Sunday, June 10, 2012

Surau tak ada imam

Kampung saya dah jadi kampung tempat tinggal orang tua2. Payah nak nampak budak2 berkejaran walaupun pada masa cuti sekolah.

Orang muda kebanyakannya sudah beli rumah di tempat lain. Mereka berpindah membawa anak cucu masing2. Ada juga yang sudah meninggal dunia dalam usia yang masih muda. Tinggallah beberapa kerat terutama golongan yang sudah lanjut usia.

Masalahnya, tak ramai yang cenderung kepada agama ketika usia muda mereka. Imam surau yang dekat dengan rumah saya sudah semakin uzur. Dulu, ada beberapa orang anak muda yang selalu mengimarahkan surau tu tapi kini semua dah pindah dan tak tinggal di kampung lagi.

Maka surau kadang2 jadi sepi. Masing2 takut nak ke surau sebab takut kena jadi imam. Mungkin mereka takut sebab tak hafal doa. Mungkin sebab fikir kalau jadi imam, nanti kena pimpin tahlil pula. Doa tahlil lagi panjang. Mungkin tak hafal wirid lepas solat.

Ada 2-3 orang yang dilihat layak. Tapi masing2 masih sibuk kerana dilantik menjawat jawatan tertentu dalam persatuan, koperasi dan perniagaan. Hanya beberapa kali dalam seminggu dapat hadir memimpin solat. Selebihnya menolak kerana kurang keyakinan diri barang kali.

Kalau nak dihitung dosa masa usia muda, semua orang pun ada buat dosa. Tak usahlah dikenang sangat hingga merasa diri tidak layak jadi imam. Yang penting, surau tu perlu dihidupkan semula. Besar pahalanya kalau kita memimpin untuk menghidupkan semula surau tu. Siapa tahu Allah hapuskan dosa lalu kerana usaha mujahadah kita mengimarahkan surau. Lagipun ianya fardhu kifayah.

Satu ketika amil kutip zakat fitrah pun tak ada. Parah sungguh.

Riwayat dari Imam Ibnu Majah : " Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa, mereka tidak dapat memulakan solat berjemaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi Imam".


No comments: