KUALA LUMPUR, 22 Feb: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Saham Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.
Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.
Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.
Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.
"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodoh la kalau tak jual untuk ambik kesempatan keuntungan.
"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya!," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.
Betul kata Ku Li. Orang Felda ni tahu ke pasal risiko untung rugi ? Risiko penyenaraian awam ? Bagaimana mahu mengaut untung melalui pasaran saham ?
Kalau dah ada saham, apa yang mereka perlu buat ? Simpan saja sampai mati ? Atau jual ketika harga tinggi dan beli ketika harga rendah ?
Kalau peneroka mati, bagaimana pula saham itu nak diagih2kan secara faraidh ? Sudahnya, tergadai juga tanah pusaka di Felda.
Akhirnya jadi macam Melayu Pulau Pinang yang gadai tanah kepada ceti. Hari ini,anak cucu dihalau daripada tanah pusaka orang tua. Bukan salah kerajaan melainkan kerana kejahilan sendiri juga.
Kata Ku Li lagi, "Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini. Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ."
Peneroka dan anak cucu mereka benar2 faham ke ?
No comments:
Post a Comment