Banyak pihak membuat ramalan pilihan raya. Ia tak susah. Letak je mana2 tarikh yang dikira manasabah. Salah, bukan kena bayar pun. Salah, bukan ilang kredibiliti pun. Sebab kita cari makan bukan dengan membuat ramalan.
Tarikh yang di ramal, tentu ada pertimbangan dan rasionalitinya.
1. Tidak sesuai mengadakan pilihan raya pada bulan puasa terutama dah hampir nak raya. Pernah pilihanraya negeri di Sabah dibuat pada bulan puasa. Sabah boleh lah.
2. Tidak sesuai buat pilihanraya pada masa kemuncak musim haji kerana UMNO yakin undi Melayu/Islam memihak kepadanya.
3. Kurang sesuai buat pilihanraya pada musim peperiksaan dan musim hujan.
4. Tidak bijak mengadakan pilihanraya pada hujung penggal pemerintahan kecuali jika BN betul2 yakin boleh kuasai sokongan seperti pada tahun 1974 (PAS dan Gerakan baru masuk BN) dan 1978 (PAS sedang berpecah).
Mungkin ada beberapa kriteria lagi yang boleh ditambah termasuk kesediaan jentera BN, laporan risikan dan sebagainya.
Saya kira, tidak bijak kalau Najib tangguh pembubaran parlimen hingga tahun depan kecuali dengan penuh keterpaksaan.
Bulan puasa (Julai 2012) akan diikuti musim haji, musim periksa dan musim hujan. Kalau selepas raya, cuma ada sedikit sahaja ruang untuk berpilihan raya. Mungkin boleh dipertimbangkan.
Tidak hairanlah ramai yang buat ramalan ia akan diadakan selewat2nya Jun 2012.
Saya yakin PR akan menang di Perak dan Selangor selain P.Pinang dan Kelantan. Dari segi harapan, saya tambah di Terengganu, Kedah dan pertambahan kerusi PR di beberapa negeri BN.
Peluang PR rampas Putrajaya ada tetapi tipis. Kecuali berlaku tsunami kedua, ia pasti berlaku. Saya bimbang beberapa kerusi PR akan tumbang terutama jika melibatkan tokoh2 yang berkaliber.
Pada tahun 80an atau 90an, seorang menteri ada berkata, BN ada lebih 90 cara untuk menang dalam pilihan raya. Kalau tak silap, yang kata tu ialah Musa Hitam.
Saya tak pasti, cara itu masih terpakai hingga kini atau sudah diubah suai mengikut tempoh masa dan teknologi terkini. Sebabnya, sejak itu, sudah beberapa kali UMNO terpecah. Rahsia mereka sudah dihidu oleh bekas jentera mereka sendiri.
Cara paling berkesan ialah mengubah sempadan pilihan raya. Sebab itu setiap dua penggal, BN pasti menang besar. Oleh kerana BN tiada majoriti 2/3, strategi ini tidak dapat diaplikasikan kali ini.
Kita cuma mengharapkan Malaysia akan menjadi lebih baik, dari segi politiknya, ekonominya, urus tadbirnya, kestabilannya, keadilannya, kemakmurannya dan paling penting ialah syariahnya. Percayalah, semakin kerajaan mesra syariah, semakin makmur negara kita. Semakin berkat rezeki kita, semakin negara dan rakyat mendapat rahmat ilahi.
No comments:
Post a Comment