Entah lah. Saya bukan cerdik undang-undang. Saya juga bukan pengkagum Anwar. Dulu pernah saya kagumi dia tetapi tidaklah membuta tuli. Kini, kadang-kadang ada rasa meluat juga. Bukan Anwar saja malah beberapa tokoh politik lain juga. (Kadang-kadang je tau. hik..hik..hik..)
Keputusan mahkamah persekutuan hari ini, mengecewakan saya tetapi tidak terlalu mengejutkan. Meneliti hujjah peguam bela dan peguam pendakwa, saya rasa Anwar sepatutnya bebas.
Masa depan Anwar saya kira sudah kelam. Zamannya sudah berlalu. Empat puluh bulan penjara adalah satu tempoh yang panjang. Selepas itu pun, dia tidak boleh pegang jawatan penting dalam politik.
Sekarang adalah masa untuk tokoh baru dalam politik negara. Bukan Anwar, bukan Hadi Awang, bukan Kit Siang.
Siapa tokoh yang paling sesuai untuk memimpin Pakatan Rakyat. Memimpin PR jauh lebih rumit berbanding memimpin BN.
Setidak2nya BN sudah ada model yang sudah jelas daripada kepimpinan sebelum ini. Dasarnya sudah jelas walaupun teknik dan taktik politik hari ini sudah jauh berubah. Ia terbentuk secara terancang sebelum berdepan pilihan raya. Tinggal lagi tak nak sokong je. huk..huk..huk...
Mampukah PR membentuk kerajaan yang padu ? Sejarah sebelum ini menunjukkan pembangkang (maksud saya bukan BN) hanya boleh bekerja sama dalam keadaan terpaksa sahaja. Kerajaan Selangor dan Perak 2008 terbentuk secara terpaksa dan ia bukan dirancang oleh kepimpinan ke tiga2 parti sebelum keputusan pilihan raya keluar.
Bagaimanakah kerja sama dalam PR selepas Anwar dipenjarakan ?
No comments:
Post a Comment