Tuesday, December 24, 2013

Berita palsu


Kita sering diberitahu, operator 999 selalu  menerima laporan palsu dan ini merugikan wang negara dan masa.

Tetapi, jika ada pihak yang buat panggilan palsu didakwa, tiada laporan mengenainya.

Saya harap orang yang suka buat laporan palsu sebegini bukan sahaja didakwa dan dihukum, bahkan warwarkan berita itu supaya budak2 yang gatal tangan seperti itu ambil pengajaran.

Dalam isu berita palsu kononnya Bukit Aman dibom, walaupun laporan itu jelas nampak palsunya, saya harap budak itu akan didakwa dan dihukum. Biar semua orang faham, bukan semua benda boleh buat main2. Gurau bodoh macam tu patut terima pengajaran.

Masa saya sekolah dulu, ada seorang "saudara" saya atau jiran saya yang telah buat panggilan palsu, mendakwa dia diculik dan bapanya diugut dengan sejumlah wang.

Polis datang satu lori, mengepung rumahnya dan akhirnya dia ditangkap. Saya tak pasti apa kesudahannya. Masa tu "saudara" saya tu masih budak lagi. Mungkin baru umur 13 tahun lebih kurang. Ayahnya seorang cikgu malu besar angkara perbuatan nakal si anak.

Kalaupun masih budak, biarlah dia dihukum secara budak (juvana) dan kalau dah dewasa, tanggunglah akibatnya sendiri kerana perbuatan yang kebudak2an.

No comments: