Monday, May 24, 2010

Gerakan : PAS amalkan diskriminasi

Kata ketua pemuda Gerakan Kedah,

PAS masih mengamalkan dasar diskriminasi terhadap golongan bukan Islam di dalam partinya.

Perkembangan terkini juga jelas menunjukkan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS, yang terdiri dari golongan bukan Islam, akan terus terpinggir dengan keahlian "kelas kedua".


Memang double standard. Sebagai contoh, kalau ahli Muslim PAS minum arak, saya pasti, ahli itu akan dipecat. Pas mesti mahu mahkamah menjatuhkan hukuman sebat kepada ahlinya itu. Kalau ahli Dewan Penyokong PAS pula minum arak, apa tindakannya ? Mungkin nasihat atau kata dua saja kot. Atau tiada tindakan apa2 ?

Kalau bersekedudukan pula macam mana ? Yang berjudi ? Kalau ahli Dewan penyokong PAS mahu layanan sama rata, rasanya bukan susah. Pas tentu lagi suka.

Apapun, saya tak pasti apakah etika dan displin yang perlu ada pada ahli Dewan penyokong PAS nanti.

Dulu, ketika keahlian Umno dibuka kepada penduduk Sabah, ada pemimpin Pas kata, sekarang orang Umno dah makan babi (Umno Sabah). Yang kristian pun ada.

Lepas ini, apakah kita akan mendengar pula, orang Pas pun ada yang makan babi ?

2 comments:

Anonymous said...

saya tak terkejut pun kalau ahli PAS (dari dewan himpunan baru mereka) ada makan babi.

Yanaam said...

Memang tak terkejut kalau org tu bukan Islam. Yg terkejut ialah bila pemimpin2 yg mengaku Islam dlm Umno selamba derk minum arak dan kaki perempuan.