Begitu bersemangat anak-anak melayu malaysia berforum membantah, mengkritik dan tidak kurang juga memaki hamun penghina lagu negaraku, Namewee. Malang sekali, bahasa yang digunakan tidak menggambarkan cintanya pada negara, cinta kepada bahasa kebangsaan serta budaya Islam mahupun budaya kebangsaan Malaysia.
Kenapakah sukar sangat untuk kita menggunakan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan dan mungkin juga bahasa ibunda kebanyakan daripada kita dengan betul ? Sudahlah bahasa itu dirojakkan, bahkan dirosakkan pula. Itu mejadi itew, soalan menjadi soklan, engkau/kamu menjadi ko, cerita menjadi citer, kerja menjadi keje, suka mejadi suker dan berbagai lagi. Tiada rasa kesal atau peka langsung dengan bahasa yang dirosakkan.
Aku bukanlah bijak sangat dalam subjek Bahasa Melayu/Malaysia tetapi berusahalah dengan lebih gigih untuk menggunakan bahasa Melayu di internet dengan betul. Cintailah bahasa kita. Apa erti 50 tahun kemerdekaan jika jati diri kita tidak menyerlahkan sikap tanggungjawab kepada negara ? Sudahlah kaum Cina tidak ramai yang mahu memartabatkan bahasa melayu, kaum melayu sendiri pun tidak endahkannya. Tidak hairanlah kaum melayu selalu menjadi mangsa ejekan dan sindiran.
No comments:
Post a Comment