Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya perumpamaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api.
Adapun rakan baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu sama ada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli daripadanya ataupun kamu dapat bauan wanginya juga. Rakan buruk seperti tukang besi penyala api pula, sama ada akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak." (Riwayat Muslim)
Kesimpulannya, wajiblah seseorang itu mencari rakan yang baik termasuk teman lelaki.
Antara tanda lelaki itu baik adalah dia tidak membicarakan soal seks atau perkara yang menaikkan syahwat, tidak kira sama ada dalam perbualan ketika berjumpa, melalui telefon atau SMS.
Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali jika mereka juga bertaubat.
No comments:
Post a Comment