Friday, January 27, 2012

MB Kedah dikritik kawan dan lawan

Sejak awal jadi MB lagi, Azizan Razak dikatakan MB yang "cenge". Garang + tegas + degil. Ketiga2 sifat itu tak salah asalkan kena pada masa dan tempatnya.

Sebagai pemimpin, sifat begitu sangat perlu. Ketua ke hapa kalau sikit2 kena beralah. Sikit2 akur.

Menariknya, kerajaan Kedah agak kurang kontroversi berbanding ketika Kelantan mula diperintah semula oleh PAS pada 1990. Mungkin, ketika itu, Kelantan sebatang kara memudahkan serangan BN difokuskan ke situ.

Berbanding PP, Perak dan Selangor, Kedah tetap kurang dikritik. Kalau adapun, macam angin sepoi2 je. Tak goyah langsung. Goyang pun meliuk lentuk macam tarian lemah gemalai. Sebab kepimpinan Azizan kah atau sebab BN Kedah yang lemah dan bertelagah sesama sendiri ?

Kini Azizan diuji agak kuat sikit. Dua isu utama, madrasah Salihiyah dan AUKU di KUIN. Isu madrasah dijuarai UMNO dan isu AUKU dijuarai pelajar dan penyokong komponen PR sendiri.

Sifat cenge Azizan terserlah betul kali ini. Dia tetap berkeras dan kadang2 nampak macam tak peduli dengan bantahan2.

Apakah rakyat Kedah akan terkesan dengan isu kali ini ? Jangan hanya kerana satu isu, rakyat terus nak buat perubahan. Rekod pentadbiran perlu dinilai secara menyeluruh. Kalau pilih yang lagi satu, adakah masalah yang diutarakan akan selesai ? Atau rela masuk mulut buaya ?

Dalam isu AUKU di KUIN, saya lihat, Azizan seboleh2nya tak mahu campur tangan dalam pentadbiran KUIN. Elok lah begitu. Sukakah kita dengan pemimpin yang suka guna kuasa untuk campur dalam pentadbiran yang berasingan ?

Mungkin dia boleh bagi nasihat dan pandangan secara berhemah kepada KUIN untuk sejukkan sikit hati pelajar2 tu tetapi tidak perlu sampai mengarah pentadbiran KUIN mengikut telunjuknya. Itu amalan UMNO. Copyright UMNO yg tak perlu diteladani.

Ia berbeza di Selangor kerana Di Selangor, UMNO menyusup dalam MAIS, JAIS, UNISEL dan macam2 lagi dengan begitu ketara sehingga begitu jelas dapat dibaca. Mereka ambil kesempatan menimbulkan kekalutan dan kekacauan dengan cebisan kuasa yang masih dimiliki.

Kalau dari segi rekod, rakyat Kedah sepatutnya berpuas hati dengan pentadbiran PAS/PR di negeri itu. Namun saya kira, ia bergantung kepada sejauh mana maklumat yang rakyat Kedah terima. Kalau mereka percaya kepada TV3 dan Utusan, bungkus balik awal. Oleh itu, sebaran maklumat sangat penting dan perlu berterusan kepada rakyat.

No comments: