Monday, April 30, 2012

Siapa punca sekatan ke Dataran dirempuh ?

Anwar dan Azmin telah menafikan bahawa mereka telah mengarahkan supaya penyokong Bersih 3 merempuh sekatan.

Selepas menonton video yag dikatakan Anwar dan Azmin yang mengarahkan, saya buat kesimpulan begini.
Sama ada Anwar dan Azmin mengarahkan atau tidak, mereka adalah punca sekatan itu dirempuh. Isyarat, tindak tanduk dan ucapan mereka sepatutnya jelas supaya jangan rempuh sekatan.
Mereka boleh berdolak dalik mengatakan kesalahan menipu dalam pilihan raya lebih besar berbanding mengalihkan sekatan itu. Hakikatnya, mereka adalah punca sekatan itu mula dirempuh.
Memang Dataran Merdeka sepatutnya tidak disekat dengan arahan mahkamah. Demonstrasi ini boleh menjadi aman jika pihak berkuasa tidak menghalang. Jika diberi lampu hijau, pasti ia akan berlangsung dengan aman.
Kedegilan pihak berkuasa yang sengaja mereka-reka alasan diikuti keegoan dan kelicikan Anwar berdolak dalik membuka pintu kepada musibah lebih besar.
Anda yang buat keputusan, anda perlu bertanggung jawab dengan keputusan anda. Rakyat bukan bodoh. Asalkan rakyat menerima maklumat yang jelas, benar dan tepat, rakyat boleh fikir. Rakyat jadi bodoh bila maklumat sebenar disembunyikan dan hanya disogok dengan cerita sebelah pihak.

Polis tak akan dapat kesan siapa mereka



Ketika era reformasi, media massa berjaya merakam adegan ganas kenderaan TV3 dikasari, dipeahkan dan dijahanamkan.
Selepas itu, tiada siapa yang ditangkap polis. Kita tak pernah dengar siapa2 didakwa dimahkamah atas kesalahan itu walaupun kualiti gambarnya baik dan jelas.

Dalam demonstrasi bersih kelmarin, lensa kamera berjaya merakam wajah orang yang mula2 memecahkan benteng polis. Selepas ini, saya tak fikir polis akan tangkap mereka atau berita penangkapan dan pendakwaan mereka akan disiarkan di media utama.

Pihak media utama juga berjaya menyembunyikan berapa besarnya kelompok yang menyokong pilihanraya yang bersih dan adil.

Mereka bukan mahu Najib letak jawatan. Mereka bukan mahu heret Najib ke mahkamah. Mereka bukan mahu Najib bubar parlimen. Mereka bukan mahu ambil alih kuasa. Mereka hanya menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

Saya pun tak percaya pilihanraya di Malaysia ini adil dan bersih. Penipuan paling banyak berlaku di tempat2 yang panas atau dipanggil kelabu. Sejak tahun2 60an hingga kini, penipuan sentiasa dirancang dan tekniknya sentiasa diperbaharui. Keganasan Umno juga sudah bermula sejak tahun2 60an. Bila sebut Umno, mangsa utama merka sudah tentu Pas.

Sebab itu saya tidak akan sokong parti yang sudah sebati dengan menipu untuk menindas dan memastikan Islam hanya sekadar adat dan bukan penghayatan.
Posted by Picasa

Monday, April 23, 2012

LGBT

Asal ada yang bantah LGBT, ia dilihat sebagai sindiran kepada Anwar. Memang puak UMNO menggunakan anti LGBT sebagai alat sindiran kepada Anwar. Tetapi tidak sepatutnya pihak yang menzahirkan anti LGBT itu dilabel sebagai anti Anwar. LGBT memang suatu penyakit dan ia tidak perlu diberi simpati. Hanya kerana UMNO labelkan Anwar sebagai gay, maka kita tidak mahu tunjukkan yang kita anti gay. Itu tak kena. Nasha Mat Isa semalam berada di pentas yang menyentuh isu LGBT. Maka ramai penyokong PR yang terburu2 nak hentam dia. Apakah semua yang mengkritik LGBT sudah dilihat sebagai menyindir Anwar ? Gay bukan semestinya lelaki lembut. Lelaki lembut bukan semestinya gay. Setakat ini, puak Umno hanya berminat untuk mempolitikkan isu gay dan lesbian, tetapi tiada akal untuk menanganinya. Tiada rancangan yang disusun atur untuk berdepan dengan isu ini. Tiada apa2 di TV, radio dan akhbar utama kecuali sekadar alat mainan politik semata2. Dan penyokong kedua2 pihak parti politik terikut2 rentak yang dimahukan oleh puak Umno.

Thursday, April 19, 2012

Fatwa tidak boleh dicabar di mahkamah

Saya rasa, tak ada apa cacatnya jika undang2 "fatwa tidak boleh dicabar di mahkamah" di wujudkan.

Bukan fatwa itu tak boleh dibahas, dibincang atau dikaji semula, cuma tak boleh dipertikai di mahkamah saja. Ia supaya keputusan jawatan kuasa fatwa menjadi tertinggi, lebih tinggi daripada mahkamah.

Keputusan mahkamah lagi teruk, tak boleh dipertikai dan dikritik, malah boleh dihukum pula atas alasan menghina mahkamah. Demokratik kah begitu ? Perkara dalam DUN dan Parlimen pun tak boleh dibawa ke mahkamah. Pun tak demokratik juga.

Demokratik bukan isunya di sini. Ada perkara memang tak sesuai untuk diselesaikan di mahkamah, tetapi bukan bermakna ia tidak boleh dibincang semula selepas fatwa itu dikeluarkan.

Saya setuju, fatwa bukannya muktamad malah boleh berubah mengikut tafsiran baru ulama.

Tuesday, April 17, 2012

Janji-janji Pakatan Rakyat

Lim Kit Siang hari ini berjanji untuk membentuk suruhanjaya diraja (RCI) berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sekiranya berjaya menawan Putrajaya


Saya rasa, janji seperti ini bukan sahaja lebih manasabah malah lebih mudah untuk dilaksanakan dan lebih menarik daripada janji2 yang berbentuk terlalu memanjakan rakyat seperti itu ini semuanya percuma.

Dalam janji2 yang lepas pun, PR terpaksa mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan, atau tidak dilaksanakan sepenuhnya bagai diimpikan rakyat, sebaliknya hanya sebahagian sahaja. Ia lebih berbentuk sekadar lebih baik daripada era kerajaan sebelumnya.

Menjanjikan tol dihapuskan, rakyat terbayangkan "tol free" di semua lebuhraya. Hakikatnya, belum tentu free sepenuhnya atau free semuanya.

Menjanjikan pendidikan percuma, saya juga percaya pasti ada caranya tetapi bukan sebagai yang difikirkan oleh rakyat, seolah2 tiada bayaran langsung.

Air percuma di Selangor misalnya sebenarnya hanya 20 meter padu sahaja. Itupun mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan sebelum semua lapisan rakyat dapat menikmatinya.

Lebih baik janji untuk siasat dakwaan Mahfuz mengenai SPRM dan Pendaftaran Negara, skandal IC palsu di Sabah, skandal NFC, skandal PKFZ dan banyak lagi skandal yang besar2 mahupun yang kecil2. Ia lebih mudah untuk dilaksanakan dan boleh pula disegerakan.

Kepada mahasiswa di Dataran, jangan "Nnebeng dan Ddo'oh sangat". Ramai yang menyampah sedangkan perjuangan anda sepatutnya disokong. Buktikan kematangan anda dalam membuat tuntutan.