Wednesday, October 02, 2013

Ketirisan perbelanjaan dalam kerajaan


Sekali baca laporan audit, orang ramai akan membuat kesimpulan mudah, kakitangan kerajaan tidak amanah, tidak telus, amal rasuah dan sebagainya. Hakikatnya tak semestinya begitu.

Mungkin ada yang rasuah tetapi banyak juga yang berpunca daripada sistem komputer yang kurang sempurna.

Saya berani katakan begitu kerana saya sendiri pun pernah jaga sistem komputer jabatan kerajaan. Isteri saya pun seorang pegawai IT kerajaan. Sekali dia beri penjelasan, sudah cukup untuk saya faham dan imbau semula kenangan lalu ketika bekerja dengan kerajaan. Saya pernah jaga sistem aset dan sistem kewangan.

Sistem komputer sedia ada mungkin boleh diperbaiki, diperkemaskan dan dipertingkatkan. Prosedur dan tatacara kerja pun begitu juga.

Bagi yang tak bekerja dengan bahagian kewangan atau perbendaharaan, dan tidak juga dengan Sistem Maklumat, mungkin mereka kurang faham.

Kadang2, dalam satu resit atau invois, ada macam2 benda diletakkan secara longgok dan diletakkan satu harga. Bila tiba masa nak key-in dalam database, ruang yang ada sangat terbatas. Jadi dimasukkan item pertama sahaja sedangkan harga meliputi bermacam2 benda. Itu lah antara punca jadinya scanner, screw driver, laptop menjadi harga yang tidak manasabah.

Bila auditor datang semak, pegawai kewangan yang bertugas pula gagal memberi penjelasan secara tepat. Ada yang mungkin menjawab, tak tahu, nanti saya siasat semula dan kemudian senyap sahaja.

Saya bukan lah nak bela sangat pegawai kerajaan. Tapi saya nampak finah yang sangat mudah merebak menjerat mereka yang jujur.

Laporan audit bukan untuk menyalahkan kerajaan dan pegawai kerajaan. Ia adalah teguran untuk penambah baikan pada masa depan.

Berhentilah bersangka buruk, menyebar fitnah dan mengambil kesempatan daripada laporan tersebut. Ia sepatutnya diambil iktibar dan diambil tindakan oleh banyak pihak sama ada kakitangan kerajaan, konsultan, ahli politik, perunding sistem, auditor dan semua yang terlibat.