Wednesday, October 05, 2005

Berita ketua UMNO

B.Harian
TAIPING: Ketua Pemuda Umno Cawangan Sungai Serai, Bukit Gantang dekat sini didenda RM1,500 atau tiga bulan penjara selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam atas tuduhan berkhalwat dengan isteri orang.

Kosmo
KL: 3 lelaki mengetuai 50 penduduk cetuskan kekecohan pada satu sessi penerangan masalah bekalan air di balai raya Kampung lembah jaya utara. Salah seorangnya pernah menyandang jawatan Ketua UMNO tetapi dilucutkan jawatan selepas diisytiharkan muflis.

Tak mahu komen panjang-panjang.

Monday, September 26, 2005

Thursday, September 22, 2005

Menteri terlalu dimuliakan

Laporan akhbar hari ini menyebut bahawa KSN meminta supaya KP Kastam memohon maaf kepada TPM kerana berkata, "Saya membayar untuk permainan golf ini. Setiap orang mesti membayar sendiri. Malah Timbalan Perdana Menteri datang ke sini (Sabtu) untuk bermain golf. Kenapa tidak seorang pun bertanya perkara itu kepadanya?"

Kata-kata tersebut disifatkan sebagai "menyamakan dirinya dengan Timbalan Perdana Menteri".
Nampaknya seolah-olah sengaja nak mencari salah atau mengada-adakan isu yang sebanarnya tak ada.

Tidakkah itu keterlaluan ? Kita nampaknya terlalu memuliakan pemimpin sehingga ke tahap melampau. Menghormati pemimpin memang satu kewajipan tetapi kalau kenyataan di atas dilihat sebagai menyamakan diri dengan menteri, itu sudah keterlaluan.

Tentu kita biasa mendengar syarahan agama yang membandingkan kita dengan Rasulullah. Misalnya, sedangkan Rasulullah s.a.w. pun beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari, jadi eloklah kita memperbanyakkan istighfar kepada Allah.

Salahkah kenyataan seperti di atas ?

Friday, August 12, 2005

Thursday, August 11, 2005

Friday, August 05, 2005

Lebih ramai pesakit mental 2020

JOHOR BAHRU 4 Ogos - Penyakit mental bakal menjadi penyakit nombor satu negara jika tidak diatasi segera menjelang tahun 2020 - tahun Malaysia diramal muncul sebagai negara maju.

Presiden Pertubuhan Sokongan Penyakit Mental Negeri Johor (Minda), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar ketika mendedahkan perkara itu berkata, kemungkinan itu tidak boleh ditolak memandangkan tekanan psikososial yang semakin hebat berlaku dalam masyarakat pada masa ini.

Petikan Utusan Malaysia, Jumaat, 5-Ogos 2005.

Banggakah kita jadi negara maju kalau bilangan pesakit mental semakin bertambah ? Sakit mental banyak puncanya. Jika ia sakit keturunan, memang sukar untuk diubati. Jika kerana masalah tekanan hidup, kembalilah kepada Islam. Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Graduan tak tahu nama menteri

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh mendedahkan kebanyakan graduan yang mengikuti sesi temu duga kelolaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tidak dapat menjawab soalan berkaitan pengetahuan am.

Lebih menyedihkan, mereka tidak tahu mengenai perkara asas seperti nama menteri. Mungkin, kalau ditanya mengenai siapa Menteri Pengajian Tinggi pun mereka tidak tahu,” katanya di sini, semalam.

Petikan Berita Harian, Jumaat, 5-Ogos-2005.

Memanglah, sebab yang ditanya ialah nama menteri. Cuba kalau suruh sebut satu-persatu nama pelajar Akedemi Fantasia, tentu mereka dapat jawab.

Janganlah kita tuding jari kepada sesiapa kenapa jadi begini. Ibu bapa, pengajar, kerajaan dan pelajar itu sendiri, semua mahu ingatlah. Kita yang mencorakkan masyarakat kita.

Thursday, July 07, 2005

Dari hal judi

Berita Harian 7 Julai 2005
--------------------------
Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Ian Chin menolak permohonan oleh kedua-dua kasino itu untuk mendaftarkan penghakiman yang diperoleh daripada Mahkamah Tinggi di England itu di dalam Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak mengikut Akta Pelaksanaan Penghakiman Timbal Balas, 1958.

Dalam penghakimannya, Chin berkata, penolakan permohonan itu disebabkan perjudian bertentangan dengan dasar awam negara ini, iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan mengamalkan tingkah laku sosial yang baik seperti terkandung dalam Rukun Negara.

Kalau dah judi tu bertentangan dengan dasar awam negara ini dan Rukun Negara, kenapa judi masih dihalalkan di Malaysia ?

Wednesday, June 29, 2005

Menyucikan UMNO

Berita Harian 29-06-2005

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengesahkan bahawa Tan Sri Mohd Isa Samad saja di kalangan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang disiasat Lembaga Disiplin Umno setakat ini.

--------------------

Dengan ini, beranikah kita membuat kesimpulan bahawa tiada lagi pemimpin (yang terpilih dalam AGM Umno tempoh hari) yang rasuah dalam UMNO ? Tentu tiada orang yang berani memberi jaminan sedemikian. Ini jelas membuktikan bahawa pemakan rasuah masih berkuasa dalam Umno.

Jika dicongak, berapa peratus pula daripada perwakilan yang diberi kepercayaan untuk memilih pemimpin tempoh hari yang menerima rasuah ? Apa muslihat Umno disebalik tidak menyerahkan kepada BPR untuk melakukan siasatan ? Tidak percaya kepada BPR atau bimbang lebih ramai menteri, exco dan pemimpin kanan dalam Umno yang akan terbongkar dengan amalan rasuah yang seterusnya memungkinkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan hari ini ?

Jika dalam pemilihan Umno, mereka menggunakan wang dan salah guna kuasa, bagaimana pula dengan pilihanraya umum ? Tidak mungkinkah perkara sebegini turut berlaku ?

Fikirkanlah. Bertindaklah. Jangan terlalu takut untuk melakukan perubahan.

Monday, March 14, 2005

Islam Hadhari

Selepas membaca beberapa artikel dan pandangan mengenai penjelasan terhadap terma "Islam Hadhari", saya berpendapat bahawa istilah "Islam Hadhari" itu sangat mengelirukan sehingga menyebabkan timbul salah faham, kekeliruan dalam masyarakat baik masyarakat Islam, apatah lagi masyarakat bukan Islam.
Usah disalahkan golongan yang menentangnya kerana sememangnya jika dilihat daripada segi bahasa, istilah itu janggal, nampak mengelirukan dan jika ditanya para Imam-imam yang menyokong pun, pasti ada yang gagal menjawab dengan baik apatah lagi dengan tepat. Nampaknya, slogan "Membangun Bersama Islam" lebih mudah difahami semua lapisan masyarakat, tidak menimbulkan polemik dan mudah diterima masyarakat.

Baca saja buku tulisan Tuan Guru Dato' Hj Abdul Hadi Awang dan anda pasti memahami kenapa parti pembangkang itu beriya-iya menentang "Islam Hadhari".

Daripada segi perlaksanaan pula, Islam Hadhari jelas begitu lemah. Tampak seolah-olah Islam Hadhari hanya satu gimik kerajaan untuk menarik sokongan golongan yang cintakan Islam untuk menyokong parti yang menunjangi kerajaan. Lihat sahaja majlis-majlis hiburan yang dipenuhi maksiat bukan cuba untuk dielakkan, malah diberi pula sokongan. Setidak-tidaknya, jika kerajaan tidak dapat menghalang majlis yang menyuburkan budaya hedonisme itu berlangsung, janganlah pula turut melabur secara langsung dalam majlis sebegitu. Tidakkah ianya bertentangan dengan prinsip pertama (Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi), ketiga (Rakyat berjiwa merdeka) dan kelapan (Keutuhan budaya dan moral) daripada 10 prinsip asas pendekatan Islam Hadhari ?

Jika kerajaan pula yang menjadi penganjurnya, tentu lebih mudah untuk mencorakkan majlis tersebut supaya selaras dengan prinsip Islam Hadhari. Malangnya, majlis anjuran kerajaan sendiri dihiasi tarian wanita mendedahkan aurat (bukan sekadar terdedah malah seksi pula), terkinja-kinja, terlompat-lompat dikhalayak umum. Dalam majlis sebegini berlangsung, tiada siapa cuba sebut Islam Hadhari kerana ia pasti pedas untuk didengar.

Fikir-fikirkanlah.