Friday, August 12, 2005

Thursday, August 11, 2005

Friday, August 05, 2005

Lebih ramai pesakit mental 2020

JOHOR BAHRU 4 Ogos - Penyakit mental bakal menjadi penyakit nombor satu negara jika tidak diatasi segera menjelang tahun 2020 - tahun Malaysia diramal muncul sebagai negara maju.

Presiden Pertubuhan Sokongan Penyakit Mental Negeri Johor (Minda), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar ketika mendedahkan perkara itu berkata, kemungkinan itu tidak boleh ditolak memandangkan tekanan psikososial yang semakin hebat berlaku dalam masyarakat pada masa ini.


Petikan Utusan Malaysia, Jumaat, 5-Ogos 2005.


Banggakah kita jadi negara maju kalau bilangan pesakit mental semakin bertambah ? Sakit mental banyak puncanya. Jika ia sakit keturunan, memang sukar untuk diubati. Jika kerana masalah tekanan hidup, kembalilah kepada Islam. Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Graduan tak tahu nama menteri

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh mendedahkan kebanyakan graduan yang mengikuti sesi temu duga kelolaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tidak dapat menjawab soalan berkaitan pengetahuan am.

Lebih menyedihkan, mereka tidak tahu mengenai perkara asas seperti nama menteri. Mungkin, kalau ditanya mengenai siapa Menteri Pengajian Tinggi pun mereka tidak tahu,” katanya di sini, semalam.


Petikan Berita Harian, Jumaat, 5-Ogos-2005.

Memanglah, sebab yang ditanya ialah nama menteri. Cuba kalau suruh sebut satu-persatu nama pelajar Akedemi Fantasia, tentu mereka dapat jawab.

Janganlah kita tuding jari kepada sesiapa kenapa jadi begini. Ibu bapa, pengajar, kerajaan dan pelajar itu sendiri, semua mahu ingatlah. Kita yang mencorakkan masyarakat kita.