Thursday, February 16, 2012

Upacara agama vs upacara adat

Hari ini, Mufti Perak mengesahkan bahawa Najib tidak menggadaikan akidah pada acara sambutan hari Taiphusam 2012 baru2 ini.

Sementara di pihak lagi satu, disebarkan bagaimana Anwar menyertai satu majlis Ponggal. Siap ada tanda kunyit di dahi.




Isu yang di"highlight" ialah adakah ia upacara adat atau upacara agama.

Ramai tukang komen kata, kalau upacara adat, tak mengapa, kalau upacara agama, itu HARAM.

Saya tak pasti dalil yang mengatakan ia tak mengapa. Memang ada ijmak yang melarang kita menyambut, meraikan agama lain terutama pada hari perayaan keagamaan.

Thaipusam, terang2 hari keagamaan. Ponggal, kurang jelas. Ada yang kata adat, ada yang kata Hindu.

Soalnya, benarkan upacara adat dibolehkan kita pergi merai dan bersama2 mereka memeriahkan majlis ?

Adat melayu sendiripun, kalau jelas bertentangan dengan akidah, kita kena tinggalkan juga. Tak kira apa asal usulnya.

Pesta main pantai Terengganu misalnya hanya adat. Tiada asal usul mana2 agama baik Hindu mahupun Buddha. Begitu juga dengan upacara menepung tawar. Adat2 ini wajib kita tinggalkan dan jangan memeriahkannya semula. Permainan kuda kepang, jua adat dan budaya tetapi sudah difatwakan syirik kerana ada unsur2 pemujaan.

Rasulullah bukan sekadar berdakwah membetulkan akidah Arab, Nasrani dan Yahudi tetapi juga adat2 jahiliyah.

Sama ada adat itu bersumber daripada Nasrani, Yahudi, Majusi atau apa2 bangsa sekalipun termasuk adat dan budaya Arab.

Sebagai orang biasa, elakkanlah daripada terlibat secara sukarela merai dan memeriahkan majlis yang pelik2 termasuk adat orang asli, adat2 suku di Sabah dan Sarawak.

Bagi pemimpin pula, adalah lebih baik mereka mengelak daripada menyertai majlis2 seumpama itu. Oleh kerana kita negara majmuk yang menagih undi daripada semua kaum, para cendekiawan Islam perlu fikirkan apakah yang boleh dan tidak boleh sebagai garis panduan kepada pemimpin Islam khususnya supaya pendirian itu dapat difahami dan dihormati oleh yang bukan Islam.

Saya cenderung kepada; elakkan daripada tindakan yang seolah2 kita merestui kepercayaan karut mereka termasuk upacara perayaan Tahun Baru Cina seperti tarian Naga dan Tarian Singa. Saya sedar, ia mungkin hanya cara mereka berhibur pada hari perayaan itu dan pemimpin Islam pula perlu berhikmah dalam menyampaikan mesej dakwah bahawa Islam itu indah.

Ghairah sangat menagih undi sampai mendahului hukum. Bila pemimpin tertinggi sudah buat, jawatan kuasa fatwa dan mufti2 termasuk dewan ulama mula mengelabah nak ulas.

No comments: