Tiada paksaan dalam beragama
Islam bukanlah agama yang berkembang melalui pendekatan memaksa. Tetapi Islam bersifat tegas dalam fleksible, fleksible tetapi tegas. Islam juga lebih cenderung dengan pendekatan kawalan kendiri.
Ada beberapa isu Islam sangat bertegas, umpamanya hal solat. Sakit pun kena solat.
Pun begitu, dalam tegas, ada juga lembutnya. Tak boleh berdiri, duduk. Tak boleh duduk, baring.
Dalam musafir, boleh diqasarkan, tapi bukan semua. Terlihat di situ unsur2 lembut dan tegas.
Wanita dalam haid, haram solat dan tak perlu ganti.
Dalam isu undang2 pun begitu, hukum potong tangan untuk pencuri tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan dan situasi tertentu.
Umat Islam di Malaysia kini kelihatan sedang melalui proses transformasi ke arah penghayatan Islam yang lebih baik. Malangnya, tahap ilmu dan kefahaman Islam masih kurang. Tahap ketakwaan juga lemah, mahu tapi teragak2. Keliru mana yang utama, mana yang perlu didahulukan. Mana yang perlu dibimbangkan. Kadang2 nafsu cuba menghalalkan yang haram dengan berbagai alasan.
Bila Jakim mengeluarkan garis panduan untuk konsert, peminat dan pengusaha konsert mula keliru dan cuba memprotes. Garis panduan itu baik. Setakat yang boleh dilaksanakan, kita buat. Kalau banyak sangat alasan untuk tidak dibuat, mungkin perlu bertolak ansur dahulu dan ditambah baik kemudian.
Memang kena tegas dengan hukum syariat. Tetapi kena lihat dan sesuaikan dengan masyarakat kita juga. Jangan terlalu drastik hingga kita dilabel taliban, IS dan sebagainya. Sekira2 jika lebih memudaratkan untuk tempoh masa kini, kita sabar dulu.
Macam Kelantan nak laksana syariat Islam yang lebih sempurna. Dah 25 tahun pun tak laksana juga. Tapi tak mengapa kerana usaha itu tidak terhenti. Jangan kerana kita terlalu tegas hingga akhirnya tak jadi langsung, berpunca daripada kegopohan hingga pintu langsung tertutup.
Pintu jelas belum tertutup. Kesabaran kini semakin menampakkan hasil. Harap ia berjaya melangkah setapak lagi ke depan.
Dalam isu gereja di Taman Medan, tindakan yang diambil dengan protes yang sebegitu memperlihatkan betapa orang melayu bimbang dengan lambang kristian. Tetapi jika diamati, orang Melayu tidak bimbang dengan sikap dan perangai anak melayu yang leka dengan hiburan, tidak mesra al Quran, tidak mesra masjid, cuai dengan solat, enggan patuh syari'at, jahil hukum hakam yang asas, tiada kecenderungan beragama.
Drpd Abu Hurairah ra katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, Umat ku akan ditimpa penyakit2 yg pernah menimpa umat2 dahulu. Sahabat bertanya, Apakah penyakit2 umat2 dahulu itu? Nabi saw menjawab, Penyakit2 itu ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah (3) menghimpunkan harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dlm merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim. - H.R Hakim
Kaedah kawalan kendiri itu selari dengan Islam. Bila sudah berkuat kuasa, baru lah perlu tegas dan tidak boleh bertolak ansur lagi. Pun begitu jika boleh memudaratkan Islam, masyarakat dan negara seperti ancaman keselamatan, huru hara dan yang seumpamanya, tolak ansur boleh dipertimbangkan; ibarat undur setapak dua tetapi bukan membatalkan terus atau menghapuskan terus.
Masalah umat Islam hari ini ialah ketakwaan yang lemah, ilmu yang tak seberapa tetapi bersemangat tinggi. Lalu jadilah pendekatan mahu memaksa orang lain ikut macam kita kata. Kalau tak diikut, dicaci maki, di label dengan macam2 gelaran dan akhirnya pulau memulau dan benci membenci.
No comments:
Post a Comment