Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam.
Begitulah bunyi mesej ringkas iklan satu jenama ubat gigi. Pagi ini, aku terima email daripada seorang sahabat pasal ubat gigi beracun. Bukan isu baru, dah lama pun. Ada mesej daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Dulu isu yang ditimbulkan ialah status halal.
Siasat punya siasat, PPIM mengaku ada share dalam syarikat pengeluar ubat gigi mukmin. Tak pastilah pula sama ada share atas nama PPIM atau individu tertentu di PPIM. Tapi ini bukanlah kali pertama kes seperti ini. Sebelum ni, isu roti High5 pun hampir sama. Tak dapat dinafikan kilang High5 Nilai dah buat silap. Tapi akhirnya dapat diketahui juga, PPIM ada bekerjasama dengan Gardenia. Dah tentunya dapat sokongan kewangan sedikit sebanyak daripada Gardenia. Ye lah, nak hidupkan persatuan kena pakai duit jugak. Nak harapkan subsidi kerajaan je mana boleh.
Tapi itu lah hakikatnya. PPIM sebenarnya ada kepentingan dalam syarikat-syarikat tertentu. Bagus lah begitu. Tapi bila sampai memburuk-burukkan, mencari kesalahan, dan mendedahkan kesalahan pihak lain tu, biarlah berpada-pada. Nampak macam tak ikhlas je.
Aku tak guna ubat gigi Mukmin sebab mahal. Aku guna Halagel je. Lagi pun, setakat ni, halagel tak ada cari pasal, bersaing cara yang tak sihat dengan produk lain. Cool je. (Cool tu bahasa Melayunya apa ha ?). Dulu TDM ada share dalam Halagel. Sekarang tak pastilah pula masih ada ke tidak. Yang pasti, Halagel pun banyak share orang Islam juga. Halal dan murah pula. Jadi memang sesuai dengan aku dan keluarga ku. He..he..
Kepada usahawan Muslim, bersainglah secara sihat. Jangan nak cari salah orang je seolah-olah kita sempurna sangat ada nya. Tak tipu, tak beracun, halal, bersih. Tapi bagaimana pula cara yang digunakan. Halal ke ? Jujur ke ? Bersih ke ? Tak tipu ke ?
Seperti disebutkan awal-awal tadi, isu ni bukan baru. Tapi sampai sekarang kerajaan diam je. Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengguna (KPDNHEP) dan lain-lain persatuan pengguna tu tidur je ke ? Atau isu ini sengaja diperbesarkan untuk kepentingan tertentu ? Atau sengaja didiamkan untuk kepentingan tertentu juga ?
Dulu orang melayu lama gosok gigi dengan tembakau sampai ada yang kena kanser mulut. Cuma masyarakat masa tu tak sedar je sebab tak ada laporan doktor. Kalau sakit pun jumpa tok bomoh je. Hiris limau ke dalam air. Hembus-hembus sikit, bagi air sejuk untuk diminum. Nenek saudara aku yang aku panggil Tokwe Halus (Halus tu nama dia) pun gosok gigi dengan tembakau sental juga. Panjang umurnya. Mau dekat 90 tahun kalau pun tak lebih.
Akhir kata, marilah kita sama-sama mencari yang halal. Halal sumbernya, halal caranya, halal zahirnya, halal segalanya. Semoga hidup kita diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment