LONDON: Pelajar perubatan adalah yang terbanyak menjalin hubungan asmara berbanding pelajar jurusan lain, menurut tinjauan yang dipetik akhbar di sini, semalam.
Pada masa sama, tinjauan itu juga mendapati, kolej yang pelajarnya banyak terbabit dalam hubungan seks adalah yang paling teruk dari segi pencapaian akademik.
Tinjauan membabitkan lebih 1,000 pelajar di Universiti Cambridge mendapati, pelajar perubatan secara puratanya ada lapan kekasih di ranjang.
Tinjauan akhbar universiti itu juga mendapati, pelajar jurusan agama paling kurang dengan purata dua kekasih di ranjang. Pelajar sains politik pula tujuh, pelajar bahasa (6) dan pelajar sejarah ada enam kekasih seksual, lapor The Telegraph.
Selain itu, kira-kira 25 peratus responden mengaku terbabit dalam hubungan seks ganas; 40 peratus melakukan hubungan asmara sekali saja dan lebih 60 peratus tidak pernah menjalani pemeriksaan sama ada menghidap penyakit jangkitan seks. - Agensi
No comments:
Post a Comment