Tuesday, January 16, 2007

Banjir gelombang ke 2

Sekali lagi banjir besar melanda selatan Malaysia iaitu di Johor. Kali ini kesannya kelihatan lebih besar. Lebih 110,000 orang dipindahkan. Warga Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya perlulah bermuhasabah dengan apa yang berlaku kepada mereka. Kerugian dilaporkan berjuta-juta ringgit. Peralatan pejabat, sekolah, perabot rumah, rumah rosak, jambatan dan jalan rosak teruk. Semunya pasti akan melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Bagaimana pula dengan nasib golongan pengusaha pertanian ? Tentu banyak ternakan atau tanaman musnah. Premis-premis perniagaan juga kerugian besar. Begitulah kuasa Allah.

Terbaca di dalam akhbar Mingguan Malaysia tulisan Dr. Amran Kasimin : Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Kalaulah tidak kerana tiga
perkara, manusia tidak akan menundukkan kepalanya, iaitu kefakiran, sakit dan maut.

Maka apa yang telah menimpa negara hari ini ibarat Allah telah menarik balik kekayaan harta benda yang dipinjamkan kepada kita hanya dengan curahan air hujan sahaja. Bertahun-tahun lamanya kekayaan itu disahakan, rosak dan musnah dalam beberapa jam dan hari sahaja. Lalu kita kembali hampir dengan kefakiran. Masihkan kita hendak mendabik dada bahawa kekayaan yang kita miliki hari ini adalah hasil kebijaksanaan kita menurus walaupun kita mengabaikan syariat Allah ?