Tuesday, April 30, 2013

Kekitaan Terengganu Kita

Kalau dilihat semula lembaran sejarah PAS di Terengganu, kerajaan PAS yang pertama yang pernah terbentuk di Terengganu telah runtuh akibat sifat faham politik sempit penggiat politik dalam PAS itu sendiri. Ia menjadi lebih buruk apabila pihak yang lagi satu pula merajuk dan mengambil langkah khianat, berpaling tadah.

Hakikatnya, ketika itu, PAS Terengganu tiada tokoh yang benar2 berkarisma dan berwibawa untuk diketengahkan. Burhanuddin Helmi telah memilih bukan tokoh tempatan tetapi berkemampuan merancang dan mengatur strategi. Ternyata tokoh tersebut telah berjaya. Malangnya ia diketepikan oleh sifat taksub kenegerian Terengganu. Dia dibantah daripada dilantik menjadi MB Terengganu.

Lalu bermulalah duri dalam daging mencemar kerajaan negeri dan peluang tersebut direbut oleh lawan untuk dengan mudah menjatuhkan kerajaan PAS.

Sifat kenegerian ini nyata masih menebal di Terengganu hingga kini. Mohamed Sabu pernah gagal menang di kerusi parlimen KT, Nasaruddin Mat Isa pernah tewas di Besut. Namun rekod menunjukkan Datuk Onn pernah menang di Terengganu, begitu juga Khatijah Sidek (kedua2nya bukan anak watan Terengganu).

PAS Terengganu juga dilihat kurang bertolak ansur berbanding PAS Kelantan. Memang PAS Terengganu kuat berbanding PKR tetapi masalahnya, PAS tak pernah menang di Terengganu. Dengan sokongan PKR yang lemah itulah, PAS mampu menang di Terengganu. Jadi salahkah kalau PAS Terengganu lebih bertolak ansur supaya PKR tidak melihat PAS Terengganu terlalu sombong dan tampak lebih tawaduk.

Pemimin PAS nampaknya lebih mahu ikut cakap orang bawah berbanding menasihati orang bawah supaya bekerja untuk kemenangan. Memanglah mereka yang buat kerja, dan sebelah sana pula lemah tetapi saya kira ini benar2 menguji sifat antara tamak dan tolak ansur.

Saya tidak menaruh harapan tinggi dengan PAS Terengganu kerana sikap mereka masih begitu. Malah PKR Terengganu pun nampak seperti ada sifat yang serupa. Tak mustahil UMNO Terengganu juga begitu kerana tak silap saya, Hishamuddin Hussein pun ada masalah ketika menjadi Ketua perhubungan UMNO Terengganu sebelum diserah kepada Ahmad Said.

Begitulah perangai orang Terengganu. Terengganu Kita. Kaya dengan sifat kekitaan.

Friday, April 19, 2013

Calon Pakatan juga yang jadi bualan

Di masjid Bukit Aman, beberapa orang anggota polis sedang berbual2. Topik pilihan raya tentunya. Di mana mengundi, siapa calon. Tapi calon BN dia tak kenalpun. Tak tahu nama pun. Calon PR juga yang jadi sebutan.

Semalam, seorang anggota polis berbual dengan saya di masjid yang sama. Katanya, dia kena turun bertugas di Kelantan. Tiba2 dia tanya saya, "Encik undi parti apa ?"

Serba salah saya nak jawab. Saya tak nak bohong. Lebih2 lagi di masjid. Saya jawab undi PR.

Tiba2 dia kata, dia pun nak undi PR juga walaupun melalui undi pos. Kalau ditakdirkan dia kena tukarpun, dia akan hadapinya. Katanya lagi, "Dah bosan dah dgn BN ni."

Semoga Allah bersama dia dan dipermudahkan segala urusannya dunia dan akhirat.

Friday, April 05, 2013

Saya pilih mengundi

Kalau anda mencari calon suami atau isteri, anda pasti akan dapati calon anda itu ada cacat celanya, ada kekurangan dan kelemahannya. Tak mungkin dia serba sempurna walaupun dia sentiasa berazam dan berusaha untuk menjadi insan yang kamil.

Jangan pilih untuk tidak berkahwin kerana ia bukan sunnah. Ia tidak membawa kebaikan kepada Islam dan umat Islam malah berusahalah untuk melahirkan umat Islam yang berkualiti.

Kalau anda memilih untuk mengundi, anda pasti akan dapati parti dan calon yang bertanding di tempat anda ada kelemahan dan kekurangan tertentu. Walaupun cakapnya macam bagus, teorinya sungguh menakjubkan, menarik dan hebat, tapi bila ke peringkat perlaksanaan, anda pasti akan dapati ia tidaklah seperti yang disangkakan.

Tetapi jangan pilih untuk tidak mengundi. Ia bererti anda menyerahkan urusan memilih pemimpin yang akan merancang dan menggariskan dasar kepada orang yang belum tentu latar belakangnya. Mereka mungkin orang kafir yang benci dengan Islam. Mereka mungkin orang munafiq yang hanya bermuka2 dengan Islam.

Memang kita hanya merancang. Kadang2 calon yang dipilih itu khianat. Calon itu melompat. Tetapi setidak-tidaknya, kaji dan lihatlah akhlaknya. Sejarah latar belakangnya. Selebihnya, berserahlah kepada Allah.

Ingatlah, kita akan ditanya kenapa kita pilih parti itu. Kenapa kita pilih calon itu. Adakah kerana mahu BR1M ? Adakah kerana mahu harga kereta turun ? Adakah kerana mahu harga petrol turun ? Adakah kerana mahu air percuma ? Adakah kerana kesian kepada calon itu ? Adakah kerana mahu lihat Islam subur dibumi Allah ? Kerana Allah ? Kerana ibu bapa kita sokong yang itu ? Atau kerana apa ?

Apa kita nak jawab di hadapan Allah esok ?