Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan. Akhir-akhir ini, aku banyak mencari dan membaca artikel-artikel sejarah tanah air yang ku cintai ini. Sama ada yang dari kaca mata UMNO mahu pun sebaliknya. Sayang sekali aku tak berkesempatan ke perpustakaan untuk menimba maklumat yang lebih banyak tentang sejarah negara.
Aku hanya sempat belajar sejarah sehingga ke tingkatan tiga sahaja. Pada masa itu, aku belajar sejarah dengan rasa bercampur-campur. Hakikatnya aku meminati sejarah tetapi pengaruh kawan-kawan yang memandang rendah kepada pentingnya subjek sejarah menjadikan aku turut terikut-ikut dengan sikap mereka.
Sejarah sebenarnya menjadikan kita bijak. Sejarah sangat penting dalam memupuk perasaan cintakan negara (dalam kontek sejarah negara). Mempelajari sejarah membolehkan kita mengenali siapa diri kita sebenarnya. Kalau anda tahu betapa susahnya kehidupan ibu bapa anda, bagaimanakah anda tergamak untuk hidup berpoya-poya, hidup sekadar untuk hiburan, untuk memuaskan hawa nafsu sahaja ? Jika anda tahu sejarah, anda akan lebih bijak berhujjah. Kalau anda jahil sejarah, pendapat anda mungkin akan terbabas dan mudah dipatahkan oleh orang lain.
Jika anda berjuang untuk sesebuah organisasi sekalipun, adalah amat penting untuk anda mengenali sejarah penubuhan dan perjuangan organisasi anda itu. Jika anda mahu bercakap tentang erti kemerdekaan, fahamilah dulu sejarah negara dan sejarah keluarga anda.
No comments:
Post a Comment