Monday, December 31, 2007

Apa khabar Kuala Terengganu

Assalamualaikum.

Baru je balik dari KT minggu lepas. Nak naik taraf jadi bandaraya dah. Tak tahulah bandaraya konsep (macam Kota Bharu) atau bandaraya penuh.

Walaupun Kuantan lebih dulu palu gendang untuk naik taraf jadi bandaraya dengan sasaran tahun 2007 (http://www.mpk.gov.my/bul07a.html) , KT yang lebih dulu dapat. Orang Kuantan kena kerja keras lagi. Syabas orang KT.

Naik taraf jalan banyak tak siap lagi. Selenggara sampah belum cukup cekap lagi. Kat Penang, pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang datang kutip sampah ke ceruk-ceruk kawasan rumah yang sempit dengan berjalan kaki, sampah dikumpul dijalan besar untuk dipungut lori sampah. Di KT, penduduk kena hantar sampah ke tepi jalan besar. Senang kerja MPKT/MBKT.

Longkang kat kawasan perumahan terancang ada yang tak diselenggara. Tersumbat bertahun-tahun tak diservis. Alhamdulillah, longkang depan rumah aku di Ampang dibersihkan setiap tahun oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya tanpa perlu dikomplen.

Lain-lain perkhidmatan tak tahu lah sebab cuma sekejap-sekejap je balik ke KT. Perkhidmatan kaunter, parking, pengangkutan awam dsb.

Macam mana MBKT nak kutip cukai RM80juta setahun (syarat bandaraya penuh)? Naik cukai kang rakyat marah. Kalau cukai ciput, macam mana nak bagi servis bertaraf bandaraya ?

Apapun, sama-samalah kita tunggu apa faedahnya status bandaraya kepada komuniti KT khasnya dan Negeri Terengganu amnya. Semoga berbaloi.

2 comments:

bride-to-be said...

salam...

saya menjengah...
:)

Yanaam said...

Salam.

Terima kasih sudi menjengah. ;)