekurangan gula dalam pasaran dijangka pulih.
2. Taraf kesihatan rakyat akan bertambah baik.
3. Kesesakan jalan raya dijangka berkurangan.
4. Rakyat akan lebih berjimat cermat dan mengawal sikap boros rakyat selama ini.
5. Kos sara hidup yang meningkat akan mendidik rakyat menjadi lebih bijak berbelanja seperti bijaknya kerajaan menguruskan negara.
6. Subsidi yang selama ini tersasar daripada golongan sasaran dijangka akan kembali kepada pihak yang sepatutnya menerima.
7. Orang miskin akan bertambah kaya dan orang kaya tidak teruk terjejas.
8. Melemahkan aktiviti penyeludupan gula, petrol dan diesel.

Serentak dengan itu, orang Melayu diseru supaya bersatu di bawah payung UMNO atau PERKASA supaya subsidi untuk orang Melayu dapat disampaikan secara cekap dan telus selaras dengan perkara 153 perlembagaan negara.

Sekian. Terima kasih.

Pecah kaca pecah gelas. Lepas baca jangan frust.

Wednesday, June 30, 2010

16.5 Juta Saman Bernilai RM2.7 Bilion Gagal Dikutip

KUALA LUMPUR: Kira-kira RM2.7 bilion daripada 16,529,848 saman tertunggak lalu lintas gagal dikutip kerajaan antara tahun 2000 dan 2008, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Daripada jumlah itu, majoriti adalah saman polis sebanyak 15,220,358 manakala yang lain melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 470,983 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak 838,507 saman.


Setahu saya, kebanyakan saman yang gagal dibayar adalah saman kenderaan milik syarikat. Polis hanya memburu pemilik kenderaan persendirian tetapi tidak/kurang mempedulikan kenderaan syarikat. Pernah pihak polis cari pemilik kenderaan hingga ke rumah tetapi saman kenderaan syarikat beratus ribu, tiada kedengaran tindakan diambil. Ada syarikat yang sudah ditutup, sudah bertukar nama dan sebagainya.

Saya pernah semak suatu ketika dahulu, saman syarikat USPD (Usahasama Proton-DRB Sdn Bhd) yg kini dikenali sebagai Proton Edar (?). Ada berpuluh saman. Ketikat itu syarikat itu sudahpun bertukar nama. Itu belum lagi syarikat seperti PLUS, Syarikat2 bas dan lain2 syarikat pengangkutan. Syarikat tempat saya kerja sendiri ketika itu juga ada lebih kurang 8 saman. Saya tak fikir syarikat2 ini bayar saman. Sebab polis pun tak peduli kecuali jika berlaku kemalangan maut, baru polis semak semula rekod saman.

Minggu lepas, nasib baik saya terlepas drp kena saman selepas polis yang menahan saya (kerana kesalahan langgar lampu isyarat) kesian dengan saya. Saya tak perasan sungguh. Alhamdulillah. Terima kasih polis. :)

Monday, June 28, 2010

Komen yang kurang cerdik

Bekas Exco kerajaan negeri, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik menyifatkan tindakan Umno/BN Terengganu sedemikian (rombakan kecil barisan exco) adalah disebabkan ‘tidak sedap duduk’ oleh kerana ‘kepanasan’.

“Maknanya Terengganu ni, sebenarnya Umno ni dia ‘kepanasan’, jadi kalau dia panas dia (Umno) tak sedap nak duduk.."


Orang politik mana boleh duduk diam2. Dia kena bercakap sokmo. Tapi nak bercakap, biarlah berfikir panjang. Nak kritik, biarlah nampak berisi, bernas dan wajar.

Kritikan di atas langsung tak menunjukkan isi yang bernas. Habis, hari tu kerajaan PR Kedah buat rombakan kecil exco, sebab yg sama juga kah ? Kelantan lantik timbalan exco sebab kepanasan juga kah ? PKR Selangor tukar ketua sebab tak senang duduk jugak kah ?

Dia bukan bodoh tapi kadang2 manusia suka buat2 bodoh. Pemimpin bukan tak tahu bila masa perlu buat rombakan exco, ubah pendekatan, tukar strategi dan macam2 perlu berubah. Jadi tak perlulah buat komen bodoh yang tak perlu. Jangan perbodohkan pengikut2 sendiri sebab penyokong2 sendiri pun boleh meluat bila dengar pemimpin cakap tak ada isi.

Tuesday, June 22, 2010

UPSR dan PMR : Berorientasikan peperiksaan

Cadangan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR bukanlah idea baru. Kalau tak silap saya, ia sudah diwarwarkan sejak hampir 10 tahun dulu lagi. Cuma kerajaan belum mampu laksanakannya. Para ibu bapa juga belum bersedia kerana tiada perincian dibuat untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul jika kedua2 peperiksaan itu dihapuskan.

Saya rimas melihat anak2 pada hari ini yang siang malam asyik ke kelas untuk mengejar sasaran semua A. Pagi, petang dan malam asyik ke kelas. Darjah satu dah pergi kelas tuisyen. Ada yang hantar anak ke kelas tambahan seawal usia tadika. Ibu bapa merungut masalah perbelanjaan yang tinggi, tetapi tiada pilihan jika mahu anak2 mampu bersaing.

Anak2 diberi dorongan, kalau dapat semua A, nanti dapat masuk asrama. Walhal pada tahun 2009, daripada 23,000 permohonan ke MRSM, hanya 5,320 orang sahaja yang diterima masuk. Maknanya, puluhan ribu yang dapat semua A tak dapat masuk asrama. Yang diterima masuk pula, ada yang menggunakan kabel politik. Kuota menteri, kuota pengerusi dan sebagainya.

Pernah jadi, kes dimana seorang yang berpengaruh melobi supaya anaknya diterima masuk ke MRSM. Surat sokongan menteri dikeluarkan. Selepas disemak, rupanya pelajar itu langsung tak buat permohonan. Maklumat pelajar tiada dalam komputer, macam mana nak dinilai ? Senang kan ? Beribu2 ibu bapa lain terkejar2 ke sana ke mari mengisi borang, dapat tanda tangan pegawai atau wakil rakyat, tapi sang egoist hanya menelefon atau belanja makan orang tertentu di restoran berhawa dingin 5 bintang untuk melobi.

Saya menyokong pemasuhan ini. Kata ketua pengarah pelajaran, "Kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang dinilai melalui UPSR sebelum ini akan diteruskan dengan penilaian akhir tahun sekolah sahaja."

Anak2 belajar siang malam sampai tak sempat nak berdamping dengan masjid, masa bermesra dengan keluarga sangat terhad, cuti sekolah pun sibuk tuisyen. Ibu bapa tak sempat nak berbual2 pasal hal2 akhlak dan pergaulan anak2. Tiada sesi tazkirah untuk anak2. Perbualan hanya pasal pelajaran sekolah. Apa nak jadi dengan generasi akan datang ?

Yang dapat keputusan cemerlang, bila dah kerja bukan cemerlang pun. Ada yang tak reti buat kerja, lembap, malas, banyak bermain, tak kreatif, suka melawan, ego tak mahu dengar nasihat dan ada juga yang terlalu ikut dengan arahan macam robot yang diprogramkan. Tak ada arahan, kerja pun tak jalan.

Tuesday, June 08, 2010

Belum muktamad

1. Lesen judi - Belum muktamad (selepas sebulan akhbar siar laporan sudah lulus).
2. Model baru ekonomi - Belum muktamad (selepas 3 bulan dilancarkan).
3. Penamatan pemberian subsidi - belum muktamad (seminggu selepas menteri di JPM bercakap).
4. Pembangunan Kg Baru - Belum muktamad (Kuota bahagian 40-60 untuk bumi dan non-bumi untuk projek pembangunan Kampung Baru).

Lain-lain
- Pengharaman penjualan rokok kotak 14 batang. (tempoh dilanjutkan beberapa hari sebelum tarikh kuat kuasa).
- Masihkah anda ingat, penguatkuasaan pemasangan tali pinggang keledar belakang ? Ditarik balik selepas beberapa saman sudah dikeluarkan ?
- Royalti petroleum Terengganu ? Ketika PRK KT, janji untuk beri semula royalti. Sekarang dikatakan Terengganu tidak layak royalti.

Bolehkah kerajaan BN dipercayai ? Kerjasama strategik Proton-VW tidak diteruskan. Sebab bila kerajaan BN campur tangan, bila Umno campur tangan, bila PERKASA campur tangan, keputusan akan jadi kluk-klek.

Bukan salah kalau kerajaan kaji semula keputusan. Kesan jangka panjang dan keluhan rakyat perlu diambil kira. Tapi kalau dah kerap sangat keputusan ditukar kepada tidak muktamad, jadi hilang kredibiliti kerajaan. PM dan kabinet jadi bahan jenaka. Jangan cuba jadi raja lawak, nanti ada yang kena baling gelas. :)

Adat dan budaya melayu



Melayu memang kaya dengan adat dan budaya. Ada yang boleh dipermodenkan sebagai tarikan pelancong dan ada yang terpaksa dikuburkan terus kerana tuntutan syariat.

Suatu ketika ada pihak mahu supaya tarian kuda kepang dihidupkan semula. Saya percaya, mereka tentulah daripada keturunan penggiat asal tarian tersebut. Untuk rekod, tarian ini sudah difatwakan haram oleh mufti Johor kerana unsur2 pemujaan hingga peserta jatuh pengsan akibat dirasuk.

Pada masa lain, ada juga yang berusaha menghidupkan semula pesta main pantai di Terengganu. Ada yang mahu pesta mandi safar di Tanjung Kling, Melaka di hidupkan semula. Sesetangah adat dan budaya masih diamalkan terutama oleh pihak istana yang sangat kuat mahu mempertahankan adat nenek moyang. Lenggang perut, mandi buang sial, menepung tawar dan macam-macam lagi. Ia boleh didokumentarikan dan dijual kepada Discovery Channel dan sebagainya.

Banyak lagi adat budaya melayu yang sudah luput. Makyong belum luput lagi tapi orang melayu dalam dilema dalam menilai persembahan kebudayaan ini. Pelancongan memang memberi hasil pulangan yang lumayan, seperti juga lumayannya hasil judi.

Ia adalah sebahagian drp dilema orang melayu. Orang Cina masih boleh teruskan budaya tarian naga dan tarian singa atas nama budaya dan pemimpin2 kita termasuk yg digelar tok guru turut tampil memberi sokongan walaupun saya melihat ia sebagai mempunyai unsur2 syirik walaupun tiada kaitan dengan agama anutan mereka.

Bila kita memilih Islam, budaya kita mestilah juga islamik. Suka atau tidak, untung atau rugi (dr segi duniawi), amalan nenek moyang atau apa juga alasan, kalau sudah nyata haramnya, sepatutnya kita tidak lagi mencari alasan, ruang atau jalan untuk menghalalkannya semula. Sifat teragak2 kita, ragu2, was2 semuanya adalah bisikan iblis dan syaitan yang tak akan berhenti dan tak akan berputus asa dengannya.

Orang ramai terutamanya ustaz2 sewajarnya menghindarkan terus daripada terlibat dengannya. (Ada ustaz tolong tepung tawar dalam majlis perkahwinan dan majlis perasmian projek). Susahnya untuk berkata TAK NAK !

Friday, June 04, 2010

PM Malaysia tidur lewat



Berita gempar !!! Kesian PM kita. Ketika sedang buat lawatan rasmi ke luar negara pun, terpaksa tidur lewat malam.

:)