Kalau anda mencari calon suami atau isteri, anda pasti akan dapati calon anda itu ada cacat celanya, ada kekurangan dan kelemahannya. Tak mungkin dia serba sempurna walaupun dia sentiasa berazam dan berusaha untuk menjadi insan yang kamil.
Jangan pilih untuk tidak berkahwin kerana ia bukan sunnah. Ia tidak membawa kebaikan kepada Islam dan umat Islam malah berusahalah untuk melahirkan umat Islam yang berkualiti.
Kalau anda memilih untuk mengundi, anda pasti akan dapati parti dan calon yang bertanding di tempat anda ada kelemahan dan kekurangan tertentu. Walaupun cakapnya macam bagus, teorinya sungguh menakjubkan, menarik dan hebat, tapi bila ke peringkat perlaksanaan, anda pasti akan dapati ia tidaklah seperti yang disangkakan.
Tetapi jangan pilih untuk tidak mengundi. Ia bererti anda menyerahkan urusan memilih pemimpin yang akan merancang dan menggariskan dasar kepada orang yang belum tentu latar belakangnya. Mereka mungkin orang kafir yang benci dengan Islam. Mereka mungkin orang munafiq yang hanya bermuka2 dengan Islam.
Memang kita hanya merancang. Kadang2 calon yang dipilih itu khianat. Calon itu melompat. Tetapi setidak-tidaknya, kaji dan lihatlah akhlaknya. Sejarah latar belakangnya. Selebihnya, berserahlah kepada Allah.
Ingatlah, kita akan ditanya kenapa kita pilih parti itu. Kenapa kita pilih calon itu. Adakah kerana mahu BR1M ? Adakah kerana mahu harga kereta turun ? Adakah kerana mahu harga petrol turun ? Adakah kerana mahu air percuma ? Adakah kerana kesian kepada calon itu ? Adakah kerana mahu lihat Islam subur dibumi Allah ? Kerana Allah ? Kerana ibu bapa kita sokong yang itu ? Atau kerana apa ?
Apa kita nak jawab di hadapan Allah esok ?
No comments:
Post a Comment