Pada 1985, seorangulama di utara tanah air dibunuh kejam bersama pengikutnya. Mereka turut difitnah sebagai musyrik, guna tangkal. Keluarga mereka teraniaya, terhukum dan terfitnah.
Setahun selepas itu, ekonomi negara semakin gawat. Tahun berikutnya pula, kegawatan ekonomi membawa kepada perpecahan UMNO, UMNO diisytiharkan haram, ahlinya terpecah dan kuasanya di Kelantan terlepas.
Pada tahun 1997, seorang mufti dipecat dengan penuh tipu muslihat. Beberapa ulama lain digam daripada ke udara di tv dan radio.
Tahun berikutnya, ekonomi gawat, UMNO terbelah lagi, sebuah negeri lagi terlepas daripada UMNO walau cuma sepenggal. Juga berlaku krisis air yang sangat teruk di lembah Klang pada waktu itu. Jerebu melampau turut melanda.
Kebetulannya, ia berlaku pada era Mahathir. Era Mahathir yang panjang dari 1980 hingga 2003 menyaksikan beberapa perkembangan menarik tentang Islam seperti Uniersiti Islam, ekonomi Islam, juga peristiwa buruk seperti yang saya bawakan di atas.
Memang kita selalu kaitkan dengan faktor duniawi sahaja, faktor hubungan manusia dengan manusia, kebijaksanaan manusia, kelalaian manusia, kesilapan luar jangka, ketamakan dan sebagainya.
Tapi kita lupa kaitkan dengan hubungan kita dengan Allah, keangkuhan kita, maksiat kita, zalim kita, jahil kita, menghina sunnah, menghina nabi, menghina hukum Tuhan, mempersendakan ulama malah menzalimi dan memfitnah mereka.
Apakah kita fikir Allah akan membiarkan kita berbuat sesuka hati sedang kita mengaku Islam ?
Al Ankabut (Surah 29 ayat 2-3)
2: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?
3: Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.
Kenapa manusia engkar (kufur)?
No comments:
Post a Comment