Selepas menonton video yag dikatakan Anwar dan Azmin yang mengarahkan, saya buat kesimpulan begini.
Sama ada Anwar dan Azmin mengarahkan atau tidak, mereka adalah punca sekatan itu dirempuh. Isyarat, tindak tanduk dan ucapan mereka sepatutnya jelas supaya jangan rempuh sekatan.
Mereka boleh berdolak dalik mengatakan kesalahan menipu dalam pilihan raya lebih besar berbanding mengalihkan sekatan itu. Hakikatnya, mereka adalah punca sekatan itu mula dirempuh.
Memang Dataran Merdeka sepatutnya tidak disekat dengan arahan mahkamah. Demonstrasi ini boleh menjadi aman jika pihak berkuasa tidak menghalang. Jika diberi lampu hijau, pasti ia akan berlangsung dengan aman.
Kedegilan pihak berkuasa yang sengaja mereka-reka alasan diikuti keegoan dan kelicikan Anwar berdolak dalik membuka pintu kepada musibah lebih besar.
Anda yang buat keputusan, anda perlu bertanggung jawab dengan keputusan anda. Rakyat bukan bodoh. Asalkan rakyat menerima maklumat yang jelas, benar dan tepat, rakyat boleh fikir. Rakyat jadi bodoh bila maklumat sebenar disembunyikan dan hanya disogok dengan cerita sebelah pihak.
No comments:
Post a Comment