Thursday, April 30, 2015

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam

Manusia tidak boleh terlalu dipuji puja.

Mentri ke, Raja ke, Ulama ke, Tok guru ke, Ibu ke, Bapa ke, Suami ke, artis ke; sesiapa juga pun.

Bila terlalu dipuji-puja, kita cenderung menjadi ujub atau takjub dengan kehebatan sendiri. Kita rasa kita dipuji dan menerima sokongan sebab aura kita, sebab kita hebat, sebab ilmu kita, sebab bakat kita, sebab kebolehan kita, sebab kekayaan kita, sebab kecantikan kita, sebab kemerduan suara kita, sebab kepetahan kita dan macam2 lagi yang sesungguhnya menipu daya kita.

Bisikan iblis melencongkan kita.

........

Najib ke, Hadi Awang ke, Wan Azizah ke, Yusni Mat Piah ke; kalau lemah, tukar je.

Lemah tidak boleh disandarkan kepada satu dua sebab atau isu semata. Kerana manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Kena dinilai sejauh mana impaknya kesilapan itu, sejauh mana seriusnya kesilapan itu.

Tiada paksaan dalam beragama

Tiada paksaan dalam beragama

Islam bukanlah agama yang berkembang melalui pendekatan memaksa. Tetapi Islam bersifat tegas dalam fleksible, fleksible tetapi tegas. Islam juga lebih cenderung dengan pendekatan kawalan kendiri.

Ada beberapa isu Islam sangat bertegas, umpamanya hal solat. Sakit pun kena solat.

Pun begitu, dalam tegas, ada juga lembutnya. Tak boleh berdiri, duduk. Tak boleh duduk, baring.

Dalam musafir, boleh diqasarkan, tapi bukan semua. Terlihat di situ unsur2 lembut dan tegas.

Wanita dalam haid, haram solat dan tak perlu ganti.

Dalam isu undang2 pun begitu, hukum potong tangan untuk pencuri tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan dan situasi tertentu.

Umat Islam di Malaysia kini kelihatan sedang melalui proses transformasi ke arah penghayatan Islam yang lebih baik. Malangnya, tahap ilmu dan kefahaman Islam masih kurang. Tahap ketakwaan juga lemah, mahu tapi teragak2. Keliru mana yang utama, mana yang perlu didahulukan. Mana yang perlu dibimbangkan. Kadang2 nafsu cuba menghalalkan yang haram dengan berbagai alasan.

Bila Jakim mengeluarkan garis panduan untuk konsert, peminat dan pengusaha konsert mula keliru dan cuba memprotes. Garis panduan itu baik. Setakat yang boleh dilaksanakan, kita buat. Kalau banyak sangat alasan untuk tidak dibuat, mungkin perlu bertolak ansur dahulu dan ditambah baik kemudian.

Memang kena tegas dengan hukum syariat. Tetapi kena lihat dan sesuaikan dengan masyarakat kita juga. Jangan terlalu drastik hingga kita dilabel taliban, IS dan sebagainya. Sekira2 jika lebih memudaratkan untuk tempoh masa kini, kita sabar dulu.

Macam Kelantan nak laksana syariat Islam yang lebih sempurna. Dah 25 tahun pun tak laksana juga. Tapi tak  mengapa kerana usaha itu tidak terhenti. Jangan kerana kita terlalu tegas hingga akhirnya tak jadi langsung, berpunca daripada kegopohan hingga pintu langsung tertutup.

Pintu jelas belum tertutup. Kesabaran kini semakin menampakkan hasil. Harap ia berjaya melangkah setapak lagi ke depan.

Dalam isu gereja di Taman Medan, tindakan yang diambil dengan protes yang sebegitu memperlihatkan betapa orang melayu bimbang dengan lambang kristian. Tetapi jika diamati, orang Melayu tidak bimbang dengan sikap dan perangai anak melayu yang leka dengan hiburan, tidak mesra al Quran, tidak mesra masjid, cuai dengan solat, enggan patuh syari'at, jahil hukum hakam yang asas, tiada kecenderungan beragama.

Drpd Abu Hurairah ra katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, Umat ku akan ditimpa penyakit2 yg pernah menimpa umat2 dahulu. Sahabat bertanya, Apakah penyakit2 umat2 dahulu itu? Nabi saw menjawab, Penyakit2 itu ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah (3) menghimpunkan harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dlm merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim. - H.R Hakim

Kaedah kawalan kendiri itu selari dengan Islam. Bila sudah berkuat kuasa, baru lah perlu tegas dan tidak boleh bertolak ansur lagi. Pun begitu jika boleh memudaratkan Islam, masyarakat dan negara seperti ancaman keselamatan, huru hara dan yang seumpamanya, tolak ansur boleh dipertimbangkan; ibarat undur setapak dua tetapi bukan membatalkan terus atau menghapuskan terus.

Masalah umat Islam hari ini ialah ketakwaan yang lemah, ilmu yang tak seberapa tetapi bersemangat tinggi. Lalu jadilah pendekatan mahu memaksa orang lain ikut macam kita kata. Kalau tak diikut, dicaci maki, di label dengan macam2 gelaran dan akhirnya pulau memulau dan benci membenci.

Monday, April 20, 2015

Agree to disagree

PAS Permatang Pauh dilaporkan memberi kata dua kepada PKR. Sebelum ini Pemuda PAS Pulau Pinang juga membuat ugutan kepada PKR. Ia berkaitan dengan Prk Permatang Pauh.

Antara alasannya ialah kerana PKR membuat keputusan untuk tidak menyokong RUU persendirian PAS (pindaan EKJS) yang hendak dibawa ke Parlimen.

Antaranya juga ialah kata2 yang dikira menghina Presiden PAS, Hadi Awang.

Sebelum ini, pucuk pimpinan sudah bersetuju dengan terma "agree to disagree". Bermakna keputusan PKR untuk tidak menyokong pindaan EKJS akan dihormati.

Jadi saya kira tidak wajar untuk Pemuda PAS memberi kata dua atas alasan itu.

Manakala alasan kedua, menghina presiden PAS boleh dibincang semula kerana sebelum ini, PAS juga telah mengeluarkan kata2 yang menghina Presiden PKR.

................

Sekali lagi, kelemahan Presiden PAS terserlah dalam menangani kekecohan ini. Kekecohan sebegini juga berlaku dalam PRU 2013, di Pulau Pinang yang melibatkan Pemuda PAS PP, Ustaz Yusni Mat Piah bertanding di kerusi yang telah dipersetujui pucuk pimpinan untuk PKR.

Presiden lemah meredakan kekecohan. Kadang2 seperti berdiam diri atau tidak mampu bertegas.

Keputusan presiden PAS kadang2 kelihatan bukan sahaja tidak dipersetujui oleh kumpulan yang digelar "Profesional" (yang pada saya tak lah profesional sangat pun), tetapi keputusan presiden PAS juga sewenang2 tidak dipatuhi oleh kumpulan yang mengaku wala' kepada presiden.

Jawatan kuasa yang menyiasat insiden kekecohan sepanduk bantahan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut, ditolak oleh pihak yang disiasat walaupun yang disiasat ini beiya2 mengaku menghormati presiden. Walhal jawatan kuasa itu dilantik dan diperkenankan oleh presiden sendiri.

Ia bukan perkara baru. Hadi pernah memimpin PAS Terengganu ketika kerjasama dengan parti Semangat 46 dan menjelang pilihanraya, beberapa pertembungan berlaku sesama sendiri. Sikap Hadi yang gagal meredakan kehendak ahli partinya supaya lebih bertolak ansur menghampakan rakan sekutunya.

PAS Kelantan dilihat lebih baik dalam hal bertolak ansur begini terutama ketika era Nik Aziz. Tetapi Hadi Awang memang sejak dulu membingungkan saya. Penjelasan yang datang kemudian tidak menghilangkan rasa kesal dan keliru.

Pengundi atas pagar di Terengganu faham benar dengan PAS Terengganu. Sebab itu setengahnya kadang2 hanya mampu menggeleng kepala. Sokong PAS, tak sokong UMNO tetapi sikap pemimpin PAS terlalu sombong dan lebih suka memaksa orang untuk bersetuju dengan mereka.

PAS perlu berubah.

Friday, April 17, 2015

PAS perlukan pemimpin baru

Saya akui ilmu agamanya hebat. Dari segi amalannya, juga saya tidak pernah meraguinya. Kewarakannya, ketegasannya, pidatonya, mampu memikat ramai penyokong.

Tetapi saya lihat, dari segi kepemimpinan, pengurusan dan pentadbiran, keupayaan menangani cabaran, serangan dan provokasi, keupayaan menghasilkan idea baru yang kreatif, strategi yang berpandangan jauh ke depan; saya rasa dia lemah. Ataukah penasihat2 di sekelilingnya yang lemah ?

Jangan beri sokongan kerana kasihan. Jangan sokong membawa rebah.

Saya fikir, PAS perlukan Presiden yang baru.

PAS perlu akui sebenarnya kekalahan PAS Terengganu pada 2004 bukan hanya kerana strategi musuh tetapi juga kerana kelemahan di pihak PAS Terengganu itu sendiri.

Saya sayangkan Presiden tetapi PAS memerlukan pemimpin yang lebih baik dan hebat.