Monday, April 20, 2015

Agree to disagree

PAS Permatang Pauh dilaporkan memberi kata dua kepada PKR. Sebelum ini Pemuda PAS Pulau Pinang juga membuat ugutan kepada PKR. Ia berkaitan dengan Prk Permatang Pauh.

Antara alasannya ialah kerana PKR membuat keputusan untuk tidak menyokong RUU persendirian PAS (pindaan EKJS) yang hendak dibawa ke Parlimen.

Antaranya juga ialah kata2 yang dikira menghina Presiden PAS, Hadi Awang.

Sebelum ini, pucuk pimpinan sudah bersetuju dengan terma "agree to disagree". Bermakna keputusan PKR untuk tidak menyokong pindaan EKJS akan dihormati.

Jadi saya kira tidak wajar untuk Pemuda PAS memberi kata dua atas alasan itu.

Manakala alasan kedua, menghina presiden PAS boleh dibincang semula kerana sebelum ini, PAS juga telah mengeluarkan kata2 yang menghina Presiden PKR.

................

Sekali lagi, kelemahan Presiden PAS terserlah dalam menangani kekecohan ini. Kekecohan sebegini juga berlaku dalam PRU 2013, di Pulau Pinang yang melibatkan Pemuda PAS PP, Ustaz Yusni Mat Piah bertanding di kerusi yang telah dipersetujui pucuk pimpinan untuk PKR.

Presiden lemah meredakan kekecohan. Kadang2 seperti berdiam diri atau tidak mampu bertegas.

Keputusan presiden PAS kadang2 kelihatan bukan sahaja tidak dipersetujui oleh kumpulan yang digelar "Profesional" (yang pada saya tak lah profesional sangat pun), tetapi keputusan presiden PAS juga sewenang2 tidak dipatuhi oleh kumpulan yang mengaku wala' kepada presiden.

Jawatan kuasa yang menyiasat insiden kekecohan sepanduk bantahan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut, ditolak oleh pihak yang disiasat walaupun yang disiasat ini beiya2 mengaku menghormati presiden. Walhal jawatan kuasa itu dilantik dan diperkenankan oleh presiden sendiri.

Ia bukan perkara baru. Hadi pernah memimpin PAS Terengganu ketika kerjasama dengan parti Semangat 46 dan menjelang pilihanraya, beberapa pertembungan berlaku sesama sendiri. Sikap Hadi yang gagal meredakan kehendak ahli partinya supaya lebih bertolak ansur menghampakan rakan sekutunya.

PAS Kelantan dilihat lebih baik dalam hal bertolak ansur begini terutama ketika era Nik Aziz. Tetapi Hadi Awang memang sejak dulu membingungkan saya. Penjelasan yang datang kemudian tidak menghilangkan rasa kesal dan keliru.

Pengundi atas pagar di Terengganu faham benar dengan PAS Terengganu. Sebab itu setengahnya kadang2 hanya mampu menggeleng kepala. Sokong PAS, tak sokong UMNO tetapi sikap pemimpin PAS terlalu sombong dan lebih suka memaksa orang untuk bersetuju dengan mereka.

PAS perlu berubah.

No comments: