Tuesday, June 12, 2012

Duit banyak, ke mana dibelanjakan ?


Menangis di dunia lebih baik daripada menangis di akhirat.

Tak dapat dinafikan, ramai orang yang hilang pekerjaan, rumah tangga berantakan, permohonan kerja tidak dilayan, anak isteri jadi mangsa, tiada siapa boleh membela.

Tetapi ada orang sanggup berbelanja beratus ribu ringgit hanya untuk plet kenderaan. Baru kena tegur sikit dah mula rasa sedih dan kecil hati. Duit dan harta banyak tapi baru kena tegur sikit, dah menangis. Teguran pun indirect sahaja. Kenapa nak menangis sedang kita masih ada kuasa, masih ada harta, masih disanjung rakyat, masih sihat, masih dilayan dengan penuh hormat dan kasih sayang oleh orang ramai.

Dalam surah Lukman, ayat 6 disebutkan "dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan;"

Ya memang, belanja kelab golf beratus ribu, beli timeshare berpuluh ribu, motosikal klasik, kereta klasik, untuk apa semua tu ? Kerana Allah ?

Dalam surah Al Ankabut, ayat 64 dinyatakan "dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi Segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat)."

Semalam dalam ikim.fm, kata ustaz Pahrol Juoi :-
Kita boleh beli makanan lazat tapi kita tak boleh beli selera.
Kita boleh beli ubat, insurans, supplementary food tapi tak boleh beli kesihatan.
Kita boleh beli rumah besar, bilik selesa, aircond, tilam empuk tapi kita tak boleh beli tidur yang lena.
Kita boleh beli seks tapi kita tak boleh beli kasih sayang.

Bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasihlah kepada yang sudi memberi peringatan. Itukan juga tanda kasih sayang ?

No comments: