Wednesday, February 04, 2009

Rasa "Yakin Tak Boleh" BN pengaruhi keputusan SPR

Selalunya, bila ada pilihanraya kecil, pihak yang akan bertanding akan bersorak-sorai. Lebih besar peluang untuk menang, lebih riuh lah soraknya. Apatah lagi jika kerusi yang kosong, asalnya adalah milik lawan.

Tetapi kalah menang pertandingan adalah ketentuan Allah. Walau selicik mana perancangan manusia, mana mungkin dapat mengatasi perancangan Allah. Namun keyakinan hati mempengaruhi rasa teruja diri.

Bila speaker Perak mengumumkan dua kerusi DUN yang asalnya milik PR kosong, UMNO menyambut dingin. Kemenangan PR bukan besar mana pun. Tetapi UMNO dan BN jelas tidak berminat atau tidak bersedia untuk PRK. Logiknya,inilah peluang untuk BN mengurangkan majoriti kerajaan PR. Dengan kata lain, UMNO dan BN memiliki semangat "Yakin Tak Boleh". Adakah PR memiliki semangat "Yakin Boleh" ?

PR mempunyai pilihan untuk membubarkan DUN Perak seluruhnya, tetapi saya bimbang kalau keputusannya 2 kali 5 sahaja iaitu majoriti 1 kerusi. Sudahlah belanjanya besar, banyak masa terbuang, hasilnya tak seberapa. Kalau DUN Perak dibubarkan, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) mungkin terpaksa ditangguhkan lagi dan ini tentu mengecewakan Najib. Tetapi kerajaan negeri tidak wajar membubarkan DUN semata-mata kerana mahu "mengacau" Najib.

Apa yang lebih membimbangkan ialah BN menggunakan taktik politik Darurat. Darurat kerajaan penjajah pada 1948 melumpuhkan gerakan yang digelar "kiri" iaitu yang tidak pro pemerintah (penjajah). Darurat Kelantan 1977 melumpuhkan kerajaan negeri dan PAS Kelantan. Sekali lagi ia menguntungkan kerajaan persekutuan. Tidak mustahil, provokasi dibuat untuk mewujudkan suasana tidak aman di Perak. Minta dijauhkan Allah. Ia boleh memberi implikasi yang besar, bukan hanya di Perak malah ke seluruh negara. In bukan tahun 1977 lagi. Ini zaman ledakan maklumat.

..............................

Tunggu dan lihat sajalah.

Ada yang kata Perak kini ada 3 Adun Bebas. Tapi yang 2 orang semalam tu betul ke masih sah Adun ?

Adun Bota dilaporkan melompat semula ke BN.

BN boleh mempersembahkan surat akuan daripada 3 Adun bebas yang membuat perakuan menyokong kerajaan baru BN di Perak tetapi ketiga-tiga Adun ini sebelum ini juga sudah membuat surat akuan kepada Sultan menyokong kerajaan PR dan kini mereka ingkar. Boleh kah surat akuan mereka ini dipercayai ?

Jika BN dapat merampas kuasa petang ini, adakah rakyat Perak akan gembira ? Tidakkah kerajaan BN juga terdedah kepada suasana tidak stabil ?

Bagaimana pula jika mahkamah selepas ini mengesahkan 2 Adun Bebas itu bukan Adun lagi. Jika pilihanraya kecil memihak kepada PR, akan bertukar kerajaan semulakah negeri Perak.

Kalau begitu rumitnya, eloklah pilihanraya negeri dibuat di negeri Perak. Biar rakyat putuskan semula. Pilih calon yang betul-betul berkualiti dan setia.

2 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Kalau Sultan tak perkenan ADUN dibubarkan mesti ada sebab-musababnya. Sultan Perak pastinya arif tentang undang-undang yang sedia ada....
Ya, tunggu dan lihat. Tapi ada orang dah mula nak kena serangan sakit jantung baca situasi di perak.
Ahaks!....

Yanaam said...

Sultan dah putuskan.

Terimalah dengan redha dan bersabarlah. Memang sabar itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Pasti ada hikmahnya.