Monday, June 18, 2012

Tarikh pilihanraya umum

Saya tak fikir Najib akan adakan pilihan raya umum pada musim haji. Memang dari segi rekod, kerajaan BN pernah buat pilihanraya pada musim haji. Tapi itu dulu. Sentimen sekarang sudah berubah.

Dulu, BN sangat mendapat sokongan pengundi bukan Melayu. Jadi, BN boleh mengharapkan kelebihan di situ.

Kini sudah berubah. Jika pilihan raya pada musim haji, mungkin lebih banyak kerusi UMNO tumbang di Perak dan Selangor. Juga di Johor. Saya tak fikir Najib akan tergesa2 bubar parlimen pada musim haji. Ditambah dengan kecerdikan PAS memainkan sentimen, pembubaran parlimen boleh menaikkan kemarahan umat Islam kepada UMNO.

Najib terkenal dengan sifat suka pilih jalan selamat. Barangkali Najib mahu ikut saja cakap Tun Mahathir. Mahathir pernah bagi nasihat supaya parlimen dibubarkan pada hujung penggal. Kalau bubar sekarang, dan keputusan tidak begitu memihak kepada BN, pasti penyokong2 Mahathir akan pakat2 salahkan Najib (sbb tak dengar nasihat) dan tiada pilihan lain bagi Najib kecuali berundur.

Najib ibarat cuba berlindung di belakang Mahathir. Keputusan tarikh pilihan raya kini bukan di tangan Najib tapi di tangan Mahathir. Kalau BN kalah atau hampir kalah, Najib tak boleh disalahkan sepenuhnya sebab Mahathirlah penasihat utamanya. Tapi Mahathir bijak mengalihkan kesalahan ke belakang orang lain. Belakang raja pun dia boleh buat, inikan pula belakang Najib.

Memang letih menunggu tarikh pilihan raya begini. Semua kerja kerajaan baik negeri mahupun pusat dipolitikkan sepanjang tahun. Kerajaan perlu ubah keadaan ini kerana ia membebankan rakyat, merugikan kerana suasana yang tidak menentu menakutkan pelabur dan peniaga2 besar. Hubungan antara penyokong sentiasa tegang dan mudah retak, berpecah belah.

Orang politik sebenarnya lebih utamakan kepentingan politik daripada kepentingan agama, rakyat dan negara.

Sunday, June 17, 2012

Umi Hafilda jumpa bukti baru

BPR atau kini SPRM pernah menyiasat dakwaan akaun Anwar ada RM3 bilion sampai ke Singapura dan UK tapi tak jumpa bukti kukuh untuk dakwa.

Sekarang, tiba2 Umi Hafilda jumpa bukti baru. Tentunya bukti yang kukuh. Mungkin SPRM patut lantik Umi sebagai penyiasat atau ketua penyiasat dalam SPRM.

Dia seorang yang hebat. Tiba2 saja dia boleh dapat bukti kukuh. Bagaimana dia dapat ? Berapa belanja kos penyiasatan yang dia lakukan ? Bagaimana bukti tu tiba2 datang melayang atau bergolek kepadanya ?

Hebat kan ?

Friday, June 15, 2012

Syabas tuntut RM1.05 bilion

Syabas kepada Syabas yang mengemukakan tuntutan RM1.05 bilion daripada kerajaan Selangor.

Biar seluruh rakyat dapat lihat bagaimana kapitalis peliharaan BN ini sanggup buat apa saja walaupun akan menyusahkan rakyat demi keuntungan perniagaan mereka.

Syabas adalah kapitalis yang dilahirkan daripada idea bijak pemimpin BN dan mereka kini sedang cuba untuk mengaut keuntungan, tanpa mempedulikan masalah yang bakal ditanggung oeh rakyat.

Pemimpin BN mendakwa Selangor dan Lembah Klang bakal hadapi krisis air, tetapi Syabas peduli apa. Mereka mahu duit rakyat sahaja. Inilah hasil kerja BN sebelum ini.

Imbas kembali : Belanja RM300 ribu untuk makan2

Seorang sultan dari sebuah negeri pernah membatalkan keberangkatan baginda ke satu majlis makan2 kerana kos majlis berkenaan ialah RM300 ribu yang dianggap sebagai satu pembaziran.

Kos itu menggunakan duit rakyat dan bukan duit poket istana. Rakyat negeri itu wajar memanjatkan kesyukuran pada Allah kerana mempunyai seorang sultan yang peka dengan perbelanjaan yang membazirkan wang rakyat.

Tuesday, June 12, 2012

Duit banyak, ke mana dibelanjakan ?


Menangis di dunia lebih baik daripada menangis di akhirat.

Tak dapat dinafikan, ramai orang yang hilang pekerjaan, rumah tangga berantakan, permohonan kerja tidak dilayan, anak isteri jadi mangsa, tiada siapa boleh membela.

Tetapi ada orang sanggup berbelanja beratus ribu ringgit hanya untuk plet kenderaan. Baru kena tegur sikit dah mula rasa sedih dan kecil hati. Duit dan harta banyak tapi baru kena tegur sikit, dah menangis. Teguran pun indirect sahaja. Kenapa nak menangis sedang kita masih ada kuasa, masih ada harta, masih disanjung rakyat, masih sihat, masih dilayan dengan penuh hormat dan kasih sayang oleh orang ramai.

Dalam surah Lukman, ayat 6 disebutkan "dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan;"

Ya memang, belanja kelab golf beratus ribu, beli timeshare berpuluh ribu, motosikal klasik, kereta klasik, untuk apa semua tu ? Kerana Allah ?

Dalam surah Al Ankabut, ayat 64 dinyatakan "dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi Segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat)."

Semalam dalam ikim.fm, kata ustaz Pahrol Juoi :-
Kita boleh beli makanan lazat tapi kita tak boleh beli selera.
Kita boleh beli ubat, insurans, supplementary food tapi tak boleh beli kesihatan.
Kita boleh beli rumah besar, bilik selesa, aircond, tilam empuk tapi kita tak boleh beli tidur yang lena.
Kita boleh beli seks tapi kita tak boleh beli kasih sayang.

Bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasihlah kepada yang sudi memberi peringatan. Itukan juga tanda kasih sayang ?

Sunday, June 10, 2012

Surau tak ada imam

Kampung saya dah jadi kampung tempat tinggal orang tua2. Payah nak nampak budak2 berkejaran walaupun pada masa cuti sekolah.

Orang muda kebanyakannya sudah beli rumah di tempat lain. Mereka berpindah membawa anak cucu masing2. Ada juga yang sudah meninggal dunia dalam usia yang masih muda. Tinggallah beberapa kerat terutama golongan yang sudah lanjut usia.

Masalahnya, tak ramai yang cenderung kepada agama ketika usia muda mereka. Imam surau yang dekat dengan rumah saya sudah semakin uzur. Dulu, ada beberapa orang anak muda yang selalu mengimarahkan surau tu tapi kini semua dah pindah dan tak tinggal di kampung lagi.

Maka surau kadang2 jadi sepi. Masing2 takut nak ke surau sebab takut kena jadi imam. Mungkin mereka takut sebab tak hafal doa. Mungkin sebab fikir kalau jadi imam, nanti kena pimpin tahlil pula. Doa tahlil lagi panjang. Mungkin tak hafal wirid lepas solat.

Ada 2-3 orang yang dilihat layak. Tapi masing2 masih sibuk kerana dilantik menjawat jawatan tertentu dalam persatuan, koperasi dan perniagaan. Hanya beberapa kali dalam seminggu dapat hadir memimpin solat. Selebihnya menolak kerana kurang keyakinan diri barang kali.

Kalau nak dihitung dosa masa usia muda, semua orang pun ada buat dosa. Tak usahlah dikenang sangat hingga merasa diri tidak layak jadi imam. Yang penting, surau tu perlu dihidupkan semula. Besar pahalanya kalau kita memimpin untuk menghidupkan semula surau tu. Siapa tahu Allah hapuskan dosa lalu kerana usaha mujahadah kita mengimarahkan surau. Lagipun ianya fardhu kifayah.

Satu ketika amil kutip zakat fitrah pun tak ada. Parah sungguh.

Riwayat dari Imam Ibnu Majah : " Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa, mereka tidak dapat memulakan solat berjemaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi Imam".


Thursday, June 07, 2012

Umno benar2 terdesak ?

Tindak tanduk UMNO akhir2 ini mengambarkan UMNO benar2 tedesak.

Sebenarnya saya masih kurang yakin PR akan menang dalam PRU 13 nanti tetapi UMNO nampak terdesak dan gugup untuk berdepan PRU 13 hingga bertindak secara tak rasional.

Isu pelajaran percuma diperjuangkan oleh PR, pelajar2 Unisel pula yang jadi mangsa. Apakah UMNO rasa tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel akan mengembalikan sokongan pengundi atas pagar dan pengundi muda kepada UMNO ? Apakah pengundi India dan Cina juga akan sokong tindakan sebegini ?

Lihatlah puak2 pro Umno buat senaman punggung, demonstrasi kepala lembu, demonstrasi usung pasir, cangkul dan kereta tolak sebagai sindiran kepada usaha kerajaan Kelantan mahu membina lebuh raya, hadiah kek tahi kepada ketua menteri. Bijakkah dan berkesankah tindakan begitu ? Sokongan siapa yang mahu diraih ? Sokongan musuh kah, sokongan atas pagar kah atau hanya sokongan kawan sendiri ?

Musuh jadi makin benci. Atas pagar pun jadi benci malah kawan sendiri pun mungkin akan malu dan benci dengan perangai sebegini. Apa rasionalnya tindakan mereka ? Apa matlamat mereka ? Bukankah meraih sokongan sepatunya jadi objektif utama ?

Sudahlah blogger2 pro Umno pula suka buat perangai yang tak senonoh, tidak matang dan bodoh benar. Berat Nnanang doh Umno lening. Buat konsert sempena 66 tahun UMNO untuk golongan muda, tapi bila PAS buat majlis ilmu untuk golongan muda, Umno dengan sendirinya bagai ditampar2. Tambah pula komsert Umno tak laku, majlis ilmu PAS dapat sambutan. Tak malu ke ? Ceh !!!