Pemecatan Hasan Ali tidak menggembirakan saya. Saya percaya kepimpinan PAS juga tidak suka memecat ahli. Ia adalah pilihan terakhir. Sama seperti memotong anggota badan yang berpenyakit. Siapa yang suka dan tak sabar2 nak potong anggota badan sendiri ? Selepas dipastikan tiada pilihan lain, barulah keputusan dibuat dengan rasa kesal dan berat hati.
Hasan kata, secara teknikal, dia masih ahli kerana masih punya masa untuk merayu. Logiknya, kalau kita memohon menjadi ahli, kita bukan otomatik menjadi ahli selepas borang diserahkan. Kita hanya jadi ahli selepas permohonan kita dipertimbangkan dan diluluskan oleh anggota penilai. Jadi Hasan yang sudah dipecat berkuatkuasa serta merta bukan lagi ahli. Keahlian boleh menjadi sah semula selepas permohonan diterima dan diluluskan.
Mula2 selepas pemecatan diumumkan, perasaan jadi serba salah. Bukan sokong Hasan Ali. Tapi pemecatan bukanlah satu kelaziman. Kena buka semula lembaran sejarah dan fahami sejarah pemimpin kontroversi dalam PAS.
Yang paling saya ingat ialah Ustaz Abu Bakar Hamzah. Dia, selalu mengkritik pemimpin PAS bila dirasakan tindakan tidak betul. Dia juga seorang pakar undang2 dalam PAS pada ketika itu. Seperti biasa, bila beliau mengkritik pemimpin PAS, akhbar perdana akan besar2kan.
Tapi saya suka juga dengan Ustaz Abu Bakar Hamzah sebab dia tak layan sangat akhbar arus perdana seperti Utusan Melayu. Dalam dia kritik PAS, dia tetap hentam UMNO malah dia tetap setia dengan PAS walau diambil tindakan disiplin. Dia tetap berpendirian UMNO lagi tak boleh diharap berbanding PAS yang dikritiknya.
Saya pernah hadir dalam satu seminar hukum Hudud di pejabat SUK Selangor pada awal tahun 90an. Antara anggota panelnya ialah Ustaz Nakhaie yang ketika itu sudah UMNO semula. Ustaz Nakhaie mengadu dia kecewa dalam PAS kerana kertas kerjanya dibuang di pejabat PAS. Ustaz Abu Bakar Hamzah yang turut hadir sebagai pemerhati biasa mengkritik Nakhaie dalam sesi soal jawab. Katanya, dia tak pernah kecil hati atau kecewa walaupun dipecat dalam PAS, kenapa seorang yang mahu berjuang mesti mudah kecewa, putus asa dan merajuk ?
Berbeza dengan Hasan Ali, hampir tiada lagi kritikan kepada UMNO, media UMNO dan pemimpinnya. Dia seperti seronok pula diberi ruang oleh media UMNO.
Mulanya, saya lebih setuju jika Hasan digantung keahlian sahaja. Tetapi kini nyata, pemecatan nampak labih baik kerana Hasan nampak tidak bersungguh2 untuk mempertahankan keahliannya dalam PAS. Dengan kata lain, dia sudah tawar hati untuk berjuang dalam PAS.
Hasan mungkin melihat sifat konstannya dalam isu murtad dan arak sebagai mulia. Memang mulia, tapi cara dan pendekatannya sebagai pihak dalam kerajaan tidak bijak. Tidak berhikmah.
Saya sudah lama menunggu-nunggu PAS bersifat lebih berhikmah dalam menangani isu-isu sensitif yang mudah dimanipulasi musuh. Tegas dalam berhikmah bukanlah mudah. Buat pun salah, tak buat pun salah.
Sebab itu saya tak terlalu bersemangat dengan isu Negara Islam dan isu hukum Hudud. Bukan tak sokong. Tapi pendekatan PAS hari ini lebih bijak dan tepat. Insya Allah satu hari nanti, cita2 itu akan tercapai juga jika PAS semakin berperanan besar dalam kerajaan. Biarpun lambat. Pendekatan tarbiyah (pendidikan) lebih berkesan berbanding pendekatan menghukum, menyekat dan membantah. UMNO sebenarnya tak beri tarbiyah langsung malah menggalakkan dan menyokong pula program2 maksiat tanpa usaha menyelitkan dakwah secara berkesan dan menarik.
Hasan Ali nampaknya masih mahu gaya lama. Itu bukan berkaitan dasar perjuangan tetapi pendekatan. Dasar PAS tidak berubah, yang berubah ialah pendekatan. Saya percaya, PAS akan lebih berjaya bila mendapat kuasa memerintah sekalipun secara berkongsi dengan PKR dan DAP yang setakat ini masih alergik dan takut2 dengan Islam.
No comments:
Post a Comment