Monday, May 25, 2015

DAP : Sekularis yang mengejar dunia semata

Serangan berterusan pemimpin DAP terhadap pemimpin PAS menjadikan ahli PAS teragak2 menyokong kerja sama diteruskan.

Kenapa DAP memilih untuk melepaskan perasaan tanpa menimbangkan kesan dan akibatnya.

Saya kira, DAP senidiri kini tertekan kerana bimbang dengan reaksi pemimpinnya di Sabah dan Sarawak.

Kini DAP sudah tidak mempedulikan sokongan akar umbi PAS, demi menjaga kepentingan politiknya di Sarawak.

Sarawak akan hadapi pilihanraya negeri tidak lama lagi.

Itulah yang dikejar mereka.

Jika dalam pilihanraya umum akan datang, BN sekali lagi gagal perolehi majoriti mudah di Perak atau mungkin juga di parlimen; ketika itu mereka akan sedia berunding semula walaupun Hadi masih presiden PAS ketika itu.

Dunya belaka.

Monday, May 18, 2015

Pertandingan dalam PAS

Setelah sekian lama tiada pertandingan dalam merebut jawatan tertinggi dalam Pas, takdirnya kali ini, bakal ada pertandingan.

Penyandang presiden, Hadi Awang bakal dicabar Ahmad Awang. Mat Sabu pula bakal dicabar Tuan Ibrahim bagi jawatan timbalan presiden.

Bila buat perbandingan antara calon, kita tak dapat elak daripada menceritakan kelebihanan dan kelemahan mereka.

Walaupun kita tak seronok untuk menceritakan kelemahan pemimpin yang kita sayangi, yang kita kenali lebih hebat ilmunya daripada kita, lebih baik akhlaknya daripada kita, lebih banyak amal ibadahnya daripada kita, tetapi itulah hakikat pertandingan. Kita kena pilih yang lebih baik antara yang terbaik.

Sebagai manusia biasa, mereka tak terlepas daripada kekurangan dan kelemahan, dan kita yang bercakap ini jauh sekali kononnya lebih baik daripada mereka yang diperkatakan.

Hadi Awang

Saya kira Hadi adalah tokoh yang sudah lama disanjungi penyokong Pas di Terengganu. Saya mula mendengar namanya pada awal tahun 80an.

Beliau pernah berkhidmat dalam jabatan kerajaan di Terengganu. Gaya pidatonya ketika itu agak baru dan lain dari yang lain di Terengganu. Malangnya pertama kali saya mendengar pidatonya melalui kaset, saya tak terasa apa2 perasaan kagum atau teruja.

Saya berpendapat, peribadinya lebih bersifat memimpin berbanding mentadbir. Kelemahannya dari kaca mata saya ialah beliau lebih banyak membiarkan isu2 yang menggelisahkan masyarakat tidak berjawab. Beliau tidak mengambil peluang menggunakan pengaruhnya yang disegani dan dihormati untuk meredakan keadaan sehingga suasana menjadi semakin panas dan tidak terkawal.

Malah kadang2 beliau sendiri seolah2 menambah panaskan lagi suasana. Terlihat seolah2 beliau hanya melayani emosi penyokong2 di sekelilingnya.

Beliau banyak menghasilkan buku2 walaupun kebanyakannya hanya buku2 nipis dan tidak terlalu mendalam atau terperinci kupasannya. Orang politik memang sebenarnya tak ada banyak masa untuk itu. Masa untuk bersantai bersama keluarga pun tak ada. Itulah pengorbanan orang politik yang perlu kita fahami.


Ahmad Awang

Saya kenal Ahmad Awang sebagai pemimpin PUM (Persatuan Ulama Malaysia). Dia pernah menduduki kerusi pengarah di Pusat Islam (kini Jakim).

Beliau bukan seorang pemidato hebat seperti Hadi. Peribadi beliau lebih bersifat mentadbir dan bukan memimpin.

Beliau pernah menyadang jawatan naib predisen Pas. Tetapi sifat beliau tidak terlalu mahu menonjolkan diri dalam pertandingan dalam parti, lebih selesa memberi peluang kepada orang muda dalam parti untuk memimpin. Keputusannya kali ini untuk menyahut desakan untuk bertanding mencabar penyandang yang lebih muda, menunjukkan ada sesuatu yang beliau benar2 tak senang hati hingga "terpaksa" mencabar.

Beliau juga ada menghasilkan buku tetapi tidak banyak dan buku2nya agak jarang kelihatan di pasaran.

Kelemahannya saya kira, beliau sudah terlalu berusia. Saya tidak melihat beliau sebagai pro Anwar.


Mohamad Sabu

Saya pernah menyebut beberapa kali tentang Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Sejak dulu, saya kurang menggemari gaya ceramahnya. Pun begitu, beliau ramai peminat. Itu yang membuat kadang2 saya tidak selesa dengan cara gaya penyokong dan pemimpin Pas.

Dari kaca mata saya, pidatonya tidak menarik dan tidak mampu menarik sokongan baru. Syok sendiri sahaja dan hanyak digemari di peringkat penyokong sedia ada sahaja.

Tetapi tindakannya kadang2 lain daripada yang lain (luar kotak ???). Ini sedikit sebanyak memberi kelainan berbanding pemimpin lain yang lebih menggunakan pendekatan biasa.


Tuan Ibrahim

Saya mula mengenalinya sebagai penceramah dalam TV pada tahun2 90an. Ketika itu, beliau adalah pensyarah ITM.

Saya suka dengan cara dan pendekatannya. Setiap kali saya mendengar ceramah, tazkirah atau tulisannya, saya rasa terkagum dengan cara penyampaian yang digunakan.

Beliau juga lebih cekap menangani isu bila timbul sesuatu isu yang meresahkan masyarakat. Jawapan dan ulasannya kemas.


Ini hanyalah pandangan saya secara peribadi. Saya suka kalau Ahmad Awang digandingkan dengan Tuan Ibrahim untuk memimpin Pas.

Masalahnya, jika Ahmad Awang menang, adakah keputusan beliau akan dihormati oleh ulama2 muda dalam Pas yang lebih radikal ? Ini kerana beliau kurang akrab dengan akar umbi dalam Pas sejak dahulu kerana lama dalam pentadbiran kerajaan. Ini sama dengan Haron Din yang juga kurang akrab dengan akar umbi Pas berbanding Almarhum Nik Aziz.

Saya bimbang timbul masalah baru pula dalam Pas kerana ulamak2 muda dan profesional2 dalam Pas kelihatan begitu "sombong" dengan ilmu, kelulusan, gelaran dan pengaruh yang mereka miliki.

Itulah sebenarnya masalah dalam Pas. Penyakit hati.