Wednesday, February 03, 2010

Velodrom di Sura, Dungun

Cadangan MSN untuk membina velodrom mini di Sura, Dungun mendapat bantahan masyarakat tempatan. Menteri Belia dan Sukan, Shabery Cheek kecewa.

Secara peribadi, saya juga kecewa tetapi tidak begitu pasti apakah rasional sebenar disebalik bantahan itu. Bagi saya, kerajaan perlu banyakkan lagi kompleks sukan mini di daerah-daerah di Terengganu.

Orang Terengganu suka sangat guna terma "MEMBAZIR" untuk kebanyakan projek kerajaan terutama untuk sukan dan kebudayaan. Aktiviti sukan dan kebudayaan masih dilihat banyak merosakkan akhlak muda-mudi dengan pendedahan aurat, bercampur gaul lelaki perempuan dan pengabaian solat dan majlis ilmu. Saya tak mahu nafikan itu tetapi itu soal lain. Pengisian program boleh diperkemaskan dan diperbaiki.

Velodrom itu hanya velodrom mini sahaja. Ia banyak boleh dimanfaatkan oleh anak-anak muda di Dungun khasnya. Sekolah-sekolah dan persatuan peringkat daerah juga boleh memanfaatkan velodrom itu untuk melahirkan lebih ramai athlit basikal.

Terengganu boleh dikatakan agak menyerlah dengan sukan lumba basikal sejak dulu, selain sukan hoki. Malangnya, athlit sukan itu tidak menuju kepada pencapaian yang lebih baik. Kalau hoki, setakat sekolah-sekolah je atau hingga bawah 21 tahun. Lepas tu hilang. Kerajaan dan persatuan seolah-olah tidak membantu menaikkan minat rakyat dengan malahirkan pasukan peringkat negeri yang disegani atau diminati seperti bolasepak.

Saya bukan orang Dungun, jadi saya tak pasti lokasi tapak pembinaan. Memanglah ia mungkin kurang memberi manfaat secara langsung dan cepat kepada penduduk tempatan. Orang Dungun dan Terengganu perlu fikir untuk jangka masa yang lebih panjang.

Dari segi kos senggaraan, apapun bangunan moden perlukan kos senggaraan yang tinggi. Tetapi saya percaya, ia masih berbaloi disamping memberi peluang pendapatan kepada syarkat kroni untuk meraih rezeki. he..he..he..

1 comment:

Mister E said...

sebenarnya isu ni agak lapuk, tapi saya kurang bersetuju dengan pendapat saudara..
tapak velodrom yang terletak kat kampung sura hujung tu memang kalo dilaksanakan akan menelan tanah orang² kampung yang rata² merupakan golongan yang kurang berada. kampung sura merupakan kubu PAS dan memang ada bias dari segi bantuan dari BN..
hanya kroni² saja yang diberikan imbuhan..
saya tidak memihak kepada mana² parti, namun saya bergaul dengan keduanya..saya juga selalu meluangkan masa di beberapa pejabat adun dan saya boleh nampak kepincangan dari segi organisasi adun itu sendiri..