Tuesday, April 30, 2013

Kekitaan Terengganu Kita

Kalau dilihat semula lembaran sejarah PAS di Terengganu, kerajaan PAS yang pertama yang pernah terbentuk di Terengganu telah runtuh akibat sifat faham politik sempit penggiat politik dalam PAS itu sendiri. Ia menjadi lebih buruk apabila pihak yang lagi satu pula merajuk dan mengambil langkah khianat, berpaling tadah.

Hakikatnya, ketika itu, PAS Terengganu tiada tokoh yang benar2 berkarisma dan berwibawa untuk diketengahkan. Burhanuddin Helmi telah memilih bukan tokoh tempatan tetapi berkemampuan merancang dan mengatur strategi. Ternyata tokoh tersebut telah berjaya. Malangnya ia diketepikan oleh sifat taksub kenegerian Terengganu. Dia dibantah daripada dilantik menjadi MB Terengganu.

Lalu bermulalah duri dalam daging mencemar kerajaan negeri dan peluang tersebut direbut oleh lawan untuk dengan mudah menjatuhkan kerajaan PAS.

Sifat kenegerian ini nyata masih menebal di Terengganu hingga kini. Mohamed Sabu pernah gagal menang di kerusi parlimen KT, Nasaruddin Mat Isa pernah tewas di Besut. Namun rekod menunjukkan Datuk Onn pernah menang di Terengganu, begitu juga Khatijah Sidek (kedua2nya bukan anak watan Terengganu).

PAS Terengganu juga dilihat kurang bertolak ansur berbanding PAS Kelantan. Memang PAS Terengganu kuat berbanding PKR tetapi masalahnya, PAS tak pernah menang di Terengganu. Dengan sokongan PKR yang lemah itulah, PAS mampu menang di Terengganu. Jadi salahkah kalau PAS Terengganu lebih bertolak ansur supaya PKR tidak melihat PAS Terengganu terlalu sombong dan tampak lebih tawaduk.

Pemimin PAS nampaknya lebih mahu ikut cakap orang bawah berbanding menasihati orang bawah supaya bekerja untuk kemenangan. Memanglah mereka yang buat kerja, dan sebelah sana pula lemah tetapi saya kira ini benar2 menguji sifat antara tamak dan tolak ansur.

Saya tidak menaruh harapan tinggi dengan PAS Terengganu kerana sikap mereka masih begitu. Malah PKR Terengganu pun nampak seperti ada sifat yang serupa. Tak mustahil UMNO Terengganu juga begitu kerana tak silap saya, Hishamuddin Hussein pun ada masalah ketika menjadi Ketua perhubungan UMNO Terengganu sebelum diserah kepada Ahmad Said.

Begitulah perangai orang Terengganu. Terengganu Kita. Kaya dengan sifat kekitaan.

No comments: