Kenapa tiba-tiba kecoh di Terengganu ? Macam mana boleh berlaku rusuhan ? Siapa yang cuba mengaut untung ? Siapa sebenarnya yang untung ? Siapa pula yang rugi ?
Siapa yang bakar bendera ? Aku hanya dapat lihat gambar yang disiarkan oleh Berita Harian. Memang gambar tu nampak pelik. Tapi aku yakin 100%, pemuda yang bakar bendera tu tak akan dapat ditangkap oleh polis. Paling bagus polis boleh buat ialah menangkap seekor kambing hitam untuk dikendurikan.
Aku dah tak layak untuk buat ulasan tentang iklim politik di Terengganu. Dulu aku yakin benar, PAS tak akan menang di Terengganu dalam pilihanraya 1999. Kalau menang pun tak sampai 2/3. Kemudian, dalam tahun 2004, aku begitu yakin, PAS akan terus memerintah negeri Darul Iman itu dan gelombang biru hanya gempak sahaja.
Tapi sebagai seorang anak Terengganu, perkembangan politik negeri tanah tumpah darah aku tu tetap menarik minat aku. Kali ini, aku nampak, kerajaan BN Terengganu agak utuh. Sebabnya semasa PAS memerintah dulu, memang nampak suasana agak muram, tak cukup bajet. Peruntukan untuk belia dan sukan pun terlihat kekurangannya. Rumput tepi jalan tumbuh meliar, panjang tak terurus. Bendera koyak berkibaran di sana-sini mencacatkan pandangan. Belum lagi cakap-cakap belakang pasal wakil rakyat PAS yang bersikap saling tak tumpah macam pengerusi JKKK Umno. Urus negeri macam urus kampung darat. Sekali lagi, aku yakin, BN akan terus memerintah Negeri Terengganu dalam pilihanraya yang terhampir ini.
Kalau begitu kenapa perlu kecoh-kecoh ? Macam risau sangat je. Macam ada yang tak lena tidur je. Apa hal ? Bukankah BN sudah membangunkan Terengganu dengan begitu pesat hingga di luar jangkaan, tak pernah terlihat dek rakyat Terengganu.
Jadi kenapa perlu sekat rakyat yang mahukan maklumat alternatif ? Biarlah dia orang bandingkan sendiri maklumat pro BN dengan maklumat pro pembangkang. Yang benar pasti akan terserlah juga. Rakyat dah tahu bagaimana bijaknya pemimpin kedua-dua parti menguruskan negeri dan masalah rakyat. Atau ada maklumat tertentu yang cuba didedahkan atau disembunyikan ?
No comments:
Post a Comment