Monday, June 18, 2012

Tarikh pilihanraya umum

Saya tak fikir Najib akan adakan pilihan raya umum pada musim haji. Memang dari segi rekod, kerajaan BN pernah buat pilihanraya pada musim haji. Tapi itu dulu. Sentimen sekarang sudah berubah.

Dulu, BN sangat mendapat sokongan pengundi bukan Melayu. Jadi, BN boleh mengharapkan kelebihan di situ.

Kini sudah berubah. Jika pilihan raya pada musim haji, mungkin lebih banyak kerusi UMNO tumbang di Perak dan Selangor. Juga di Johor. Saya tak fikir Najib akan tergesa2 bubar parlimen pada musim haji. Ditambah dengan kecerdikan PAS memainkan sentimen, pembubaran parlimen boleh menaikkan kemarahan umat Islam kepada UMNO.

Najib terkenal dengan sifat suka pilih jalan selamat. Barangkali Najib mahu ikut saja cakap Tun Mahathir. Mahathir pernah bagi nasihat supaya parlimen dibubarkan pada hujung penggal. Kalau bubar sekarang, dan keputusan tidak begitu memihak kepada BN, pasti penyokong2 Mahathir akan pakat2 salahkan Najib (sbb tak dengar nasihat) dan tiada pilihan lain bagi Najib kecuali berundur.

Najib ibarat cuba berlindung di belakang Mahathir. Keputusan tarikh pilihan raya kini bukan di tangan Najib tapi di tangan Mahathir. Kalau BN kalah atau hampir kalah, Najib tak boleh disalahkan sepenuhnya sebab Mahathirlah penasihat utamanya. Tapi Mahathir bijak mengalihkan kesalahan ke belakang orang lain. Belakang raja pun dia boleh buat, inikan pula belakang Najib.

Memang letih menunggu tarikh pilihan raya begini. Semua kerja kerajaan baik negeri mahupun pusat dipolitikkan sepanjang tahun. Kerajaan perlu ubah keadaan ini kerana ia membebankan rakyat, merugikan kerana suasana yang tidak menentu menakutkan pelabur dan peniaga2 besar. Hubungan antara penyokong sentiasa tegang dan mudah retak, berpecah belah.

Orang politik sebenarnya lebih utamakan kepentingan politik daripada kepentingan agama, rakyat dan negara.

No comments: