Wednesday, June 29, 2005

Menyucikan UMNO

Berita Harian 29-06-2005

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengesahkan bahawa Tan Sri Mohd Isa Samad saja di kalangan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang disiasat Lembaga Disiplin Umno setakat ini.

--------------------

Dengan ini, beranikah kita membuat kesimpulan bahawa tiada lagi pemimpin (yang terpilih dalam AGM Umno tempoh hari) yang rasuah dalam UMNO ? Tentu tiada orang yang berani memberi jaminan sedemikian. Ini jelas membuktikan bahawa pemakan rasuah masih berkuasa dalam Umno.

Jika dicongak, berapa peratus pula daripada perwakilan yang diberi kepercayaan untuk memilih pemimpin tempoh hari yang menerima rasuah ? Apa muslihat Umno disebalik tidak menyerahkan kepada BPR untuk melakukan siasatan ? Tidak percaya kepada BPR atau bimbang lebih ramai menteri, exco dan pemimpin kanan dalam Umno yang akan terbongkar dengan amalan rasuah yang seterusnya memungkinkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan hari ini ?

Jika dalam pemilihan Umno, mereka menggunakan wang dan salah guna kuasa, bagaimana pula dengan pilihanraya umum ? Tidak mungkinkah perkara sebegini turut berlaku ?

Fikirkanlah. Bertindaklah. Jangan terlalu takut untuk melakukan perubahan.