Sunday, September 15, 2013

Ulama minta kajian semula hubungan dengan PKR dan DAP

Bila dibaca sahaja cadangan daripada Harun Taib, saya dapat bayangkan reaksi gopoh daripada ahli dan penyokong dalam PAS dan Pakatan Rakyat dan ia terbukti hari ini.

Bagi saya, kajian semula itu bagus dan saya amat menyokong. Jangan terlalu jumud hingga tak mahu kaji daripada semasa ke semasa. Jangan takut dengan hasil kajian. Kumpulan pemikir pula jangan melihat kajian sebagai jalan untuk memisahkan PAS daripada PR.

Sebagai sebuah parti politik, kajian dan kenyataan gempak sebegini adalah perkara biasa. PAS adalah sebuah parti yang semakin berkembang dengan ahli yang semakin berbagai ragam, bijak, terbuka dan kritis. Kemudahan ruang untuk mengkritik, membuka ruang untuk perpecahan, tetapi jika lebih berhati2, ia sepatutnya tidak mudah jadi begitu.

Saya harap hubungan dengan rakan PR bertambah erat dan dalam masa yang sama, PAS menjadi semakin dihormati dan disegani. PR menjadi semakin kuat dan PAS tidak menjadi sebuah parti yang terlalu menikus, tidak juga menjadi sebuah parti yang angkuh, sombong dan tak mahu mendengar kata langsung.

Mengkaji bukan semestinya berundur. Mengkaji jangan sampai musuh menjadi rakan dan rakan menjadi musuh. Saya percaya, Harun sudah menjangka dan bersedia dengan reaksi spontan penyokong, rakan politik dan musuh politik PAS.