Saya suka makan nasi dagang terutama nasi dagang Terengganu. Di KL, ada satu tempat yang nasi dagangnya memang sedap. Pengusahanya adalah orang Terengganu.
Hampir setiap minggu atau setidak-tidaknya, 2 minggu sekali, saya bawa keluarga saya bersarapan nasi dagang di AU5 Hulu Klang. Waktu perniagaannya saya tak pasti. Selain nasi dagang, juga ada disediakan roti bom dan nasi lemak. Ia terletak di sebelah stesen minyak esso dan petronas.
Anda boleh download placemark nasi dagang tu di sini. Gunakan googleearth untuk tahu di mana lokasinya.
2 comments:
hey, saya nak belanja anda makan nasi dagang di batu burok! bila agaknya?
Hah ? Serius ke ni ? Terima kasih.
Saya memang teringin makan nasi dagang di Terengganu.
Beberapa bulan lepas, masa balik kampung, saya ada tanya anak saudara saya, kat mana nak makan nasi dagang yang sedap ? Dia kata dia tak berapa tahu, kalau mama dan abah dia mungkin lebih tahu.
Kemudian dia cadangkan nasi dagang RM45 yang heboh satu ketika dahulu sebab jual kepala ikan aya dengan harga RM45.
Saya rindukan nasi dagang mak saya. Memang sedap tapi dia tak berniaga. Hanya untuk hari raya. Sekarang dia dah tak boleh memasak lagi kerana sudah uzur.
Terima kasih sekali lagi dan salam daripada saya untuk anda sekeluarga.
Post a Comment