Tuesday, January 31, 2012

PAS sudah berubah

Anonymous said...

Sebagai orang yang tak berparti, saya nampak PAS banyak berubah, sebagai contoh:

Dahulu PAS selalu komplin (complaint) berapa banyak kilang2 arak, ladang2 babi, kuil2 yang terdapat di Malaysia , dan tiada undang2 HUDUD. tetapi sekarang tidak lagi.

Apakah dahulunya PAS lebih Islamic atau kurang Islamik dp sekarang.

January 17, 2012 2:17 PM


Saudara ANON di atas cuba membandingkan PAS hari ini dengan PAS dahulu. Sayang sekali ANON tidak mahu perkenalkan dirinya. Sedikit latar belakang dirinya dan persekitarannya mungkin membantu.

Lebih dahulu, saya bukan aktivis PAS, tetapi saya memang penyokong PAS. Saya akan cuba jawab persoalan di atas mengikut kaca mata saya sebagai penyokong sahaja. Pandangan saya tidak berdasar kepada program tarbiyah PAS kepada aktivisnya.

Persoalan PAS sudah berubah bukan perkara baru. Jika diselak kembali keratan akhbar kumpulan Utusan, tajuk PAS sudah berubah sentiasa terpapar sejak tahun 70an lagi, sejak zaman Asri Muda lagi. Nanti kalau saya jumpa, saya akan "capture" dan tampal di sini.

Pertama, saudara ANON cuba bandingkan PAS dahulu. PAS dahulu itu bila ? PAS adalah sebuah organisasi politik yang dinamik. Oleh itu ia berubah2 strategi dan pendekatannya mengikut kesesuaian masa, keberkesanannya dan kajian semula oleh pemikir2 yang baru.

Kalau dibuka semula sejarah PAS, PAS tahun 50an, 60an, 70an, 80an, 90an dan 2000an memang berubah2. Tetapi dari segi dasarnya tidak berubah. Buktinya boleh dirujuk kepada perlembagaan PAS yang tidak pun berubah di segi dasarnya.

Perubahan pendekatan agak ketara pada tahun 80an berbanding 70an. Kini, sekali lagi PAS alami perubahan yang agak ketara. Ia selari dengan iklim perubahan politik dunia, politik serantau serta perkembangan pesat teknologi. Saya tidak begitu jelas, dahulu itu di mana ? Mungkin tahun 80an dan 90an agaknya sebab isu kilang arak, ladang babi, kuil2, isu murtad dan undang2 Hudud agak kerap dibincang ketika itu.

Kedua, sebagai parti politik, PAS tentu bercita2 untuk menang sekaligus boleh berperanan dengan lebih berkesan dalam mendaulatkan Islam di Malaysia. Oleh itu, PAS tidak boleh terus berjuang dengan semangat semata2.

Isu kilang arak, ladang babi, kuil2, isu murtad dan Hudud hanya untuk sasaran pengundi yang kecil iaitu pengundi Melayu Islam yang mahu kepada syariah (mesra syariah). Sebab itu PAS tak menang2. PAS perlukan undi daripada semua. Termasuk undi Melayu yang tidak mesra syariah dan undi bukan Islam. Pendekatan menyekat menggunakan kuasa bukan sahaja tidak berhikmah dan bijaksana malah ia menjadikan penyokong yang tidak mengikut proses tarbiyah cepat putus asa.

Cara yang lebih berkesan ialah dengan berada dalam sebahagian daripada pihak yang berkuasa. Walaupun tidak berkuasa sepenuhnya, tetapi ia lebih berkesan. Apakah kesan2 yang sudah dapat dilihat kini ?

1. PAS selama ini menghadapi masalah krisis keyakinan. Rakyat tidak yakin dengan keupayaan PAS walaupun dalam PAS ramai profesional, pemikir2 hebat dan amanah, lebih warak dalam ibadat dan macam2 lagi. Apabila PAS berjaya menunjukkan kemampuan di Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor (dan Terengganu 1999-2004) , keyakinan rakyat semakin terbina.
2. PAS kini mula menunjukkan bahawa mereka adalah lebih baik dalam isu membela rakyat dan jujur melaksanakan amanah menguruskan negeri berbanding UMNO.
3. PAS membuktikan mereka bukan parti yang hanya membela kaum Melayu dan Islam sahaja kerana Islam itu adil. PAS membuktikan keadilan dan menyantuni bukan Islam sekaligus membuka mata mereka tentang perjuangan PAS selama ini.
4. PAS tidak perlu gopoh untuk menyekat dan mengharamkan itu ini. Adalah lebih berkesan jika PAS mentarbiyahkan orang Islam terlebih dahulu dan terus mendampingi bukan Islam dengan menunjukkan inilah Islam dan indahnya Islam.

Kesemua di atas sebenarnya terlindung selama ini oleh pemimpin dan media musuh yang tidak henti2 menakut2kan rakyat dengan PAS.

Islam boleh didaulatkan dengan lebih berkesan melalui tarbiyah. Kesannya juga berpanjangan berbanding dengan kuasa menyekat melalui undang2 yang terdedah kepada sabotaj pihak musuh, menakutkan orang ramai terutama bukan Islam serta terdedah kepada kebangkitan protes terbuka dan ini tidak selamat untuk negara.

Proses tarbiyah adalah satu proses yang lambat, memakan masa dan perlukan kesabaran. Tetapi ia lebih berkesan. Jika anda punyai anak, anda boleh memaksa anak anda solat, membaca Al Quran dan menutup aurat tetapi adalah lebih berkesan jika anda mentarbiyahkan anak anda dengan fadhilat solat, fadhilat Al Quran, indahnya syurga, azabnya neraka, dampingkan mereka dengan kelompok agamawan dan sebagainya.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak bekerja sama dengan UMNO sahaja ? Apa bezanya dengan pendekatan UMNO selama ini ?

Lain kali cerita lagi .....

No comments: