Monday, August 24, 2015

Perpecahan PAS, bukan sahaja PAS yang rugi malah Pakatan juga rugi

Ketika UMNO berada pada kedudukan sangat lemah, PAS juga sedang melemah.

Ketika BN berada dalam kedudukan sangat terancam, Pakatan tidak berada dalam kedudukan bersedia untuk merebut peluang.

Pakatan Rakyat secara rasminya sudah tidak wujud. Hanya di Selangor, wujud sebuah kerajaan perpaduan pembangkang (pembangkang di peringkat parlimen) dan saya namakan Pakatan sahaja.

Ketika ini, satu demi satu pimpinan Pas peringkat kawasan dan cawangan melepaskan jawatan terutama di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan mungkin akan terus merebak.

Pihak yang menggelarkan kumpulan mereka GHB menjadi bertambah bersemangat memerhatikan fenomena ini manakala pihak Pas yang cuba bertahan sedikit terkesan.

Namun bagi saya, kekuatan GHB ini bukanlah betul2 kuat. Ia akan terbukti sedikit masa lagi. Perpecahan ini bakal merugikan Pakatan jika ia berterusan sehingga PRU 14 akan datang.

Pakatan tidak akan mampu pergi jauh jika Pas tidak dilibatkan bersama.

BERSIH 4.0 yang dirancang beberapa hari sebelum sambutan hari kebangsaan pun pasti akan terjejas jika Pas terus dipinggirkan. Percayalah. Anda akan dapat lihat nanti betapa Bersih 4.0 lebih kecil sokongannya berbanding versi sebelumnya kerana keangkuhan Dap dan sekularis Bersih 4.0

Sudah 3 kali Bersih dianjurkan, Pas telah memberi komitmen dan sokongan yang baik. Malangnya kali ini Pas dipinggirkan atas desakan Dap. Ia bermakna sumbangan Pas selama ini bukan sahaja tidak dihargai tetapi parti itu pula dihina sebegitu rupa.

Bagi saya, Pas wajar untuk tidak campur tangan dalam Bersih 4.0 sebagai protes senyap. Mustakbirin yang angkuh mahu mengenepikan Pas perlu diberikan mesej bahawa mereka sudah silap perhitungan.

Penyokong2 setia Pas jangan libatkan diri memberi sokongan, bukan kerana Pas menyokong Umno. Bukan kerana Pas tidak menyokong perjuangan Bersih. Tetapi kerana Pas dipinggirkan secara terancang. Presiden Pas sedang diberikan mesej tersirat oleh mustakbirin ini supaya berundur. Menjayakan Bersih 4.0 bererti kita mahu menunjukkan pintu keluar kepada Presiden Pas.

Walaupun saya sendiri suka juga kalau presiden Pas digantikan,  (hik..hik..hik..maafkan saya) tetapi bukan dengan cara yang menghinakan begini. Saya suka dia berundur secara terhormat dan masih disayangi penyokong2nya hingga kehilangannya dirasai, jasa nya disebut2 dan kata2nya sentiasa meniti dibibir dan diulang siar. Nasihatnya tetap ditagih walau sudah berundur secara rasmi.

Barsih 4.0 adalah ujian untuk melihat sejauh mana kesannya kepada Pakatan jika Pas tidak dilibatkan. Jika Bersih 4.0 berjaya, bermakna Pas boleh diketepikan dalam PRU 14. Jika gagal, bermakna rancangan lain perlu dirangka untuk membolehkan Pas kembali dalam Pakatan.

Saya percaya, ada pihak akan kembali mahu menagih sokongan Pas sama ada sebelum PRU 14 atau selewat2nya sejurus selepas keputusan PRU 14 diumumkan.


No comments: