Thursday, September 27, 2007

NGO Melayu

"Mengapa sekarang, tiada NGOs yang berani bersuara mengenai kepentingan Melayu?". "Isunya mengapa NGO Melayu lesu?". Begitulah antara persoalan yang ditimbulkan di sebuah laman blog.

Perkara ini sudah dibangkitkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah ketika berucap dalam seminar Legasi Tun Razak baru-baru ini. Kebetulan aku sudah membaca transkrip ucapan beliau.

Berikut aku petik sebahagian ucapan beliau.

Kaum Cina nampaknya tidak berpecah. Walaupun mereka mempunyai tiga atau lebih parti politik, mereka bersatu apabila menghadapi kepentingan bersama bangsa mereka, misalnya kepentingan budaya, kepentingan bahasa, pendidikan, ekonomi dan kepentingan politik mereka. Apa-apa desakan atau tuntutan yang tidak dapat disuarakan secara terus terang oleh parti Cina dalam Barisan Nasional, tuntutan itu akan dilancarkan oleh parti Cina yang lain, misalnya Parti DAP, atau oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Cina, iaitu Dong Ziao Jong yang cukup besar dan berpengaruh, disegani atau ditakuti oleh parti MCA, Gerakan dan DAP. Tidak ada parti politik Cina yang berani menggertak atau mencegah NGO Cina daripada bersuara menentang atau mengkritik kerajaan atau menuntut itu dan ini daripada kerajaan. Sebaliknya, UMNO atau kerajaan
sering mencurigai atau tidak menyokong gerakan NGO Melayu atau golongan pemikir dan aktivis Melayu yang dianggap agak kritis terhadap kerajaan atau yang menegur kerajaan atau cuba bersuara untuk membela kepentingan bangsa Melayu. Sebagai contoh, saya mendapat maklumat (dan banyak orang sudah mengetahuinya) bahawa apabila kumpulan NGO budaya, bahasa dan sastera Melayu di bawah pakatan GAPENA (Gabungan Persekutuan Persatuan Penulis Nasional ) cuba menganjurkan Kongres Bahasa, Persuratan dan Kebudayaan Melayu ke-VII baru-baru ini, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), mereka telah menghadapi pelbagai rintangan dan masalah. Tidak ada menteri yang sanggup merasmikan Kongres yang saya anggap merupakan agenda Melayu yang cukup penting. Kita seolah-olah sudah mulai takut untuk bercakap tentang kepentingan dan hak Melayu, takut untuk mempertahankan kedudukan bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara, takut untuk menegur kelemahan pemimpin.

Monday, September 24, 2007

Nurin Jazlin Jazimin

Akhbar tempatan masih menyiarkan kes pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin. Yang tak sedapnya, bila menteri bercakap kemungkinan nak saman ibu bapa Nurin. Menteri yang sekular sorang ni memang hatchet. Itu kata Tun Mahathir suatu masa yang lepas.

Aku sendiri tak dapat menahan air mata ketika membaca laporan akhbar selepas disahkan mayat kanak-kanak yang ditemui dalam sebuah beg di PJ adalah jenazah adik Nurin. Keadaan mayatnya sungguh menyedihkan sekali. Betapa dalam negara kita yang aman makmur ini, ada manusia yang begitu kejam dan buas terhadap insan lemah dan benar-benar tak berdosa.

Allah maha adil. Orang yang zalim itu pasti akan terima pembalasannya nanti. Semoga kita semua ambil pengajaran daripada apa yang sudah berlaku dan mengambil sikap lebih berhati-hati.

Thursday, September 13, 2007

Wednesday, September 12, 2007

Rusuhan di Terengganu, macam gelabah je.. Siapa yang gelabah ?

Kenapa tiba-tiba kecoh di Terengganu ? Macam mana boleh berlaku rusuhan ? Siapa yang cuba mengaut untung ? Siapa sebenarnya yang untung ? Siapa pula yang rugi ?

Siapa yang bakar bendera ? Aku hanya dapat lihat gambar yang disiarkan oleh Berita Harian. Memang gambar tu nampak pelik. Tapi aku yakin 100%, pemuda yang bakar bendera tu tak akan dapat ditangkap oleh polis. Paling bagus polis boleh buat ialah menangkap seekor kambing hitam untuk dikendurikan.

Aku dah tak layak untuk buat ulasan tentang iklim politik di Terengganu. Dulu aku yakin benar, PAS tak akan menang di Terengganu dalam pilihanraya 1999. Kalau menang pun tak sampai 2/3. Kemudian, dalam tahun 2004, aku begitu yakin, PAS akan terus memerintah negeri Darul Iman itu dan gelombang biru hanya gempak sahaja.

Tapi sebagai seorang anak Terengganu, perkembangan politik negeri tanah tumpah darah aku tu tetap menarik minat aku. Kali ini, aku nampak, kerajaan BN Terengganu agak utuh. Sebabnya semasa PAS memerintah dulu, memang nampak suasana agak muram, tak cukup bajet. Peruntukan untuk belia dan sukan pun terlihat kekurangannya. Rumput tepi jalan tumbuh meliar, panjang tak terurus. Bendera koyak berkibaran di sana-sini mencacatkan pandangan. Belum lagi cakap-cakap belakang pasal wakil rakyat PAS yang bersikap saling tak tumpah macam pengerusi JKKK Umno. Urus negeri macam urus kampung darat. Sekali lagi, aku yakin, BN akan terus memerintah Negeri Terengganu dalam pilihanraya yang terhampir ini.

Kalau begitu kenapa perlu kecoh-kecoh ? Macam risau sangat je. Macam ada yang tak lena tidur je. Apa hal ? Bukankah BN sudah membangunkan Terengganu dengan begitu pesat hingga di luar jangkaan, tak pernah terlihat dek rakyat Terengganu.

Jadi kenapa perlu sekat rakyat yang mahukan maklumat alternatif ? Biarlah dia orang bandingkan sendiri maklumat pro BN dengan maklumat pro pembangkang. Yang benar pasti akan terserlah juga. Rakyat dah tahu bagaimana bijaknya pemimpin kedua-dua parti menguruskan negeri dan masalah rakyat. Atau ada maklumat tertentu yang cuba didedahkan atau disembunyikan ?

Monday, September 03, 2007

Mentaliti subsidi


Aku setuju benar orang melayu perlu merdekakan diri daripada budaya subsidi. Tetapi dalam masa yang sama orang melayu juga perlu teguhkan ikatan ukhuwah, perkuatkan kesatuan. Kaum lain walaupun tak dapat subsidi, tapi mereka bersatu hati dalam memastikan kejayaan kaum mereka. Badan-badan NGO, parti politik, persatuan-persatuan terutamanya persatuan Cina banyak memainkan peranan membantu menjayakan usahawan dan pendidikan kaum mereka.

Ini pula aku nak tunjukkan subsidi yang sebenarnya diterima oleh semua kaum di Malaysia.