Lama saya tak menulis di sini. Ini mungkin tulisan terakhir saya di sini.
Saya ada blog lain tetapi saya tak menulis di situ. Hanya post gambar yang tak memaparkan wajah saya mahupun wajah kaum kerabat, saudara mara saya.
Saya tidak bercadang menutup blog ini. Biarkan saja. Apa yang tertulis di sini, setidak-tidaknya ada catatan yang tertulis. Pandangan kita hari ini mungkin berbeza dengan dulu.
Kini, ada banyak tempat untuk kita menulis. Fb, OneNote, Evernote, blog, apps diary dan macam2 pilihan lain. Apa yang ditulis bukan semestinya untuk dikongsi dengan orang lain. Macam kita tulis diary. Tulis, simpan dan sekali-sekala baca semula. Menulis di Fb pula lebih bertujuan supaya dibaca dan dikomen oleh kenalan kita.
Semakin usia meningkat, semakin banyak pengalaman kita. Semakin banyak memori lama yang bermain di fikiran. Pendapat pula mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sikap kita pun mungkin berubah. Mungkin makin pendiam, atau makin kritis. Banyak faktor sekeliling mempengaruhi kita.
Saya mahu menulis dan terus menulis. Cuma kadang-kadang, ketika kita mahu menulis, kita sibuk dengan benda lain. Dan ketika kita tenang, kita tidak pula menulis.
Blogspot, saya kira sudah tidak sesuai untuk saya menulis. Sebab itu, saya akan menulis di ruang yang lain.
Cukuplah setakat ini. Tulisan saya bukan bertujuan menyentuh hati sesiapa kecuali untuk catatan memori saya sendiri sahaja.