Dalam satu kuliyah / tazkirah yang saya dengar, sang ustaz membaca sebuah hadis rasulullah dalam bab melaknat (caci, maki, cerca dan seumpamanya).
Kesimpulannya begini.
Dikatakan, bila kita maki seseorang, maka kata2 makian itu akan pergi kepada orang yang dimaksudkan. Jika dia memang layak menerima kata2 makian itu, maka dia akan terima akibatnya.
Jika si mangsa tidak layak untuk terima kata2 makian itu, maka ucapan maki itu akan mengadu kepada Allah. Lalu Allah akan perintahkan supaya kata2 itu kembali kepada orang yang mengucapkannya.
Layak atau tidak seseorang terima cacian bukan atas pertimbangan org yang melontarkannya, tetapi atas pandangan Allah.
Oleh itu, berhati2lah jika kita suka atau mudah lafaz kata2 makian. Jangan juga dimaki benda2 yang bukan manusia seperti lampu isyarat, batu, pokok, angin, hujan, lopak atau binatang2 kerana ia pasti boleh membawa akibat yang buruk kepada pihak yang melantarkan kata2 makian itu.
Kalau dah ter.... lafaz, cepat2 beristighfar. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.
No comments:
Post a Comment