Wednesday, February 18, 2009

Seronok dedahkan rahsia orang

Semua blogger politik gatal nak menyentuh sedikit isu gambar YB Elizabeth. Saya pun pada mulanya nak menulis juga. Tapi terpaksa tangguh kerana hal lain. Ye lah, bila baca kepada laporan awal, memang sah dia buat perkara tak bermoral. Kalau orang Islam, senang nak putuskan tindakan. Tapi kalau bukan Islam, nak rujuk kat mana ?

Tetapi, selepas 2 hari, nampak seolah-olah, bukan YB Elizabeth terang-terang buat salah seperti laporan awal. Macam gitu, tak jadilah saya nak komen panjang. Kita yang tak tengok gambar sebenar, kemudian nak buat rumusan. Berilah kepada yang bertanggung jawab sahaja menilainya, sama ada polis, j/k disiplin PKR mahupun j/k Pakatan.

Sebenarnya, siapa yang lebih teguh dalam menyimpan rahsia ? Lelaki atau perempuan. Kalau bab gambar-gambar lucah ni, lelakilah paling ke depan menyebarkan keaiban orang lain. Dalam dunia perolehan pula, saya dapati lelaki lebih banyak membocorkan maklumat sebut harga dan tender. Belanja minum kopi atau main golf je, sponsor itu ini serba sikit, boleh dapat info. Perempuan selalunya susah sikit, walaupun tak dinafikan ada juga.

Bila berlaku kes buang anak, bunuh anak dan sebagainya, hanya perempuan akan disalahkan. Hanya bukti depan mata sahaja yang diambil tindakan. Jalan mudah lah katakan. Bukan saya nak membela nasib perempuan zina itu, tapi sudahlah dia malu kepada masyarakat, tertekan sampai setengah gila, berdepan pula dengan hukuman penjara; sedang lelaki bangsat tu mungkin sedang tersengih atau geli hati melihat perempuan yang dirosakkannya menghadapi semua itu. Dia tak rasa bersalah ke melihat perempuan itu ? melihat anaknya hancur dalam longkang atau digonggong anjing liar ? Betul ke Islam menolak sepenuhnya bukti melalui DNA ? Apa pula tindakan proaktif kita untuk membendung dan menghentikan hal ini daripada berleluasa ?

Lihat berita ini :
-------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku bersalah sengaja melakukan pembunuhan bayi yang baru dilahirkannya, dua tahun lalu.

Unah Suma, 28, didakwa melakukan pembunuhan itu dalam keadaan beliau belum pulih daripada kesan melahirkan bayinya dengan pertimbangan fikirannya yang terganggu.

Tertuduh yang dirogol anak saudara majikannya yang mabuk sehingga melahirkan bayi itu didakwa melakukan kesalahan itu di bilik rumah majikannya di No 30, Jalan Sibu 4, Taman Wahyu, antara jam 1 pagi dan jam 2.30 pagi, 3 Jun 2007.
--------------------------------------------

Kita tak tahu apa pula hukuman untuk perogol itu ? Patut bunuh je. Paling minimapun, dia patut dihukum di khalayak ramai.

3 comments:

Anonymous said...

saya setuju dua orang yang berusaha menjadikan anak itu dihukum bersama-sama... kenapa perempuan itu membunuh anak yang dilahirnya? kebanyakannya sebab lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab...

Bila Diary Bercerita said...

Perempuan selalu menjadi mangsa. Nak buat macam mana, lelaki yang baik-baik kebanyakannya dah pupus kot.....

Yanaam said...

Orang yang baik hari ini belum tentu tak buat jahat esok harinya. Begitulah sebaliknya.

Saya teringat kepada satu kisah, seorang abid (ahli ibadah) yang terpedaya dengan bisikan syaitan lalu berzina dengan seorang wanita hingga akhirnya membunuh pula anak zina nya dan wanita itu.

Mudah-mudahan kita sentiasa ditetapkan iman dan taqwa.